Monday, December 15, 2008

PELAKON YANG DIMINATI

Aku dari dulu lagi memang minat betul dengan sorang pelakon nie….Sanggup tunggu lah walaupun pukul berapa ceta nya di tayangkan… sanggup batalkan janji temu semata-mata kerana mu…..bukan apa…bukan selalu dapat tengok wajahnya di kaca tv. Tambah sekarang nie…lagi lah…susah betul… nak tengok…senyap je…ke dah kahwin. Artis Malaysia nie…lain. Bila dah kahwin senyap sepi…penat jugak yang rindukan lakonannya nie.…

Hanya sekadar minat…bukan sampai tahap fanatic yang melampau. Pelakon nie…bukan saja kurang gosip, malah emejnya yang cukup bersih. Aku suka tengok dari segi penampilannya yang kemas, bergaya dan cara dia bercakap memang ciri-ciri perempuan melayu terakhir. Pelakon nie dah la comel…tinggi lampai pulak tu…dah jenis aku…kalau dalam ceta tu ada artis aku tak suka….memang tak tengok dah le….biar pun jalan cetanya menarik. Artis nie…cukup serasi bila digandingkan dengan Rosyam Nor…

Ha…mesti nak tahu..siapa artis yang aku minat nie….tak lain tak bukan….Siti???? tu mesti ingat Siti mana??? Artis Malaysia nie ramai pangkal mula dengan Siti…. Siti yang aku maksudkan nie….Siti Sharizah Saifuddin ( Eja ) ha…ha.. tak ada gambar dia pun dalam simpanan aku….tapi kalau berpeluang bergambar dengan dia suatu hari nanti…confirm aku simpan…atau siap lekat kat dinding lagi….artis edola lah kata kan…..

Pernah satu malam….dari siang aku sibuk story pasal Eja kat kawan aku nie…” akak saya minat betul dengan Eja. Seronok kan akak, kalau saya dapat jumpa dia…huh..dapat bersalam dengan dia ke….bergambar ke….kalau dapat sembang lagi best kan akak” “ ko nie…ramai2 artis Eja yang ko minat…”

Malam tu aku mimpi jumpa dengan dia… Orang tua selalu cakap…kalau kita sentiasa ingatkan seseorang tu…tak mustahil akan terbawa-bawa dalam mimpi. Seronok tak terkata lah dapat jumpa dengan Eja….dia senyum kat aku…aku menghulurkan tangan untuk bersalaman….belum sempat lagi sentuh dengan tangan dia…..tiba2 phone aku berbunyi…aku angkat le….rupanya kawan aku call…dan..dan tu jugak aku marah kat dia…”ada apa akak call saya malam2 nie….akak nie kacau betul….saya baru nak bersalam dengan Eja….tak sempat lagi…rugi betul lah….” “saja je…call..ingat ko belum tido lagi” “akak sekarang pukul berapa nie…” “ pukul 2.00 pagi”

Harap2 suatu hari nanti aku berpeluang jumpa dengan Eja….pelakon pujaan hati ku…Eja nie…sebenarnya tinggal kat area mana ha…??? Ari tu..kawan adik aku bagi tahu…. Eja ada buat jualan apa entah kat Ampang Point….dah lepas baru tahu.. nak buat apa…kan…

“ Belajarlah mencintailah diri kamu sendiri, sebelum kamu belajar untuk mencintai orang lain.”

“Sayangilah diri sendiri lebih daripada kamu menyangi orang lain.”

1 ulasan:

~Insan Biasa~ said...

Siti Sharizah Saifuddin