Monday, November 3, 2008

KEPENATAN MASIH TERASA



Minggu nie paling sibuk.....Pelbagai aktiviti terpaksa tempuhi.....yang seronok, boring, malas...mcm2 lagi...apa pun perlu jgk ditempuhi.

Jumaat 31/10

Di sekolah diadakan sambutan Hari Kanak-kanak & Hari Kokurikulum. Ari tu aku tukar sesi ke pagi. Sebab lepas sekolah ada program dengan keng kawan yg buat KSPK. Kami ada makan besar kat D'Teratai. Kat sini makan sememangnya sedap. Lepas makan kami ke Mydin Subang Jaya. Aku depa ajak sebab jadi driver....untung kan....

Pukul 6 baru sampai umah. Siap2 aku ada jamuan hari raya kat tempat aku mengajar tuisyen. Pkl 10 malam sampai umah.....terus buka laptop siapkan asgmnt esok nak hantar. Pkl 2.30 baru siap. Tido kejap, pkl 6 pagi kejut kwn aku, sebab nak binding asgmnt.

Sabtu 1/11


Mcm biasalah ke kelas OUM. Pensyarah semua rajin ari nie.....masuk kelas on time..kuar pun on time..... Samapai umah apa lagi cover yg malam tadi tido lambat.

Ahad 2/11


Pkl 6.30 aku dah start cuci keta. Paling aku tak suka... tengok keta kotor. Siap2 pkl 7.30 pergi sekolah. Hari nie ada Hari Keusahawan & Senam Seni Warisan. Pening jugak aku....sikit2 Farid mcm mana nie.....rupa2 nya bkn senang nak jadi ketua.......nak tadbir ramai orang pelbagai ragam.....Tapi berjalan jgk le program tu..... Pkl 2.30 baru lah selesai program tu... hantar keta ke bengkel....Kat highway semalam meragam.. Sampai umah mandi...apa lagi rehat.....sampai tak sedar diri.

Isnin 3/11

Bangun pagi lg.....aku ke bank masukan duit semalam......lepas tu...gerak ke Hotel Ancasa Pudu Raya. Ada ceramah motivasi, jamuan akhir tahun dan majlis perpisahan PK Petang kami.... Aku biasa le driver.....lambat org mesti tunggu......makan sakan le kami. Sampai umah dah pkl 3. Aku terus pegi ambil keta. Pomen kata tak ada masalah pun. Dia adjust break je..... Petang nie...aku kena lagi balik dari Saujana Utama ...tiba2 je keta aku mati kat traffic light. Gabra jgk....aku cuba start enjin ok....apa lg cpt2 blk.....Apa lah kita aku nie.

0 ulasan: