Saturday, May 23, 2009

GELAGAT CIKGU2 SKSB

Permainan bola jaring tak boleh dipisahkan... dah jadi satu acara yang perlu diadakan setiap tahun... Bukan apa murid nak jugak tengok bakat2 cikgu nie.... aku nie nampak je brutal tapi bola jaring aku tak minat... teori tu boleh lah....kalau amali hancus aku....kejap kan murid yang ajar aku... tapi orang bagi jugak kat aku... permainan bola jaring.... belasah je lah kan... pilih2 sangat kan ckp kita cikgu yang mengada-ngada... nak yang dia minat je.. nak yang dia pandai lah... nak yang senang lah... siapa yang glamor, yang tak payah promosi....jawab lah sendiri...

Nie pulak, peralatan yang digunakan untuk acara mengukur kelapa. Bermula cikgu lelaki akan mengupas kelapa dengan menggunakan parang. Kemudian cikgu perempuan mengukur kelapa menggunakan alat khas... Aku pun tak tahu lah dia orang nie ge belasah kat mana alat kukur nie.. ada lagi rupanya alat nie... bayangkan mak kita dulu nak masak kari ayam bukan main susah kan.... sekarang senang je... yg segera pun banyak kat pasaran. Barang yang lama tetap ada sentimental valuenya kan...

Tengok lah suasana orang2 lama main permaianan zaman budak2...riuhnya tak usah nak cerita lah... Aku ingatkan bagus jugak buat permainan tradisional nie.... bukan apa ada sesetengah muri tu tengok mcm pelik je.... Aku ingat mereka tak pernah tengok.. apatah lagi nk main.... budak sekarang belajar2 je....zaman dah berubah negara dah maju....

Nie group perempuan... mak2 orang nak main baling tin.... kali nie aku cuma dapat jadi pemerhati dan jurugambar... sebenarnya aku ambil gambar nie untuk koleksi sendiri... mana tahu esok berubah hati nak tukar sekolah.... ada jugak gambar kawan2 lama.... Istemewanya sekolah nie dah macam satu keluarga.... ada 2-3 orang cikgu nie memang suka bergambar... so tak pelik lah kalau kat blog aku nie banyak muka dia...nak tahu sapo org tu.....tengok atas sebelah kanan tu....

Add ImageMacam2 aksi cikgu2 nie.... bila boring2 tengok balik gambar nie mesti seronok. Tambah2 lagi geng 4 jejaka depan nie.... semua dah bapak orang tu.. tapi perangai je macam bujang.... jangan marah ye Jef, Khidir, Rasyid, Nasir dan Shafie... Kecuali Ustaz je bujang lagi....
Hafiz ko jaki dgn akak ya... akak isi semua acara akak masuk. Tapi satu acara pun tak ada nama akak. Akak merajuk lah... sebab tu akak tak tukar baju sukan... Ko kan tahu akak masa kecik, tu lah permainan kat kg...baling tin. Dah la lama tak main, ada peluang orang tak bagi.... nie yang marah.. ko hafiz, cepat lupa jiran... bekas jiran nie....

Murid tak sabar menunggu acara yang akan berlangsung di tapak perhimpunan. Aku rasa, tahun nie lah sambutan hari guru yang paling meriah. Sepanjang aku bertugas di sekolah nie. Program yang dirancang berjalan dengan lancar. Ditambah lagi banyak acara yang membuatkan semua penonton nak pecah perut dibuatnya. Kira berjaya lah program tu... kalau cikgu yang selalunya serius pun boleh gelak sakan.... Tahniah kepada pengerusi kelab staf kerana dapat merancang aktiviti dengan baik.

Nie pulak group yang tak ambil bahagian dalam acara sukan.... ada yang lebih suka jadi penonton je daripada mengambil bahagian. Ada tu, berminat giler tapi tak boleh nak sertai.... sebab ada dot...... Ustaz tu apa lagi buat kat situ.... semua cikgu lelaki kat tapak perhimpunan tu... K.liza tahun nie control ayu lah pulak... kalau tak dia lah kaki gedik.... kenapa akak??? wake up 2!!! tak yah le merajuk lama-lama.... Geng ustazah tak ambil bahagian ke???? rugi bila lagi nak main sama2....

Cikgu yang rajin akan sentiasa mencari peluang untuk menanda buku. Semasa hari guru pun sempat lagi menanda buku. Cikgu nie bukan berlakon, tapi itu lah dirinya yg sebenarnya. Aku ingat kalau setiap tahun pun dia dapat anugerah khidmat cemerlang tak ada siapa pun boleh pertikaikan. Kalau aku... mungkin org pertikaikan kot, sebab tahu ambil gambar je... ha..ha.. Akak, dah tu kita sambut hari guru dulu. Esok je lah kita sambung keja2 tu. Ikutkan keja nie, tak pernah habis pun. Apa lah salahnya kita luangkan sikit masa untuk menghargai diri sendiri. Hari nie diraikan khas untuk kita semua akak...

Nana, banyaknya hadiah.... wah guru paling glamor nie... ko kira ok lah, dapat banyak hadiah akak tak heran.... kira ko mcm artis lah kat sek. kita, dalam youtube dah masuk. Wah dah ada peminat sendiri nie.. bakat yang ada tu jangan persiakan... mcm akak nie dah kayu ko suruh menari, minta maaf le.... Tapi yang akak heran tu... k. wan kaki membebel pun dapat banyak tu hadiah... sampai tak larat nak bawak.... mintak sikit pun, kedekut...

2 ulasan:

kin hashim said...

Seronok kan, meraikan hari untuk diri sendiri. SEmua nampak ceria je.. :).

eeeda said...

Memang semua keng kawan ceria lah ari tu...