Monday, December 15, 2008

PERSIAPAN MENGHADAPI KESUSAHAN

Mengambil insurans adalah tindakan yang bijak kerana kita tidak tahu bila musibah akan menimpa.

Orang ramai digalakkan mengambil insurans ketika masih muda dan sihat mengikut kemampuan.

Lebih muda usia bermula mengambil insurans, lebih tinggi pulangan apabila mencapai tempoh matang insurans.

Pelbagai jenis insurans yang ditawarkan pelbagai syarikat antaranya insurans hayat, pendidikan, kesihatan dan am.

Ada takaful yang mengamalkan pelaburan secara Islamic dan pelanggan tidak seharusnya risau mengenai msalah riba yang selalu dikaitkan dengan insurans.

Insurans terbahagi kepada simpanan membolehkan pelanggan mendapat balik semua wang yang dilaburkan selepas mencapai tempoh matang manakala perlindungan akan mendapat manfaat yang tinggi apabila berlaku sesuatu.

Insurans hayat dan perubatan, pelanggan yang terpaksa dimasukkan ke wad dijamin tanggungan perbelanjaan kos rawatan dan boleh mendapatkan bayaran masa yang dihabiskan di dalam wad.

Jika pemegang polisi insurans meninggal dunia akibat musibah, nilai pampas an insurans akan diserahkan kepada warisnya.

Pelanggan digalakkan mengambil insurans pendidikan untuk anak kerana kos pengajian yang semakin tinggi sekarang ini.

Dipetik daripada Harian Metro - 11/10/2008

“Perjalanan hidup ini seperti air sungai yang mengalir. Ada kalanya mengalir lesu dan tenang. Ada ketikanya mengalir laju dan bergelora…sehingga memusnahkan tebing yang tidak berdosa itu.”

1 ulasan:

su said...

hmmm yaa...kalau takde insurans lagi bolehlah su suggest prudential.skang ni no 1 dalam malaysia. utk perempuan byk kelebihannya..contoh pampasan akibat perceraian, anak meninggal, anak cacat, bersalin (sampai 2 anak) dan mc.kalau nak boleh contact su yerk...dalam persediaan ke arah jadi ejen insurans prudential.bbbaasha...