Friday, June 12, 2009

WA & AZI

Sebenarnya dikelilingi dengan rakan2 yang sekepala nie menceriakan lagi kehidupan. Time cuti sekolah ni lah dapat jumpa dengan keng kawan yang jauh di mata. Biar ramai kawan daripada ramai musuh. Pada Khamis 4/6 tu...aku jemput kawan aku nie perhentian bas pekeliling, Wa nie satu sekolah dengan aku masa kat Jerantut...tapi masih lagi berhubung hingga kini. Lagi pun minat kami sama....kalau bercakap pun benda yang sama...boleh masuk lah...

Dia dengan kawannya sebenarnya nak minta tolong aku hantar ke KLIA pada keesokkan harinya...aku boleh hantar kalau tempat aku tahu....no hal lah...sepatutnya aku nak join sekali bercuti ke Australia dengan depa nie... Tapi nasib baik aku tak ikut...rupanya aku nak pakai banyak duit....lain kali mungkin boleh join kot..Hari selasa baru depa nie balik...aku cuma minta depa beli kan aku mug je sebagai buah tangan...tambah koleksi mug.

Dalam dok sembang2...tu aku rasa mcm pernah tengok Azi nie..."akak rasa mcm pernah nampak je azi nie kat mana ya" dalam tu dok fikir...mana aku tengok budak nie. "Azi pun mcm pernah tengok jugak akak, tapi kat mana" sambil berjalan menuju ke keta. Aku parking jauh maklum lah time cuti kan. Aku mula buka ceta dalam keta, "Azi asal orang mana ha?"
"Orang pahang akak, dulu sekolah kat SMK Damak" dengan muka cerianya, ya ah baru tukar duit nak ge oversea. Jenuh berjalan kat Jln Tar cari duit Australia. Kalau duit Indon bersepah...
"Akak pun orang Damak gak, sekolah kat SMK Damak last 1995"

Ceta punya ceta...rupanya azi nie adik kawan aku (rohayu sulaiman). Patutlah aku pernah tengok. Masa aku form 5 dia form 1. Depa berdua nie mengajar sekolah berasrama penuh kat jerantut.

0 ulasan: