Saturday, September 20, 2008

Sejarah SMK Damak

SMK Damak dibina pada Tahun 1981 dan mula dibuka sepenuhnya pada 4 Jan 1982. Sekolah ini di kelilingi oleh rumpunan buluh & terletak di atas bukit. Sekolah ini lebih dikenali dengan nama SMK Bukit Buluh di kalangan penduduk kampung.

Aku dan rakan-rakan merupakan orang yang bertuah kerana tiga tahun menjadi senior di sekolah ini. Tingkatan 4 mula dibuka pada Tahun 1994 dan SPM sulungnya pada Tahun 1995. Pelajarnya pada ketika itu kurang daripada 60 orang calonnya.

Pengetua yang bertanggungjawab membuat perubahan pada ketika itu ialah Tn. Hj, Hamidi Hj. Abd. Hamid. Keputusan SPM hanya 4 orang mendapat pangkat 1. Matematik hanya 4 orang gagal. Cikgu Afza seorang guru yang bagus dan menjadi idolaku.

Empat orang yang mendapat pangkat 1 SPM, alhamdulilah semua berjaya. Dua orang pelajar perempuan telah menceburi bidang perguruan. Dua orang lagi pelajar lelaki menceburi ketenteraan dalam pasukan TUDM. Mereka pernah menuntut di KTU Alor Setar Kedah dan salah seorangnya sekarang menjadi juruterbang TUDM.

Kelebihan sekolah ini ialah mempunyai tapak perkhemahan sendiri. Aku pernah berkhemah di situ pada Tahun 2000. Pengetua yang bertanggungjawab menwujudkannya ialah En. Zainuren Mohd Nor. Sekolah ini juga mempunyai asrama dan berjaya menggunakan tanah terbiar dengan menanam kelapa sawit.

Harapan kami sebagai bekas pelajar, supaya sekolah ini akan terus maju dengan usaha guru-guru yang terdiri daripada anak jati Damak. SMK Damak akan terus cemerlang.

0 ulasan: