Saturday, December 27, 2008

BIJAK PANDAI BERKATA......

" Tiada satu perkara pun yang tiada risiko"
(William Durer)

" Manusia yang akan merasai kegembiraan adalah manusia yang mencari dan menemui cara untuk berbakti "
( Albart Schitzer )

" Lebih ramai orang gagal kerana kekurangan matlamat berbanding kekurangan bakat "
( Billy Sunday )

POTRAIT PENUTUP TIRAI 2008

Ha..ha..ini lah hasil potrait yang ambil time orang tak ada di rumah...almaklulah cuti tak tahu nak buat apa.....Nie..gambar penutup tirai 2008...gambar di rumah kawan yang aku jaga tu......

JEJAK KASIH

Siapa sangka kan.....dah 18 Tahun tak jumpa....masa kenduri sepupu pulak dapat jumpa kawan semasa di SK Damak. Ku Norlela Ku Zin, bersama kakak iparnya Salina Mohd Isa..... yang juga kawan kami di sekolah rendah. Nasib baik Lela ingat lagi nama aku....aku tak perasan langsung dia duduk sebelah aku masa makan...maklumlah orang ramai.....control le...

On the way nak balik KL sempat lagi aku dengan Liza singgah kat kedai Suri....ha...ari tu...seronok betul....borak2 dengan Liza..tahu2 dah sampai KL.. Selalu drive sorang...mak ai boringnya......

PERMAISURI SEHARI


Selamat pengantin baru buat sepupu aku, Cikgu Norsaupiah binti Sulaiman dan pasangannya. semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa. Mereka selamat menjadi pasangan suami isteri pada 25 Disember 2008....sama tu...dengan Hari Krismas. Setiap tahun dah confirm punya cuti....
Sory lah dah lewat datang....tak dapat nak ambil gambar pasangannya....yang penting majlisnya cukup meriah. Menantu sulung lelaki...mesti meriah....

SHOPPING DI JALAN TAR

Memenuhi permintaan kawan dari Pekan nie....kuar awal2 pagi semata-mata nak shopping....lepas tu petang balik.... kemudahan memudahkan urusan kan.....
Nasib baik lah tahun nie...Pak Lah bagi bonus...boleh lah shopping sikit kan.......Apa pun... janji kawan aku nie........Fairos Jannatul Naimah Jaafar enjoy ari tu......

GIFT DARIPADA KAK YONG



Terima kasih daun keladi,
Kalau ada lagi jangan lupa bagi.

Monday, December 15, 2008

CUBA MEMENUHI TAG ANIS

Ini tag yang aku kena kali pertama ....pada 2 November ari tu... baru ari nie berkesempatan memenuhi tuntutan tag dari Anis....he he....baru pandai copy paste...... bukan tak nak memenuhi permintaan kawan2 nie.....tu lah....bila ingat banyak keja lain....aku akan cuba jawab dengan jujur....

1. The age you’ll be on your next birthday:
dah tak banyak bulan je lagi....31 tahun

2. Place you want to travel to:
teringin sangat nak ke Brunei.... berangan masa di sek rendah lagi....tu...

3. Your favorite place:
depan tv le.......balik kg pun..itu lah tempatnya....

4. Your favorite food:
mihun sup...tak ada lada...

5. Your favorite pet:
Ikan....tapi sekarang tak sempat nak bela......tunggu umah sendiri...dah ada kawan nak bagi aquarium...he.he...

6. Favorite color combination:
aku hentam je suka hati aku......

7. Favorite piece of clothing:
T.shirt dan jeans sebab simple.....

8. Your all time favorite song:
Lagu balada dan rock ada sikit2...

9. Favorite TV show:
Berita..la...lepas tu layan je...mana yang ada....

10. First name of your significant other/crush:
apa ha......

11. Which town do you live in:
Sungai Buloh le...panjang umur....dah tak ke mana rasanya....

12. Your screen name/nickname:
eeeda...

13. Your first job:
toreh getah....lepas SPM...ha..ha...

14. Your dream job:
Nak jadi pemantau.....selalu orang je pantau kita....

15. One bad habit that you have:
malas nak basuh pinggan lepas makan....

16. Worst fear:
kehilangan.....orang telah banyak berbakti...

17. Things you’d like to do before you die:
jumpa semua saudara mara yg belum pernah jumpa...

18. The 1st thing you’ll buy if you get $1,000,000:
berhenti keja.....buat keja amal je....

19. Your husband/wife:
coming soon tak tahu lagi siapa insan bertuah tu....

20. Tagged anyone?
*Sulia*

p/s : su....ko plak jawab
.

TAG DARIPADA KAK YONG

Salam buat semua yang mengunjungi blog saya ni. Ini tag yg saya terima di awal pg td. Dikirim oleh kawan maya saya Kak Yong. Sory lah..ambil masa yang lama...nasib baik anis bagi gambar yang ada dalam simpanannya.....

Nie... gambar kahwin Tahun 2000. Tahun nie...dah masuk tahun ke 10......

1. Pada yang telah berkahwin, anda dikehendaki postkan gambarperkahwinan anda dlm blog anda...
2. pada yang belum berkahwin plak, postkan gambarperkahwinan yang paling bermakna buat anda yang pernahanda hadiri...contohnyer perkahwinan X-kekasih ker, kawanbaik ker,artis populer ker..tak kiralah,asalkan ianya membawaseribu erti buat anda...
3. jangan edit2 tau gambar2 tue..
4. kalau banyak postkan gambar2 lagi baguih
5. o.k tu jer,senangkan...then forwardkan ler tag nie pada 5orang yg anda rasa patut diforwardkan..k, selamat menjawab tag...

PENGORBANAN SEORANG KAWAN

Sejak di bangku sekolah lagi aku suka berkawan. Bagi aku berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Berkawan nie tak terbatas sesama jenis, malah kita tidak dilarang berkawan berlainan jenis. Selagi kita tahu menjaga batas pergaulannya. Pada pandangan masyarakat timur yang penuh adab sopan santun tetap tidak manis sekiranya keluar berdua-duaan. Untuk mengelakkan pandangan sedemikian kita perlulah pandai mencari ruang yang sesuai supaya dapat keluar dalam kumpulan. Ini sebenarnya lebih menyeronokan.

Nie pandangan kawan aku. “ bagi aku kita tak perlu ada ramai kawan, kalau ianya hanya menyusahkan kita. Biar sedikit tetapi boleh mengembirakan kita dan berkualiti daripada ramai…tapi tak boleh pakai.”

Nie pandangan salah seorang lagi kawan aku. “ pada pandangan aku…jika kita ingin menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan-kawan, kita perlu bersedia untuk berkorban. Berkorban dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan buah fikiran. Kita perlu bersedia meluangkan masa untuk bersama kawan2. Kawan2 juga akan mencuri masa kita untuk berbual melalui telefon, sms atau pun untuk berjumpa dengan kita. Dari segi tenaga, kita perlu bersedia memberikan pertolongan kepada kawan2 yang memerlukan pertolongan. Ada kalanya kita akan menggunakan wang ringgit untuk belanja kawan makan, membelikan hadiah hari2 istemewa, membayar bil telefon untuk bertanya khabar, kos untuk berjumpa kawan2 dan sebagainya. Terpaksa memerah otak mencari jalan sekiranya kawan2 memerlukan pandangan atau tunjuk ajar dalam sesuatu perkara.”

Mampu ke kita?….sanggup ke kita….? berkorban 4 perkara berkenaan. Tepuk dada tanyalah diri sendiri di mana tahap kemampuan kita.

Pada pandangan aku, semua perkara yang kita lakukan dalam dunia ini memerlukan pengorbanan. Bezanya adalah, sama ada pergorbanan itu mampu kita lakukan ataupun tak mampu untuk kita laksanakan. Apa yang aku rasakan hari ini, pengorbanan yang dilakukan secara ikhlas… kita akan merasai keseronokkannya dan akan mengulangi perbuatan berkenaan. Walaupun terpaksa mengeluarkan duit, masa dan tenaga untuk seorang kawan. Tetapi pengorbanan secara terpaksa, bukan saja kita tidak senang untuk melakukan… malah rasa lebih tertekan.

Bab kata Farah Fauzana, warna2 kehidupan ini terlalu indah. Berwarna-warni mengikut orang yang mencorakkannya. Tetapi warna yang indah itu kita hanya merancangnya…kita jangan lupa bahawa ada Yang Maha Esa menentukan sama ada warna itu kekal atau pun pudar di pertengahan perjalanan. Belajarlah menerima ketentuan Ilahi…belajar menerima hakikat impian yang dibina tak seindah reality kehidupan. Warna2 kehidupan 2008 akan meninggalkan kita hanya beberapa hari lagi.

“Belajarlah menerima hakikat bahawa sesuatu yang kita miliki adalah pinjaman semata-mata, bukan bersifat kekal abadi”
“Biarlah Abby je yang akan kekal jadi Abby abadi”
”Jangan sesekali menyalahkan takdir, tapi belajar terima hakikat dengan redha”

MENGISI MASA TERLUANG

Seronok jugak kan…bila boring…tak ada apa yang hendak dilakukan…tambah pulak bila malam melabuhkan tirai dan heningan pagi yang sunyi….sesuai sangatlah…berangan-angan, walaupun kita tahu angan-angan tu tak mungkin jadi kenyataan. Tapi angan-angan tu sesuatu yang menyeronokan….walaupun ianya bersifat sementara….aku memang suka berangan-angan.

Masa zaman sekolah….aku berangan-angan dapat kerja yang bagus2…lepas tu…dapat beli keta….tau keta apa aku minat….ha…ha..ha…keta kancil. Dulu orang yang pakai keta nie.. kira berduitlah…lain lah sekarang.. student pun pakai keta…kalah org dah keja….

Bila dah keja…ada gaji lain pulak…angan-angan2nya…tak nak pakai kancil…kecil sangat. Jalan jauh tak selesa…sakit badan…sebab melantun-lantun….mcm2 manusia nie…berlagak….sebab kancil dah mampu beli…..nak yang lebih sikit….memang dah sikap manusia…tak pernah puas dengan apa yang mereka ada…..ada baik dan buruknya org yg berperangai mcm nie…..lepas tu berangan pulak nak beli umah….kononnya nak buat asset….puh…tinggi betul angan2 nie…

Bila angan2…kita tercapai…..kita akan berangan….dan berangan lagi..pendek kata…angan2 nie…tak pernah mati dalam diri kita….tak kurang jugak yang tak suka berangan…”penat je berangan…belum tentu dapat pun”. Tu pandangan orang. Pandangan berbeza-beza…tapi reality tetap satu.

Dah keja banyak tahun sikit…mula berangan-angan…nak sambung belajar…nak lagi gaji besar…seronok dapat jalan-jalan ke luar negara….dapat jenguk saudara-mara yang jauh2….dapat jumpa kawan2….bila ada duit banyak…banyak perkara kita boleh buat….ya lah tengok orang, bila cuti je melancong…bila cuti je melancong...wah..seronok kan…tido kat hotel…makan2…aku…belum sampai lagi tahap mcm tu…..

Ada jugak angan2 yang masih tak kesampaian…orang tua selalu cakap….”kalau nak pakai baju….ukur badan sendiri”..semua org tahu maknanya….tak kisah lah…janji aku suka…berangan pun jadilah…sekali pun tak dapat…aku tak kisah….tapi..kalau dapat, dah tentulah seronok…..tau apa dia yang selalu aku dok berangan…..ha..nak ambil lessen B…nak beli motor berkuasa besar….seronok tengok Erra tunggang motor besar…tau lah ..harga motor lebih mahal daripaada harga keta…..dapat motor Honda CBR ke..ZZR ke…tak pun TZM je….jadi lah….

Ha..jangan tak caya….aku pernah tunggang motor TZM dalam KL…cetanya mcm nie….ada kwn aku nie ( boy )…keja DBKL, pakai motor TZM…masa tu aku pakai RG Sport….duduk lepak sambil minum….nanti org faham minum apa pulak kan… minum teh tarik…aku sibuk dok Tanya… berapa harga?…berapa bayar muka?…berapa bulanan?….last2 dia cakap apa “ cikgu minat ke…motor macam tu…nak try bawak ambil lah” “ boy betul ke nie bagi cikgu bawak” memang dah minat orang offer….apa lagi…mcm org yang mengantuk disorongkan bantal lah…laju je…

Kawan2 yang lain risau…..”boy… kau biar betul bagi cikgu bawak…pandai ke dia tu…motor tu kan ada clutch…” ”alah tau lah tu dia” aku pun apa lagi….start motor…masa tu kami minum kat gerai abg Zul di Batu 5, Jalan Ipoh…start di Jln Ipoh…masuk Jln Kuching…lalu Jln Tuanku Abdul Rahman…depan Sogo…masuk balik Jln Ipoh….puh… jauh jugak tu….masa tu seronok tak terkata…berhenti kat traffic light semua mat2 motor tengok je…nak jadi kan ceta…besoknya motor tu kena curi…last sekali.. boy pakai motor kriss. Motor Virago dah merasa jugak bawak…tapi pusing2 kawasan sekolah je….member kat sekolah ada pakai….nak kuar tak boleh le..tak ada lessen B…

Sekarang dok berangan apa tau….nak pakai keta baru….tengok keta Toyota Wish tu…sporty jugak…tapi naik sorang je….dok minat kat Honda Civic 1.8 tu….harga tu…lebih kurang sama je dengan Wish….tapi….bulanan seribu lebih….mana nak cari….baki gaji pun tak sampai banyak mcm tu….kan patah balik zaman makan maggi…keta punya pasal….kawan2 ada dok hangat kan….”boleh tu farid…tak lama naik time-based…kan nanti gaji degree…nak pakai.. beli…gaji kita..duit kita” betul jugak tu….sayang jugak duit…elok2 boleh buat benda lain…habis kat keta je…

Kan fikir balik….baik belanjakan 5,6 ribu…buat keta wira eroback tu je….bukan tak ada keta…lagi pun elok lagi keta tu…setakat nak pusing Semenanjung Malaysia nie…lepas je… dok berangan apa tau….tukar sport rim 15”…letak skirting SE….spoiler ala Honda tu…..tukar engine 1.5….ha…baru steady sikit panjat High Way Karak….sekarang merayap je….senang2 je kena potong kat kancil 850….lagi satu tukar kulit… colour white purl. Tak dapat bayang kan…smart giler….org yg drive je sempoi….tetap mcm dulu jugak…apa pun aku senang dengan penampilan skrg…

Jangan pelik….nama panggilan aku berubah2….kat sekolah sksb….semua panggil ‘Farid’ sebab keliru..ramai sangat ‘ida’..sekarang ‘Farid’ pun dah ada dua kat sek nie….satu lagi lelaki…..’idah’ pulak panggilan kawan2 sama belajar dan kawan2 di kampung…’Cikgu’ pulak…kawan2 keja part-time. Kadang2 pening jugak…..apa pun panggilan janji bahagia…..

“ Angan-angan boleh menjadi impian, tapi impian tak semestinya akan menjadi realiti. “

“Jangan mengharapkan impian menjadi kenyataan, tetapi berusahalah untuk mencapai impian”


HOBI

Suatu petang tu…belek2 majalah remaja nie…ternampak lah ruangan hobi…..minah nie…hobi nya kumpul paper beg…cantik2 pulak tu…dalam hati mesti anak orang kaya…shopping tempat yang high class memang dapat paper beg…Setakat kita shopping kat Mydin…Tesco..Giant dapat lah ‘supit geleyar je’ nak buat gapo…last sekali buat isi sampah je…masukkan dalam tong sampah….aku dok fikir2…aku nak cari satu hobi…masa sekolah dulu kumpul setem….tak banyak pun setem menarik….alih2 kelapa sawit…sekarang bila dah ramai orang tak guna setem….Pos Malaysia mula kuar setem cantik2….tu pun bnsnes jugak….

Aku nak cari hobi yang barang boleh tahan lama…tak mudah rosak…dan ada sentimental value….dalam dok fikir2 tu…ada sorang nie…suggest kan hobi mengumpul mug…bagus jugak tu…mug nie…banyak saiz.. pelbagai bentuk…dan harganya pun tak lah mahal sangat…mampu lah nak beli sebulan satu tu….Aku mula mengumpul mug..daripada lepas belajar hinggalah ke hari ini…..

Sekarang aku dah kumpul hampir 100 biji mug pelbagai saiz….sekarang dalam usaha mengumpul mug universiti yang ada di Malaysia…dalam koleksi baru ada UIAM, UM, UKM dan UPM. Ari tu kurang bernasib baik pegi ke UTM Skudai…kehabisan stok mug yang besar… dapat beli yang kecil je…ada peluang lagi tu…tak dapat nak sertakan gambar….Skrg mug2 tu ada dalam kotak….tunggu masuk umah sendiri…aku berangan-angan nak buat satu sudut khas. Siap dengan rak yang pasang siap…berangan lagi….dah memang suka berangan….nak buat mcm mana…..

Ada yang aku beli sendiri…ada hadiah daripada kawan2 sempena besday…daripada anak2 murid….hadiah daripada orang2 yang rapat….masa mereka pe melancong ke..out station ke…alasannya bila hadiah kan benda yang aku suka…aku akan sentiasa luangkan masa untuk tengok…jadi secara tak langsung aku akan sentiasa mengingati mereka setiap kali terpandang pemberiannya….betul jugak kan…”kalau kita sayang kan seseorang, kita hadiahkan apa yang dia suka”

Kalau dah minat kita sanggup berhabisan duit kan….mcm blogger Izman…hobinya mengumpul duit lama…pakai duit jugak tu….Pernah masa offer Vantage di Petaling Jaya….sanggup malam tu pe survey jalan…sebab tak nak esok tercari2….kawan2 yang lain sibuk pilih pinggan mangkuk…aku sibuk pilih mug….seronoknya…tak terkata…maklumlah masa tu offer 70%….kalau nak beli hari biasa jenuh le….ari tu je…aku beli 12 biji harganya cecah RM 200. Kawan aku siap cakap apa “ ko nie giler betul farid, baik beli set pinggan boleh guna. Ini beratus buat perhiasan je…”

Mug yang paling mahal ada dalam koleksi aku berharga RM80 sebiji. Abang ipar aku belikan semasa dia bertugas di UK. Harga di sana baru 14 paun sterling. Mug berkonsepkan zaman dinasti …kawan aku bagi hadiah semasa dia out station di China. Yang lain2 nya adalah beli masa pe bercuti….adalah sikit catatan di mug tu….buat kenangan….mengingatkan kita kepada tempat yang pernah kita lawati…

Pernah sekali aku pegi umah kawan aku nie….aku tengok mug hadiah minuman power root colour hitam…aku berkenan sungguh…mug tu ada 2…..aku mintak satu….aku kalau dah minat memang buat muka tempe je…nasib baik dia nie…kalau benda aku minat dia bagi…selagi boleh bagi….dia bagi yang aku minat tu…dan bagi lagi beberapa biji mug yang lain…dia ckp apa …”akak tahu ko nie…jenis pandai jaga barang…akak bukan guna pun…daripada pecah macam tu…lebih baik ko ambil..”.

Sampai anak buah aku yang kecil pun dah tahu…mak itam dia minat kumpul mug…sampai pegi mana2.... nampak mug…sibuk je…

“Harta yang berharga dalam hidup kita, adalah harta yang paling kita sayang.”
“Jika kelauarga yang paling kita sayanng, itu lah harta yang berharga”
“Jika harta kebendaan yang paling kita sayang, itulah harta yang berharga”

Semuanya bergantung kepada diri sendiri untuk memilih yang mana satu harta yang berharga yang paling dia sayangi.

PERSIAPAN MENGHADAPI KESUSAHAN

Mengambil insurans adalah tindakan yang bijak kerana kita tidak tahu bila musibah akan menimpa.

Orang ramai digalakkan mengambil insurans ketika masih muda dan sihat mengikut kemampuan.

Lebih muda usia bermula mengambil insurans, lebih tinggi pulangan apabila mencapai tempoh matang insurans.

Pelbagai jenis insurans yang ditawarkan pelbagai syarikat antaranya insurans hayat, pendidikan, kesihatan dan am.

Ada takaful yang mengamalkan pelaburan secara Islamic dan pelanggan tidak seharusnya risau mengenai msalah riba yang selalu dikaitkan dengan insurans.

Insurans terbahagi kepada simpanan membolehkan pelanggan mendapat balik semua wang yang dilaburkan selepas mencapai tempoh matang manakala perlindungan akan mendapat manfaat yang tinggi apabila berlaku sesuatu.

Insurans hayat dan perubatan, pelanggan yang terpaksa dimasukkan ke wad dijamin tanggungan perbelanjaan kos rawatan dan boleh mendapatkan bayaran masa yang dihabiskan di dalam wad.

Jika pemegang polisi insurans meninggal dunia akibat musibah, nilai pampas an insurans akan diserahkan kepada warisnya.

Pelanggan digalakkan mengambil insurans pendidikan untuk anak kerana kos pengajian yang semakin tinggi sekarang ini.

Dipetik daripada Harian Metro - 11/10/2008

“Perjalanan hidup ini seperti air sungai yang mengalir. Ada kalanya mengalir lesu dan tenang. Ada ketikanya mengalir laju dan bergelora…sehingga memusnahkan tebing yang tidak berdosa itu.”

PELAKON YANG DIMINATI

Aku dari dulu lagi memang minat betul dengan sorang pelakon nie….Sanggup tunggu lah walaupun pukul berapa ceta nya di tayangkan… sanggup batalkan janji temu semata-mata kerana mu…..bukan apa…bukan selalu dapat tengok wajahnya di kaca tv. Tambah sekarang nie…lagi lah…susah betul… nak tengok…senyap je…ke dah kahwin. Artis Malaysia nie…lain. Bila dah kahwin senyap sepi…penat jugak yang rindukan lakonannya nie.…

Hanya sekadar minat…bukan sampai tahap fanatic yang melampau. Pelakon nie…bukan saja kurang gosip, malah emejnya yang cukup bersih. Aku suka tengok dari segi penampilannya yang kemas, bergaya dan cara dia bercakap memang ciri-ciri perempuan melayu terakhir. Pelakon nie dah la comel…tinggi lampai pulak tu…dah jenis aku…kalau dalam ceta tu ada artis aku tak suka….memang tak tengok dah le….biar pun jalan cetanya menarik. Artis nie…cukup serasi bila digandingkan dengan Rosyam Nor…

Ha…mesti nak tahu..siapa artis yang aku minat nie….tak lain tak bukan….Siti???? tu mesti ingat Siti mana??? Artis Malaysia nie ramai pangkal mula dengan Siti…. Siti yang aku maksudkan nie….Siti Sharizah Saifuddin ( Eja ) ha…ha.. tak ada gambar dia pun dalam simpanan aku….tapi kalau berpeluang bergambar dengan dia suatu hari nanti…confirm aku simpan…atau siap lekat kat dinding lagi….artis edola lah kata kan…..

Pernah satu malam….dari siang aku sibuk story pasal Eja kat kawan aku nie…” akak saya minat betul dengan Eja. Seronok kan akak, kalau saya dapat jumpa dia…huh..dapat bersalam dengan dia ke….bergambar ke….kalau dapat sembang lagi best kan akak” “ ko nie…ramai2 artis Eja yang ko minat…”

Malam tu aku mimpi jumpa dengan dia… Orang tua selalu cakap…kalau kita sentiasa ingatkan seseorang tu…tak mustahil akan terbawa-bawa dalam mimpi. Seronok tak terkata lah dapat jumpa dengan Eja….dia senyum kat aku…aku menghulurkan tangan untuk bersalaman….belum sempat lagi sentuh dengan tangan dia…..tiba2 phone aku berbunyi…aku angkat le….rupanya kawan aku call…dan..dan tu jugak aku marah kat dia…”ada apa akak call saya malam2 nie….akak nie kacau betul….saya baru nak bersalam dengan Eja….tak sempat lagi…rugi betul lah….” “saja je…call..ingat ko belum tido lagi” “akak sekarang pukul berapa nie…” “ pukul 2.00 pagi”

Harap2 suatu hari nanti aku berpeluang jumpa dengan Eja….pelakon pujaan hati ku…Eja nie…sebenarnya tinggal kat area mana ha…??? Ari tu..kawan adik aku bagi tahu…. Eja ada buat jualan apa entah kat Ampang Point….dah lepas baru tahu.. nak buat apa…kan…

“ Belajarlah mencintailah diri kamu sendiri, sebelum kamu belajar untuk mencintai orang lain.”

“Sayangilah diri sendiri lebih daripada kamu menyangi orang lain.”

KALENDER 2009

Terima kasih....bagi hadiah nie.....first time nie....ambil dari blog orang....
Rupanya semakin hari....ada perubahan jika kita berusaha untuk mencuba....
" Seseorang itu tidak akan berjaya, jika takut untuk mencuba sesuatu yang baru"

Friday, December 12, 2008

KAWAN LAMA

Kawan aku nie....jauh di mata...tapi dekat di hati.......Ija nie kawan tempat aku mengadu....kalau balik kg aku mesti pe jumpa dia......Khairul nie.....kami kawan masa di tadika lagi sampai ke hari nie...... sekarang sambung belajar di UTM Skudai......sentiasa berhubung....baru kali nie...berkesempatan untuk berjumpa.....

SMK DAMAK

Antara gambar yang sempat aku ambil semasa berkesempatan panjat bukit buluh raya kedua....dah banyak perubahan.....dah ada asrama...tambah lagi blok baru.....taman2 yang cantik...pondok tempat aku and keng kawan lepak pun dah berubah....setelah 13 tahun berlalu.....bangga jugak tengok sekolah lama nie.....bertambah baik...

BUAT MAKAN-MAKAN

Bukan senang nak dapat kan gambar nie.....terutamanya gambar satu2nya abang aku...anak buah aku curi2 ambil gambar nie....buat kenangan....sebelah tu...kakak aku yang sulong....mek aku pakai tudung biru...yang lain tu...gambar anak buah....raya kedua kami buat makan2....jemput saudara mara je.....

RAYA AIDILADHA


Nie lah suasana......daripada buat persiapan sebelum...hinggalah ke hari raya.....sudah menjadi kemestian makanan berat mesti ada di pagi raya...tu adik aku kena dera pe....beli ayam nak buat rendang...kuih raya ada lah sikit2....

ANAK SAUDARA (BABY)

Nie....anak buah aku yang suka buat lawak.....dapat kamera dua-beradik nie....sibuk ambil gambar.....nie lah hasil gambar...yang diambil oleh si kakaknya...baru 7 Tahun.....zaman kita.....tak merasa nak pegang kamera....dah keja baru merasa.....dunia dah maju...zaman dah berubah...sesuai lah dengan peredaran masa kan.....

KETA OH..KETA

Keta aku kena langgar belakang seminggu sebelum...raya. Selalu orang kena langgar masa jam...tp lain pulak dengan aku......elok je parking kat umah.....orang yang datang boleh terlanggar.....apa boleh buat kan....nak raya punya pasal repair jugak lah....orang yang langgar belum dapat gaji....." cikgu repair dulu, nanti dapat gaji saya bayar" kuat jugak kancil kan.....nie...dah kali kedua bumper belakang nie aku tukar......
Nie....lah si jantung hati kesanyangan aku.....

JALAN-JALAN DI ZOO NEGARA

Tahun nie..aku cuti sekolah tak ke mana pun...... member ajak ge Zoo Negara je.... Tapi tak pe lah janji jalan-jalan jugak kan Syahjehane78.....tak dapat ge..jauh...dapat ge dekat pun jadi lah.... Last aku ge....pun Tahun 2003..... Bawa si kecil nie....seronok jugak....

Monday, November 24, 2008

EXAM OUM

Hari nie merupakan paper pertama aku...bagi sem sept 2008. Mcm biasa le aku kuar awal harap2 ada masa untuk bincang dengan kwn kejap sebelum masuk dewan...Tapi kwn aku yang selalu dok bincang nie.....datang lewat pulak....biasalah uruskan anak2....apa boleh buat.... sempat lah....belek dua tiga muka surat......dalam hati dah masuk kat dalam tu....tenyih je...betul ke....salah ke....janji penuh. Tp takut jgk pemeriksa pening dengan jawapan entah apa-apa tu....

Ternyata dalam dewan aku belasah je......sampai tak cukup kertas....aku minta lg extra....kwn sebelah aku dah gabra tengok aku buat banyak....dia tak tahu aku hentam je....dah selalu masuk exam dah tak heran.....boleh jawab ke...tak boleh jawab ke....standard le....org dah keja belajor. Lepas penat2 tenyih......kwn aku nie....nak belanja makan. Aku makan le org dah berhajat nak belanja. Makanan kat UNITEN nie.....boleh tahan murah dan sedap. Sambil makan borak2 kejap. Lepas tu...masing2 bawa haluan sendiri.....

Aku terus je drive ke umah kwn satu maktab.....dah janji dengan dia nak datang....janji mesti ditepati......tepat pkl 1.00 aku dah ada depan umah dia....bukan apa semangat nak beli laptop dengan dia. Tak kisah second hand pun.....aku tahu dia guna memang cermat.....Sambil aku belek2 laptop....rupanya dia siapkan makanan kat dapur..... jaga hati kwn aku makan lagi.....tak kisahkan perut sekali sekala isi penuh......jangan tambah berat dah la.....penat aku nak bawa.....

Hari nie....seronok betul dapat laptop......bukan senang nak dapat.....nie.....kena jaga betul2...dah 6 tahun pakai harta kerajaan.....buat kerja peribadi.....mulai ari....tak lagi....slmt tinggal Compaq.

Wednesday, November 12, 2008

SI COMEL MENCUIT HATI

Seronok ...pulak tengok budak2 nie.....dah hujung2 nie...kalau tak asyik kena je...dgn aku.....

Nie..la muka Ketua Kelas dengan Penolong Kelas...tengok je mcm nie.....boleh diharap nie....banyak lah keja aku.....depa nie...tolong.

Wajah2 anak didik aku...Tahun 3..20 orang lelaki....15 orang perempuan....betul2 menguji kesabaran ku.....anak2 nie...

IPBA DI HUJUNG MINGGU

Sory lah Fairus.......muka hang tak ada....tu lah ponteng kelas sangat....tengok org lain semua ada... ke hang...nak sorang je kat sini......maklumlah...org single lg...kan..
Nie lah...wajah2 guru yang belajar....sambil bekerja....kelas nie...ok lah..ramai jugak melayu...kalau tengok kelas P.Moral..2,3 kerat je melayu...lain cina & india.

Nie.. kelas Matematik & Kesihatan.

PERKHEMAHAN PERDANA

Makan jgn tak makan....Nana...jgn peduli apa org nak kata...yg penting perut kita....kita punya suka...
Tengok tu.....anak kecil pun bawa sekali.....cikgu yang tak berkira nie...ada baik....buruknya jgk kan......Ikril..jgn buat mcm tu....kat antie..

Aku....memang bangga betul komitmen cikgu sek...nie...buatlah apa program sekali pun....masa bila pun....mesti kehadiran 100% punya.....ckp belakang tu..ada jgk...tp, tu...la dtg jgk...

Di saat akhir pun....sekolah kami sempat lagi buat perkhemahan. Buat kat sek je..... dari 7/11 hingga 9/11.. cikgu, yang buat piss tu pun dapat tukar...balik Kedah.

JAMUAN AKHIR TAHUN

Makan...jgn tak makan....bayar mahal2... rugi...baju hijau tu.....last kot makan dgn kita tahun nie...
kabel besar tu....mesti dapat tukar....punya lah...
Muka nampak seronok kan......bukan makanan sedap....tapi dapat tukar balik negeri....dah byk kali mintak .....br tahun nie...dapat..tahniah...tahniah....
Sorry lah....klu asyik muka nie je kuar....nak buat mcm mana kan....nie...kawan aku yg rapat..yg lain pun kawan.....tapi tak rapat sangat....

SENAM SENI WARISAN & HARI KEUSAHAWANAN

Cikgu pun bersemangat tu......aku biasa lah pantau je....dah kurus kering...lagi kurus susah pulak.

Mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan warga sksb......kalau diadakan selalu pun bagus jgk kan.....

Nie....group bahagian kupon.......kain tudung puple tu...s/u aku......kena kejar je dia....
tahulah mcm mana keja bawah aku......

Hebatnya seorang guru......serba boleh....mengajar tu biasalah bidang dia...Nie berniaga untuk mencari dana....pun boleh....tak tahu la nie....untungnya berapa????

HARGA SEBUAH PENANTIAN

Sesetengah orang menganggap:

  • Pertemuan adalah satu permulaan yang baik.
  • Penantian adalah satu penyiksaan.
  • Perpisahan adalah satu pengorbanan.

Saban hari aku menatikan....tarikh demi tarikh dengan sabar. Hari ini 10/11, penantian yang cukup mendebarkan. Setelah beberapa bulan yg lalu ku.....tempuhi suasana yg sama. Pada 11/08 aku mengharapkan sesuatu perubahan akan berlaku. Ternyata ianya hampa. Hari ini....sama seperti tarikh yang terdahulu. Bilakah impianku....akan menjadi realiti. Kali ini aku diberi lagi....tarikh yang baru.......21/01. Lamanya....penantianku.....untuk smp pada masanya. Aku akan sentiasa menanti dan mengharapkan sesuatu perubahan yang akan berlaku.

Aku tidak pernah terlupa.... pada tarikh yg telah ditetapkan. Tepat pada masanya.....aku akan sampai. Sudah hampir 5 tahun aku sabar berkunjung ke sana.....dengan satu impian supaya menjadi kenyataan. Tarikh akan datang, dah masuk tahun baru... Ini bermakna, aku sudah menlangkah ke tahun ke 6.. Bermula 2004.... hinggalah sekarang...aku masih menanti demi satu harapan....agar penyiksaan yang ku tanggung akan berakhir.

Bayangkan......tempat yang ku kunjung mengalami banyak perubahan dari segi fizikalnya...Stafnya...daripada bujang...berkahwin.....beranak...dan beranak lagi.....lama kan.... Tapi aku...masih sama....cuma setiap tahun umurku berganjak dan beberapa bulan je lagi....akan berganjak lagi. Apa pun yg berlaku aku tetap setia...selagi belum tercapai impian.

Bagi aku masa yang dihabiskan untuk sebuah penantian cukup bernilai dan tak mungkin.....akan dapat diganti dengan cara mana sekali pun.... Usia muda ku berlalu begitu saja.....Mungkin belum rezeki ku...untuk melalui kehidupan yang indah seperti yg diimpikan.

Aku perlu bersyukur dengan rezeki yang diberikanNya.

  • Walaupun tidak dikurniakan anak.
  • Walaupun tidak dikurniakan harta bertimbun..2
  • Walaupun tidak dikurniakan kecantikan.
  • Tapi aku dikurniakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah rezeki aku tahun nie....Berkat doa kawan2.

Aku masih ingat lagi...tak kala ku diberi pilihan masa untuk berfikir.... "Berapa lama hendak masa untuk berfikir....., cakap?" "Sehari, seminggu, sebulan.....setahun....10 tahun pun sanggup tunggu". Pilihan masa yang diberikan kepada aku untuk berfikir....semuanya supaya aku berpatah balik ke jalan yang asal. Namun aku... tetap dengan pendirian ku....Walaupun aku terpaksa menjadi seorang penunggu. Aku hanya mengharapkan kejayaan berpihak kepada ku.....

Tahun hadapan... 2009... genaplah 10 tahun tempoh masa yang diberikan untuk aku berfikir. Tapi pendirian ku tetap sama....seperti pada hari pertama aku buat keputusan. Itulah keputusan aku.....tak berubah dan tak berganjak....

Mungkin..inilah kali pertama kalian terbaca cerita, orang diberi tempoh 10 tahun untuk berfikir. Buang masa kan.... sedangkan jawapan tetap sama....seperti hari pertama diberi peluang untuk berfikir..

KETA PUNYA HAL

Entah apalah nasib aku.....keta asyik meragam je...sejak akhir2 nie. Ari sabtu, balik dari kelas oum... anak kwn aku minta tlg hantarkan ke asrama. Aku pun...tak keberatan nak hantar. Kesian naik bas....tambah pulak skrg nie....budak2 la...ni....bkn boleh harap sangat. Sampai je kat traffic light mati enjin... Dalam hati jgn lah buat hal..Start2...hidup...aku jalan tak sampai 10 minit semput2...tp enjin tak mati... Aku dah risau...takut mati kat MRR2. Dah la...masa tu panas terik...Jenuh jgk kalau mati enjin kat situ...... Masa tu...sempat jgk la...aku pujuk keta aku tu...." kalau nak mati pun biarlah.......aku sempat sampai kat pump minyak dulu". Nasib baiklah sempat sampai. Rupanya keta aku nie..... faham aku cakap..

Dah smp kat Shell sblm naik H.way Karak tu... aku parking elok2.. Nasib baik ada pokok boleh berteduh... Kat situ ada Mc D...apa lg budak tu... pe beli....Aku sibuk call pomen. Pomen 1....tak angkat2 pulak phonenya....bizy kot....Aku cuba call pomen 2....dia angkat. Dia kata ada kat Bangi... tak pe aku tunggu. Lama jugak lah aku tunggu baru dia sampai....Sampai je...dia check2... rupa2nya rosak fuel pump ( alah...pump minyak dalam tangki ). Aku, anak kwn aku.. dengan bini pomen tu...turuskan perjalanan ke Cheras... Pomen tu...bawak balik keta aku... Ari Ahad keta tak sempat siap....Maklumlah kedai spare part tak buka... Ari Isnin aku ada hal pulak tu.....pagi2 aku dah kena kuar. Tak sempat pergi beli...Kira semua aku serah kat pomen tu.... aku percaya lah melayu kan......

Petang tu... pukul 5 dia call... kata keta dah siap. Aku tanya berapa....? Terperanjat den...ala hai...mak datuk...kena RM 490.00.....mahal giler. Ikhlas aku ckp.... memang tak puas hati....Aku cakap nak ambil esok....je...sebab duit belum buat kuar. Dia kata tak pe...ambil dulu...esok baru bayar.....Tak pe lah...magrib2 tu.. aku ge ambil.... dia bagi bil.

  • Feul pump = RM 380
  • Petrol = RM 40
  • Upah = RM 70

Petrol tu tak pe lah.... dia kata mmg hitam....tak boleh pakai. Upah pun aku tak kisah lah....itu hak dia. Aku nak buat sendiri pun tak reti.... Yang aku panas hati....dia nak kencing aku tu....

Aku sabar....esok nak ge tanya kedai spare part berapa harga. Lepas hantar emak & ayah kawan aku ke komuter..Aku terus ge kedai spare part tempat biasa aku beli barang... Terperanjat giler....Harga recon dari Taiwan baru RM 90, jaminan 1 bulan. Ori...dari Jepun RM 200 ++. Tauke kata... klu kat keta potong " u blh angkat baru RM 50 ....ma" " mana u repair " kedai melayu tauke..." wa...melayu pun tipu ka...." Aku tahu nie... mesti kes nak makan....tp jangan lah makan banyak sangat.... Kita nak tolong melayu.....tp......tuhan saja yg tahu...... Itu pun....aku tak tahu dia pasang yg mana satu....tu atas jujur dia le.... Harap2..... ori ...le.

Ambil duit...aku terus pegi umah dia...nak bayar upah.....Rupanya dia memang tengah tunggu aku....nak pakai duit. Nak hantar pekerja dia ke klinik...kena kaca....tak ada duit. Aku anggap terdesak la tu.... Aku pulak yg dicekik...nya.

Ada la....2, 3, kali aku repair kat dia.....tp spare part aku beli sendiri...So ..dia tak boleh nak kencing aku... Kali nie...dia ada peluang....dia kenakan aku...cukup2 tu... Tapi dia silap..... Dia buat macam tu...kat aku. Lain kali...nak suggest kat kawan pun dah tak jadi. Aku rasa last dah nie...repair kat dia. Cari tempat lain....lah. Ada lah 2, 3 pomen lagi yg aku kenal.....Boleh try tempat lain pulak....

Jadi mcm nie kan.... aku rasa mcm nak belajar je dalam bidang nie.... Sekurang2nya tahu jugak rosak apa....barang apa kena tukar.....beli barang ....tinggal upah pasang je....

Kesimpulannya, ilmu tu penting. Tak kira bidang apa sekali pun. Supaya kita tak mudah ditipu...bulat2.

PENILAIAN JUJUR

Penilaian jujur mengenai diriku dari kaca mata seorang kawan yang boleh dikatakan rapat dengan aku suatu ketika dulu. Dan hari ini hanya tinggal sejarah.....sejarah.... rasanya tak masuk kot....dalam buku sejarah. Sejarah peribadi je....

Ada tiga perkara, yg negatif pulak tu....

  • Sikap 'Ego'
  • Panas Baran
  • Pentingkan Diri Sendiri

Aku nie...bukanlah jenis yang hipokrit. Menyembunyikan sesuatu yang buruk mengenai diri sendiri....senang ceta 'berlakon' Bagi aku....biarlah orang boleh menerima diri aku seadanya. Kita tak mampu menilai diri kita sendiri. hanya orang yang hampir dengan kita dapat menilai siapa kita sebenarnya.....Bagaimana pula dengan kawan2 yang rapat dengan aku? Adakah penilaiannya sama seperti di atas....? Aiman tak kisah......apa pun jawapan........

Ini pandangan aku mengenai 3 perkara berkenaan:

'Ego' oleh kerana sifat ego yang ada pada diri seseorang itu lah....boleh menjadikan dirinya seorang yg tabah, kuat semangat & mempunyai jati diri yang tinggi. Bagi aku, bukan ego, jika kita tidak mahu menerima pertolongan daripada orang lain. Aku sebolehnya....akan berusaha sendiri terlebih dahulu. Aku tak suka menyusahkan orang lain. Setakat sikit2 boleh settle sendiri....buat apa menyusahkan orang.

'Panas Baran' rasanya semua org ada. Bezanya.....tahap panas barannya....Aku rasa 'under control' lagi.... . Kesabaran ada batasnya.... Sesekali kita buat panas baran...lain kali org akan beringat.....Bukan apa, supaya kita tak mudah dipergunakan sesuka hati.....diperkotak katekkan...bahasa apa aku pakai nie.....janji faham.....kan...

'Pentingkan Diri Sendiri' Memang betul.....aku suka tolong org....sekiranya tidak menyusahkan diri sendiri. Kalau ianya menyusahkan aku......, aku tak kan..tolong.Pentingkan diri sendiri ke tu.....mungkin ya. mungkin tidak....apa pun aku ada alasan berbuat demikian.

" Muhasabah diri adalah jalan terbaik utk menjadikan kita... seorang insan yg disenangi oleh rakan-rakan"

Thursday, November 6, 2008

GENG POYA2 2008


Nie..lah geng2 aku ge makan....membeli belah....habiskan duit....bukan senang nak cari geng yang sehati sejiwa.........

PANORAMA SKSB

Tekun anak murid aku....menjawab peperiksaan akhir tahun......takut turun kelas....
nie..kelas 3 Mawar..
Gambar dari kelas aku....mengajar..sungguh cantik...kan. depan tu kuarters guru....

Monday, November 3, 2008

MOTIVASI DIRI

Ceramah motivasi yang disampaikan oleh Datuk Dr. Razak Kecik, mantan Pengarah Hospital Sg. Buloh.

Mengapa kita perlu bekerja bersungguh-sungguh:

  • Kerja merupakan amanah & tanggungjawab yang perlu kita laksanakan dengan sebaik mungkin.

  • Kerja yang baik merupakan ibadah. Jika dilaksanakan dengan ikhlas kita akan mendapat balasan di akhirat nanti.

  • Kita perlu bersyukur kerana dipilih oleh Allah untuk melaksanakan tanggungjawab ini.

  • Menjaga maruah. Kerja yang dilaksanakan dengan baik seumpama, kita menjaga maruah diri kita supaya tidak dipertikaikan oleh kawan-kawan serta majikan.

  • Kerja merupakan sunnah.

Saya mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan supaya jangan lupa 5 perkara nie....mudah-mudahan rezeki yang kita dapat diberkati di dunia dan akhirat. Serta perjalanan hidup kita tidak terpesong dari landasan yang diredhai.

KEPENATAN MASIH TERASA



Minggu nie paling sibuk.....Pelbagai aktiviti terpaksa tempuhi.....yang seronok, boring, malas...mcm2 lagi...apa pun perlu jgk ditempuhi.

Jumaat 31/10

Di sekolah diadakan sambutan Hari Kanak-kanak & Hari Kokurikulum. Ari tu aku tukar sesi ke pagi. Sebab lepas sekolah ada program dengan keng kawan yg buat KSPK. Kami ada makan besar kat D'Teratai. Kat sini makan sememangnya sedap. Lepas makan kami ke Mydin Subang Jaya. Aku depa ajak sebab jadi driver....untung kan....

Pukul 6 baru sampai umah. Siap2 aku ada jamuan hari raya kat tempat aku mengajar tuisyen. Pkl 10 malam sampai umah.....terus buka laptop siapkan asgmnt esok nak hantar. Pkl 2.30 baru siap. Tido kejap, pkl 6 pagi kejut kwn aku, sebab nak binding asgmnt.

Sabtu 1/11


Mcm biasalah ke kelas OUM. Pensyarah semua rajin ari nie.....masuk kelas on time..kuar pun on time..... Samapai umah apa lagi cover yg malam tadi tido lambat.

Ahad 2/11


Pkl 6.30 aku dah start cuci keta. Paling aku tak suka... tengok keta kotor. Siap2 pkl 7.30 pergi sekolah. Hari nie ada Hari Keusahawan & Senam Seni Warisan. Pening jugak aku....sikit2 Farid mcm mana nie.....rupa2 nya bkn senang nak jadi ketua.......nak tadbir ramai orang pelbagai ragam.....Tapi berjalan jgk le program tu..... Pkl 2.30 baru lah selesai program tu... hantar keta ke bengkel....Kat highway semalam meragam.. Sampai umah mandi...apa lagi rehat.....sampai tak sedar diri.

Isnin 3/11

Bangun pagi lg.....aku ke bank masukan duit semalam......lepas tu...gerak ke Hotel Ancasa Pudu Raya. Ada ceramah motivasi, jamuan akhir tahun dan majlis perpisahan PK Petang kami.... Aku biasa le driver.....lambat org mesti tunggu......makan sakan le kami. Sampai umah dah pkl 3. Aku terus pegi ambil keta. Pomen kata tak ada masalah pun. Dia adjust break je..... Petang nie...aku kena lagi balik dari Saujana Utama ...tiba2 je keta aku mati kat traffic light. Gabra jgk....aku cuba start enjin ok....apa lg cpt2 blk.....Apa lah kita aku nie.

Saturday, November 1, 2008

MASIH KU KENANG

Semua yg berlaku...terlalu pantas. Sudah hampir 8 tahun aku berada di KL. Bermacam suka duka yg pernah ku alami. Bermula Jan 2001 hinggalah ke ari ini. Aku masih ingat lagi bertapa susah payah panjat Jabatan semata-mata nak sekolah dekat dengan rumah. Masa tu aku tinggal di Segambut Damai. Ani lah yang bawa aku ke hulu ke hilir.....masa tu...naik bas je.

Masa tu.....hujan ke panas ke...pergi keja naik motor. Lebih kurang 13km dari umah ke sekolah. Pernah sekali aku langgar kereta...tergolek aku....bayangkan masa tu motor di atas aku di bawah. Nak angkat motor tak larat..nasib baik lah ada lelaki cina tolong.. aku tak teruk sangat lah boleh lg naik motor pegi klinik sendiri. Masa tu...Damansara Damai pun blm ada lg perumahan.....penuh dengan pokok ru.

Tahun 2003 aku pindah ke Puncak Jalil. Konon nak cuba nasib kat situ.. Aku buat pinjaman buka taska. Kena tipu kat kawan. Sekarang kwn aku tu...tak senang jgk tipu org. Taska Mawar Biru...wujud lg taska tu.....Jauh aku berulang ke Sg. Buloh, pkl 6 dah kuar. Nasib baik le pakai kancil adik aku. Minyak dengan tol je sebulan RM500. Masa tu gaji baru berapa.... pergi balik hampir 100km. Lepas tu pindah lagi ke Lestari Perdana..... tak larat minyak...aku naik motor...tol pun tak kena bayar. Berjasa betul... motor RG Sport aku tu......CAW593.

Tahun 2004 aku tumpang kejap kat hostel tempat aku keja part time. Biasalah duduk hostel....macam2 hal...budak2...bawak balik laki le...hisap rokok le...tak sesuai dengan jiwa aku.... pertengahan 2004 aku buat KDP di M4P. Ha..lega...balik dari kursus aku berhenti keja part time. Kebetulan pulak aku dapat kuarters. Mula Jan 2005 hingga lah Jun 2008 tinggal kat KIP. Banyak jgk lah suka dukanya. Paling aku tak suka tak ada privecy...sikit2 org KIP dulu yg kena. Duduk tingkat 4 ok lah...tak banyak masalah sangat. Kita ada ke tak ada org pun tak tahu...

Lama jgk aku hidup di KL bergerak dengan motor. Tahun 2006 aku buat KDP-OUM di IPBM dengan kwn aku ustazah tu...masa tu terfikir sampai bila aku nak tumpang orang.. aku pun belilah keta second hand. Keta abg. ipar kwn aku.. Aku pinjam bank rakyat byr cash tp dia tak settle kat bank. Pernah time aku siap2 nak ge exam oum dia call bagi tahu jgn kuar keta 3 bulan tak bayar...puh tension giler...kita nak exam pkl 2, dia call pkl 12. Aku kena lagi....tu la percaya sangat dengan orang. Tuhan 2 adil kan. Kalau kita tipu orang tak senang jgk kan....

Keta tu....merupakan jantung hati aku... Harta yang aku sayang. Sebab bukan senang nak dapat. Sekarang setiap ari tu siram....basuh seminggu sekali...Aku memang kedekut klu benda aku susah nak dapat. Tp dulu pun tak ada keta mcm ada keta...selalu kwn ajak ke mana2...bawak keta dia orang. KL pun banyak jgk jalan yang aku tahu. Aku ckp dgn kwn aku....dulu aku pernah keja sebagai budak penghantar surat...dia org percaya. Mana sempat keja lain pun...lps SPM masuk Maktab..terus keja. Tapi rajin berjalan....

Wednesday, October 29, 2008

TUDM BUKAN REZEKI KU

Semasa di tingkatan 5, aku mula lah memasang cita-cita....siap tampal kat dinding lg....siap target dalam SPM.. tak capai target pun..jauh lg. Ada 3 cita-cita yg aku buat...pertama nak jd akauntan....tak kesampaian Prinsip Akaun dpt F9. Berkecai lah impian aku. Keduanya...nak masuk TUDM....sebab org kg aku blm ada perempuan masuk TUDM.

Apa lagi kuar iklan kat paper aku pun pe...lah temuduga.... jgn tak caya tinggal kat Jerantut...temuduga kat Kelate nun....sanggup..krn cita2. Seharian melalui sesi temuduga....lulus pulak tu..Aku diberi waran ke temuduga di Ipoh sblm diterima masuk. Setelah beberapa hari di sana... menjalani pelbagai ujian....aku diterima masuk TUDM.. Siap dah dpt nombor tentera. Bila seronok dpt, aku pun call lah ayah aku kat kg.. apa lagi mengamuk lah ayah aku....dia suruh balik. Aku ckp kat mak ayah aku....pergi umah kwn. dia orang tak tahu pun aku ge temuduga kat kelate smp le ke Ipoh. Keja aku..tipu je.... Ckp ge umah kawan...minat punya pasal. Siap ponteng sekolah lg... seminggu....masa tingkatan 6 krn TUDM.

Masa tu aku dengar pulak ckp ayah aku.....aku pun blk. Pergi sekolah SMJ semua kwn sibuk tanya mana aku...menghilang tak dtg sek...cikgu2 pun bising.....aku pun mula lah boring. Aku ambil keputusan berhenti sekolah.....Tak sedar diri, dah lah masuk tingkatan 6 merayu..dpt berhenti pulak..... Bukan apa Ijan, dapat tawaran ke UiTM. Senah ke Matrikulasi...boring kwn tak ada...Nasib baik baju sek. senah sedekah kat aku..Klu kena beli rugi je...pakai kejap. Aku sedekah pulak baju tu kat kawan aku. Mula lah hidup aku sebagai....penganggur..tp aku bkn penganggur sgt lah...sebab pg pe menoreh getah...Aku memang minat keja kg.. janji dpt duit.

Seminggu lepas tu....aku dpt tawaran masuk maktab. Memang dah tertulis yg rezeki aku kat bidang perguruan. Lama jgk lepak kat umah...rupanya maktab Raja Melewar daftar lambat....26 ogos 1996, sebab jd tuan umah KAGUM. Ayah aku tak usah ceta le seronoknya masa tu....

Hari ini aku telah menjadi seorang guru. Guru merupakan pilihan ketiga dalam senarai cita-cita yang pernah aku luahkan di atas sekeping kertas. Kesimpulannya, pilihan pertama yg kita buat tak semestinya terbaik untuk kita. Dan pilihan ketiga tidak semestinya pilihan yg salah.

KELUARGA CERIA


Untuk pengetahuan keng kawan....nie lah keluarga tempat aku berteduh sekarang. Ustazah Samrah nie kawan sama sekolah dengan aku kat SKSB. Tp skrg dia ikut suami bertugas di Sibu. Suami dia bekerja sebagai askar. Ditukarkan ke sana bulan Jun ari tu..... Aku mula tinggal kat umah dia Julai baru nie....

Dia minta tolong aku teman kan mak dia...tengok sihat kan....mesti tak caya umur dah cecah 80 tahun. Kawan aku nie.... bawa anaknya ke Sibu dua orang. Dua orang lg ada kat sini. Tinggal di asrama. Tahun nie sorang SPM dan sorang lg PMR. Bukan susah keja aku, kalau dia orang balik...ari Ahad hantar ke asrama bkn jauh pun.... kat Sek Sains Hulu Selangor & SMK Teknik Cheras.

Kadang2 sunyi jgk aku......nenek nie... selalu kuar...org dtg jemput...ya lah tukang urut. Tinggal le aku sorang.....umah besar nie.....takut jgk kan.....bayangkan 6 bilik. Bahagian atas aku je guna....nenek biasalah kat bawah...tapi kalau nenek ada kat umah.....umah nie..tak pernah sunyi drpd manusia yg memerlukan khidmatnya......apa pun... yg untung aku lah......sikit2.. "nenek blh urut sikit tak"

Untung tinggal dengan org tua nie....blh belajar banyak perkara dan kongsi pengalaman dia.

Sunday, October 26, 2008

NILAI KASIH SAYANG

Kadang kala kita leka dengan bekerja...sehingga terlupa orang yg tersayang....berada jauh nun di kg....sentiasa menunggu kunjungan kita.. Aku masih beruntung kerana masih mpy kedua org tua.....alhamdulillah sihat lg.... Kami ada 6 adik-beradik. 5 org perempuan dan seorang lelaki. Tiga orang berada di KL. Adik aku di Seri Kembangan dan akak aku di Cheras Utama....bunyi mcm dekat tp nak pg...jenuh jgk bercinta kat jalan raya.....KL kan....apa boleh buat.....

Mak aku nie.....ckp je nak balik mula lah sibuk nak sedia itu...ini....ayah aku pulak klu ckp nak blk susah nak drive....jap lagi call "dah kat mana nie"....... kan tak lama kan tanya lg..." dah kat mana nie".....Pada hal kg aku ke KL 2 jam je......blm sempat panas punggung dah smp....tu lah org tua kan.....Kos pun tak byk.... masuk tol..minyak...minum baru RM120. Kdg2 aku blk ari pun ada....

Tu.....satu hal...kita nak blk KL kan...mcm2 dia suruh bawak itu..la..ini...la...Tu seronok keja jauh...tp klu dah keja kat kg.....tak adalah istilah nak blk kg.....rugi...rugi....

SEHARIAN BERAYA

Raya ke 11 & 12

Hari Sabtu

Hari nie....kena bangun awal ada kelas OUM....selalu aku kuar umah pkl 7.00 pagi. Perjalanan 15 minit je...dah sampai kat IPBA. Datang awal bukan apa....nak parking kat dlm, malas nak jalan kaki. Masa yang ada tu aku guna lah untuk isi perut dulu....baru lah boleh belajar....Seronok dapat jmp keng kawan sekelas......Kat kelas semua orang ceta pasal raya je.... Balik kelas aku terus tido......mungkin penat sangat kot.....

Hari Ahad

Hari nie....byk program...aku janji dengan ani nak pe...beraya umah keng kawan......Dia dtg dr Klang naik komuter, aku tunggu kat Sg. Buloh. Ada kawan dia sorang ikut. Dari Sg. Buloh, kami gerak ke Setiawangsa umah Ilot...lam jgk kami kat situ. Maklumlah setahun sekali jumpa... Special betul ilot masak. Mee bandung muar, 2 memang kegemaran aku....apa lagi makan le...walaupun baru pekena nasi lemak kat warung sblm sampai umah dia. Seronok tengok telatah anak perempuan dia....rupanya dah 6 bulan.

Kami bergerak pulak ke Taman Koperasi Polis umah Azwa.....le..minah nie susah2 je masak makan tengah hari untuk kami.... bkn apa dengan anak kecilnya....suami pun tak ada kat umah....tp sempat je dia buat. Terharu aku dgn kwn2 nie.....apa lg kami makan..... Suami dia pergi kelas PJJ. Tinggal dia 3 beranak je...yang kecil lelaki bar 3 bulan.

Ke umah kwn aku, ayu....kwn sama2 buat part time kat Komplek Muatiara 4 thn yg lalu....Lama jgk aku buat part time hampir 4 tahun le...dah lam jgk le tak jumpa dia....skrg.. dia pun dah bertiga. Makan mee goreng.... kenyang giler...tp beraya blm habis lg....

Kami ke Kuarters Guru Taman Shamelin Perkasa, umah Jai. Mee gereng lagi....puh....apa nak jd dah dgn perut aku....keja aku paksa je makan... Kejap je umah dia... lps solat asar kami ke umah kwn ani...kat situ jgk...makan satay pulak.....Hari nie...hari makan je..

Lps tu...kami naik H/way Kesas ke Klang... Penat tak usah ceta le....Smp Klang pe lg open hause kwn 1 sek ani.......mkn jgk lagi tu..... Sampai umah ani...aku rehat jap.....start keta blk Sg. Buloh....mengantuk tuhan saja yang tahu...... 14o km/j tu....nak cepat smp. Tak smp setengah jam dah smp umah. Pkl 12.25 mlm br betul2 rehatkan badan.....

Esoknya tak usah ceta le..pkl berapa aku bangun.... Tp....muka mmg org tahu le....banyak tido...nasib baik ngajo ptg....klu tak mau...tak pe...keja

Saturday, October 25, 2008

LUAHAN RASA

Suatu malam yg penuh kesunyian....aku masih lg blm...blh tido....aku beranggan2....tiba2 teringat pulak kat sek....byk keja blm siap... peperiksaan akhir thn le....yg terdekat mesyuarat guru akhir..pada 25/10...ikhlas ckp ....aku bengang jgk...cuti 4 ari blh blk kg...tp apa kan daya saya yg menurut perintah. Ari tu plk aku kena beri taklimat mengenai Hari Keusahawan... Jadi ketua nie..bkn senang lg plk nak beri arahan kpd org yg lbh senior dr kita......cabaran betul thn nie....

Bila fikir tahun depan kena ke pagi.....2 satu hal..kdg2 terfikir org yg blh buat keja selalu jg mangsa. Tp org yg tak bleh buat keja sentiasa relex. Rialitinya hidup seorang guru....Pembahagian tugas yg tidak adil....Thn dpn kena ngajo Thn 6...tahun nie ke petang sebab melawan.....dah habis kot sesi pemulihan naik ke pagi plk.....ikhlas ...aku seronok di sesi ptg...semua keja umah settle...siap blh mengeteh kat kedai lg pg...ada lah geng2nya..(kak as, kak ita, kak ana, kak ros....)

Kadang2 aku kesian tengok kwn aku sorang nie....memang susah nak jumpa...dalam seratus... nak cr 1 pun blm tentu... 2/3 jam sehari tido...klu aku mahu pengsan....Tak kala org lain lena dibuai mimpi2 indah.... dia pulak berhempas pulas memerah otak memikirkan itu, ini....mengenai sekolah. Tambahan pulak hujung tahun....perancangan tahun depan nak kena buat....

Cikgu nie...aku tengok bkn mcm guru biasa....dah lebih kepada PK..
Semua benda dia buat....semua benda dia kena fikir....
Aku kat sek nie... dah 8 tahun....keja cikgu nie...tak terikut....tak terbuat kita...cikgu nie...layak dpt APC setiap tahun....tp sek aku ikut senioriti....bkn ikut kualiti....ok jgk semua org akan merasa......APC & PTK ada pro and contranya.......

Klu lah ada rezeki cikgu nie...dpt tukar tahun nie.....sek akan kehilangan sebutir permata yg berharga....le nampak gayanya....

BERAYA KE SELATAN

Nie..dah kira beraya sakan. Raya ke 18 & 19 masih beraya...Tak kisah lah raya kan sebulan.....

Dlm perjalanan ke Batu Pahat sempat lg aku termenung...beranggan.. & bermimpi di siang hari. Nasib baik aku bkn drive....Aku termenung memikirkan apa akan berlaku 5 tahun lg.

Adakah perjalanan hidup aku sama seperti ari ini...

Adakah sudah mempunyai ahli keluarga yg baru...

Adakah hidup aku akan lebih bermakna....

atau...aku pun belum pasti.....

Perjalanan aku pun tiba di BP...setelah 5 jam perjalanan....buang masa kan duduk dlm bas lama2....pegi JB pun 3 jam je aku drive....kwn aku nie lah tak bg drive...nanti dia blh bawa aku jalan2...kwn aku nie ada pulak perkembangan staf kat sek dia...terpaksalah aku tunggu jap...

Dila dtg jmpt dengan suaminya & si jantung hatinya yg berumur 14 bln. Blh tahan jgk.....ramah mcm mak dia.....biasalah budak2 baru pandai ckp nie....aku ke rumahnya tak jauh pun dgn bandar. dapat jgk aku jmp dgn mak & ayahnya yg sememangnya ramah melayan kwn2 anaknya.....

Kejap je aku kat situ....lps mkn aku ke Parit Botak umah Iza Kecik.....minah tu dah siap masak....aku dgn dila apa lg mkn la....pada hal br je mkn. Sedap pulak 2 dia masak... . Iza beraya di rumah baru... 9 thn keja dah mampu duduk umah sendiri...Keja cikgu nak mewah tak de le...tp nak hidup selesa Insya Allah. Ahli keluarga pun dah nak tambah lg....kejap je....aku nie.. apa ceta...

Lepas tu gerak plk ke Skudai. Umah kwn aku ami.... beriya-iya tak bg dtg....aku terjah jgk dgn dila. Ingat mak dia selalu tanya "ida bila nak dtg umah mak cik". Nasib baik mak dia ada kat umah....rupanya si ami pergi kelas OUM dr pkl 4 smp 8 malam...tak pe lah tak ada rezeki nak jumpa....

Aku singgah jap umah mak cik aku tak jauh dr umah ami...Suaminya br meninggal dunia sblm raya.....kesian aku tengok dia.. Ada keta tak pandai drive...tak bekerja....susah jgk kan....Jadi bersyukur lah apa yg kita ada.....

Lepas 2...singgah jap umah sepupu dila...sbb nak mintak tlg dia tunjuk jln ke Hotel Selesa JB. Aku tido sorang kat hotel 2 takut jgk.....Bkn apa aku masuk bilik dah pkl 12 mlm... 1 tuala masih basah mcm br digunakan...nak phone hotel rosak plk... Nak tak nak....aku baca lah..apa yg org tua ajar untuk pagar katil aku.....lena jgk aku tido mlm tu.....

Tu.. lah sombong... Apit ajak tido umah dia tak nak... Aku sebenar bkn apa tak syok le...nak tido umah org tambah pula yg berkeluarga nie... Si apit nie...satu hal tak ckp yg suami dia tak ada kat umah, out station di Indon 3 bln... Terkejut jgk aku...sedar tak sedar anak sulong apit dar darjah 1, yg kedua 4 thn....sekejap kan...

Esoknya lps sarapan kat Hotel aku...kemas2 brg..apit janji nak jmpt....lama jgk aku tunggu...minah 2... salah masuk jalan. Jauh pulak nak patah balik.... Aku ingat dia merajuk....maklum lah dari semalam dok ajak aku tido umah dia...aku risau...."jangan lah tak dtg apit ...mcm mana aku nak ge Larkin...

Dalam pkl 1 br le...Datin Apit dtg dgn Honda nya.... minah nie...ada jmptn kenduri plk kat Dewan apa entah....Lps kenduri sibuk si apit nak bw aku ke rumahnya di Taman Saujana...sempat le kami chit chat...ceta lama..syok jgk. Sedar tak sedar dah pkl 6 lebih.... Kami siap2 ke Larkin....Nasib baik le ada tiket bas..... last sekali aku naik bas kat Larkin harga tiket RM 26. Ari nie...dah cecah RM 31.

Penat giler.. aku tido je sepanjang perjalanan ke KL.... Bila pulak ada kesempatan mcm nie....kan...

SYAWAL YANG INDAH

Walaupun syawal hampir meninggalkan kita...... namun bagi aku kenangannya masih segar dalam ingatan....baru hari ini berkesempatan untuk mencoretkan memori tu....tak kala boring mengadap kerja kursus.....

Raya tahun nie.... dalam sejarah aku berada di kampung agak lama....kalau tak 2-3 hari je.....lepas tu..mula lah nak balik KL. Pada hal bukan ada apa pun yang istemewa kat KL nie.....Tp tu...lah aku pelik dan sukar untuk difahami oleh sesiapa pun kecuali aku sendiri...

Kesempatan yg ada aku gunakan untuk beraya di rumah saudara mara dan juga rakan taulan....Aku sempatlah berkunjung ke umah kwn baik aku nie...di Taman Sri Damak.... rezeki raya tahu nie..dapat cahaya mata....lelaki....Ijan apa lg seronok lah...kwn2 dtg beraya ke umah dia......tp kejap je.... kami dtg pun dah mlm.....tak syok jugak dtg umah org mlm2 nak lama2.....

Aku, suri & ija ke umah baru kinah......rezeki anak ketiga...kinah dapat duduk umah sendiri....cantik umah dia....seronok aku tengok kwn..muda2 dah ada umah sendiri... walaupun kerja sendiri..tp berkat usaha dapat juga tmpt berteduh yg selesa utk anak2....

Kami nie...setiap kali raya tak sah tak jmp.....sebab aku nie...jarang balik kg....kalau balik pun kejap je...tak sempat nak gerak ke mana pun.....

Wednesday, October 22, 2008

SKSB Selepas Hujan

Budak2 biasalah seronok bermain air......cikgu...masa nie....bising... terutama kelas yg banjir.

Kawasan di sekitar sekolah aku... memang cantik ....tp bila hujan....ini lah keadaan kesan peparitan yang tidak sempurna.

Thursday, October 16, 2008

AKTIVITI SEKITAR SKSB


Seronok budak2 nie... dapat bergambar dgn maskot majalah kuntum.....




Wednesday, October 15, 2008

JIRAN LAMA

Comel je Diana senyum....anak jiran aku masa duduk kuarters....sampai skrg pun mereka blm dpt jiran.... ari tu...dgr ceta kola nak naik so..ramai org tak mohon. Sekarang tak naik pun masih jgk kosong....

Susah nak cari jiran baik sekarang nie.... kwn aku nie..senang minta tolong..tak berkira. Tapi kadang-kadang orang mcm nie... selalu di pergunakan oleh mereka yg suka ambil kesempatan...Hargai lah jiran kita. Mereka 2 lah org yang rapat dgn kita sebenarnya....


Wednesday, September 24, 2008

Kejayaan

Suasana di pentas ....... tak lama lagi merasa le..... kita....kadang-kadang suasana mcm nie.... lah yang membuatkan kita lagi bersemangat untuk teruskan.......

Seronok dah habis belajar.... ini saat yang paling bahagia bagi seorang penuntut u...
Skrg kwn aku nie.....ceria je.. tak mcm masa belajar dulu....tp, w.pun belajar dia nie... kerja tip top....aku mmg tak mampu buat mcm dia.....



Saturday, September 20, 2008

Prestasi

Bila masuk pertengahan tahun, semua sibuk isi borang prestasi. Prestasi....prestasi.... ada org takut, ada org tak kisah, ada org confident. Pendek kata, ada seribu mcm perasaan....

Segala kerja kita dinilai oleh pihak pentadbir....Ketelusannya mcm mana bergantung kepadanya. Tuhan saja yang tahu. Apa yg penting rezeki kita ada di mana2. Ramai yg takut tentang prestasi....bukan apa... sedikit sebanyak menjejaskan peluang sambung belajar....naik time-based, lg 1 takut dicop guru bermasalah. Tp apa yang penting kita buat kerja yg sepatutnya kita kena buat.

Bagi saya tak perlu ampu.., tak perlu bodek seseorang tu... kerana dia ada kuasa.....kalau dia betul, kita kata dia betul, walaupun dia seteru dgn kita. Tapi klu salah tetap salah. Apa yg penting, kita harus memerdekakan fikiran. Kebenaran yg harus kita jd kan pegangan. Supaya kita tidak sesat. Apabila kita sesat, perjuangan akan hancur, kerjaya hancur....semangat hancur....ingat....bukan senang nak bina semula.......benda yg dah hancur.....

Bak kata pensyarah aku nie....jgn takut GB nak bagi berapa pun prestasi kat kita..... Apa yang lebih penting buat 5 perkara nie...
  • Buat buku ringkasan mengajar
  • Masuk kelas
  • Mengajar
  • Tanda buku murid
  • Hadir aktiviti kokurikulum

Kalau buat 5 perkara nie...jgn takut lah...kita dilandasan yang benar.....untung jgk belajar nie...banyak info yg kita dapat..Maklumlah pensyarah daripada pelbagai bidang.

Semester Baru

Masa pantas meninggalkan kita, kesibukan dalam memberi komitmen dalam kerjaya, keluarga dan peribadi. Kami juga tidak lupa memperutukkan masa untuk pengajian secara PJJ. Setelah bersusah payah, berhempas pulas menyiapkan tugasan, menghadiri kelas dan peperiksaan. Bermula pula semester baru.

Semalam merupakan toturial 2, tugasan pun dah dapat....... tinggal nak cari bahan dan buat je.... Toturial 4 dah nak kena hantar. Raya tetap raya..... tapi kena buatlah sikit2 jgn buat last minute susah sendiri. Rupanya dah semester ke 7. Ada 4 lg semester perlu ditempuhi......sabar....sabar....

Kawan dari Pekan, Rompin dan Jengka masih bersemangat w.pun perlu turun ke KL untuk menghadiri kelas OUM. Pengorbanan mereka sgt besar untuk segulung Ijazah. Fairus... kwn sekelas aku nie... sgt tabah, terpaksa tinggalkan ibu yang lumpuh untuk menghadiri kelas. Datang awal sehari. Memang kesian tengok dia... penatkan. Tapi jd bangga dengan kesungguhannya.

Kak Fatin... siapa tak kenal..rajin study.. kerja smart, aku nak jgk ikut tp tak mampu. Dapat tempias sikit2 jadilah. W.pun mempunyai anak yang masih kecil, dia dapat bahagikan masa dengan baik. Rupanya belajar nie seronok.... dapat jumpa kawan2 hujung minggu....bertukar pendapat, pandangan minda pun berkembang.....

Pensyarah semester nie... pun semua yang bagus2. Pn. Halimatun memang banyak pengalaman dalam bidang Matematik. En. Baskaran....ajar Moral.... first time aku cakap matilah kali nie... skima pensyarah nie....rupanya bagus....mudah faham dia ajar. En. Faisal ajar kesihatan.... jenis selamber dia je..... semua jgn tension2.

Mudah2an dpt skor semester nie.....

Tabiat Berbelanja Berhemah

Semakin besar gaji yang kita dapat, semakin banyak yang kita belanjakan. Kita perlu rancang perbelanjaan supaya, yang sikit cukup dan yang banyak tidak membazir.
  • Selesaikan bil2 terlebih dahulu.
  • Buat pembayar di satu tempat utk semua bil.
  • Berbelanja berkala.
  • Agih wang ikut tujuan.
  • Banding harga.
  • Rancang pembelian.
  • Elak pembelian barang yg tidak perlu.
  • Rancang aktiviti keluarga.
  • Selesaikan pinjaman segera.

Sejarah SMK Damak

SMK Damak dibina pada Tahun 1981 dan mula dibuka sepenuhnya pada 4 Jan 1982. Sekolah ini di kelilingi oleh rumpunan buluh & terletak di atas bukit. Sekolah ini lebih dikenali dengan nama SMK Bukit Buluh di kalangan penduduk kampung.

Aku dan rakan-rakan merupakan orang yang bertuah kerana tiga tahun menjadi senior di sekolah ini. Tingkatan 4 mula dibuka pada Tahun 1994 dan SPM sulungnya pada Tahun 1995. Pelajarnya pada ketika itu kurang daripada 60 orang calonnya.

Pengetua yang bertanggungjawab membuat perubahan pada ketika itu ialah Tn. Hj, Hamidi Hj. Abd. Hamid. Keputusan SPM hanya 4 orang mendapat pangkat 1. Matematik hanya 4 orang gagal. Cikgu Afza seorang guru yang bagus dan menjadi idolaku.

Empat orang yang mendapat pangkat 1 SPM, alhamdulilah semua berjaya. Dua orang pelajar perempuan telah menceburi bidang perguruan. Dua orang lagi pelajar lelaki menceburi ketenteraan dalam pasukan TUDM. Mereka pernah menuntut di KTU Alor Setar Kedah dan salah seorangnya sekarang menjadi juruterbang TUDM.

Kelebihan sekolah ini ialah mempunyai tapak perkhemahan sendiri. Aku pernah berkhemah di situ pada Tahun 2000. Pengetua yang bertanggungjawab menwujudkannya ialah En. Zainuren Mohd Nor. Sekolah ini juga mempunyai asrama dan berjaya menggunakan tanah terbiar dengan menanam kelapa sawit.

Harapan kami sebagai bekas pelajar, supaya sekolah ini akan terus maju dengan usaha guru-guru yang terdiri daripada anak jati Damak. SMK Damak akan terus cemerlang.

Album MT2 Antara Gambar Yang Masih Dalam Simpanan

Wataniah kat MPRM memang aktif..... termasuklah Abg. Mie & Kak Mas nie.....

Gambar classmate..... aku mana yek.....tak ada pulak dalam nie....

Gambar berbuka puasa...kawan sekelas 12 tahun yang lalu..... wujud lagi ke tempat nie......

Konvokesyen 26 Ogos 1999 kawan2 sekelas...... sayang aku tak pergi masa tu....yang tengok kamera tu...Kak Ila, Ani, Dilla, & Kak Iza
Nie... gambar praktikum 1.. Di SK Labu. Kawan2 terdiri daripada Todak, Kak Uda, Ani, sorry baju kuning dah lupa nama....