Thursday, August 6, 2009

BERKAWAN BIAR SERIBU

Hari Jumaat minggu lepas aku dpt sms drpd my friend nie....bagi tahu dia nak turun KL. "K.Faridah u free ke ari nie, dalam pukul 12.30 saya bertolak ke KL".
Sekejap tu, member aku nie call bagi tahu nak turun KL....sebab sms aku tak balas. Maklum lah kelas penuh ari Jumaat. Kebetulan aku memang free ari tu. So kami bersetuju jumpa kat Shell MRR2 dekat Taman Metropolitan Kepong.


Member aku nie mengajar di SBPI Temerloh. Aku kenal dia masa kami sama2 buat KDP di M4p tahun 2004. Tahun 2005 dia dpt offer sambung belajar kat Jerman buat bahasa Jerman dan sambung kat UM. Sekarang memang mengajar subjek Bahasa Jerman je....seronok kan...kawan2 dah berjaya. Ramai jugaklah keng kawan yg sama buat kdp ari tu yang sambung belajar....Antaranya kak ani dan ari dah posting. Ina buat Pjj kt oum pun dah hampir ke penghujungnya...

Lepas tu kami bergerak ke One Utama, kawan aku nie datang KL nak ge ambil jubah kat UM...aku pun dah lupa bila dia konvo....minggu depan kot. So, dia sibuk suruh aku temankan dia ge beli baju, untuk pakai masa konvo nanti. Lepas je beli baju kami ge makan....dia sibuk nak belanja aku....
"K.faridah, ari nie saya mau belanja awak makan....u mau makan apa?"
"Betul ke...u mau belanja?, saya tak kisah mana2 pun boleh. Janji halal."

Bukan apa, ari tu...aku nak belanja dia makan....aku tanya kat PJ mana tempat makan yang sedap....So dia pun bagi tahulah satu tempat nie.....aku tanya halal ke? Member aku nie terus say sory2 sebab dia lupa, yang dia kuar makan dgn org melayu...itu yang aku tanya....Dia pulak tergelak....sebab mengenangkan ceta lama tu...

Masa makan, kami sembang2....lama jugak lah dalam 1 jam. Member aku nie memang berminat dengan budaya orang melayu dan cukup menghormati agama bangsa lain. Dari dulu lagi .... aku kenal dia memang suka bertanya itu dan ini....Itu yang aku boleh berkawan dengan dia. Kami bergambar tu pun kat Masjid Manjalara. Lepas makan, kami pun bergerak lah ke tempat parking. Cari punya cari tak jumpa2. Dua kali tanya pak guard baru kami dapat cari jalan kuar.... Sebenarnya aku jarang ronda2 kat situ....tapi dah member dari jauh ajak... konon nak tunjuk pandailah.

Kalau kawan aku yang kat Johor tu lagi dasyat. Sebelum datang dia bagi tahu nak ge situ...sini...lepas tu, nak ge tempat tu tak mau naik pengangkutan awan....udah aku kena servey jalan dgn keta ke tempat tu....letih jugak kan. Aku nie bukan jenis rajin kuar time2 hujung minggu...jalan jem.... keta menual, penat den. Lebih baik tido kat umah. Time kawan2 datang je lah aku rajin jalan2 kat KL nie...kalau tak memang susah nak masuk KL.

Selamat konvo dan tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian masing2.
  • Cheong di UM
  • K.ani di UPM

2 ulasan:

Relevan said...

Berkawan biar beribu ribu ribu..berkasih pulak biar satu satu..

eeeda said...

Betul tu..saya setuju sangat dengan pendapat tu...