Wednesday, December 16, 2009

JEJAK KASIH

Tujuan sebenar2nya ke Kedah ari tu, untuk memenuhi jemputan kenduri kaum kerabat yg tak pernah aku jumpa... Keluarga belah mak... Aku je lah tak pernah ge ke Guar Cempedak tu... mak aku ada gak ge dgn adik beradik yang lain. Ari tu aku dgn kakak aku yang no3 je ge.... itu pun kebetulan di balik kg sebelah suaminya di Kedah. Nie umah salah sorang Pak cik mak aku...

Sebahagian ahli keluarga yg sempat aku jumpa dan bergambar.... bila sembang2, rupanya ramai kaum kerabat aku nie kerja di Kuala Lumpur.... lepas nie meriah duduk kat KL nie... tu pun sibuk nak buat perjumpaan kaum keluarga.... bukan apa takut nanti langsung tak kenal kaum keluarga. Ada yang dah meninggal pak cik, mak cik mak aku... Sedih jugak tak dapat bawak mak aku sekali. Tapi tak pe lah, ada gak wakil dari Pahang yang datang.

Keluarga yang nie semua tinggal kat Gombak je... kalau nak ikut bukan jauh pun dengan tempat aku. Sebab tak kenal, selisih bahu pun kalau tak kenal nak buat mcm mana. Kalau ada peluang kena gak cari keluarga... yang jauh kita dekat kan... yang dekat kita mesra kan... yang mesra kita serasi kan.... Kalau yg dekat tu susah nak masuk tu.... tak boleh nak buat apa gak.... tapi harap2 tak berpanjangan...

Nie salah sorang pak cik, mak aku.... aku bab salasilah keluarga nie kurang mahir sikit.... kira kami nie dekat lagi... Kena belajar lepas nie.... nanti anak2 tanya pun tak tahu nak jawab.... Rumah depa nie kat Titi Batu, Guar Cempedak..... belakang umah depa nie, berlatar belakang kan Gunung Jerai.... memang cantik pemandangannya.. Pakai je ari tu aku terpaksa bergegas balik ke KL... sebab esok nak exam. Kalau tak mahu aku stay lagi kat Kedah sehari dua...

5 ulasan:

ONE ZABA said...

moh jejak kasih kat jerantut pulak....

myQza said...

sesekali berjumpa pasti seronok.
kadang2 budak2 sekarang time raya dok rumah.. nak ajak beraya ke rumah saudara mara pun x nak.
jadinya saudara sendiri pun x kenal

eeeda said...

One Zaba: moh. boleh kita jejak kat Jerantut pulak.

Si tedi : Tu memang tak boleh dinafikan. Makin jauh ikatan kekeluargaan.

kin hashim said...

Tulah, sementara orang tua masih ada, nilah peluang kita nak kenal sedara mara. KEna rajin ziarah dan bertanya khabar, kan? Tulah yang banyak org sekarang tak buat. Sibuk dengan macam2 urusan.

eeeda said...

Kin Hashim :Skrg baru nak mula... ziarah menziarah.. sementara ada kelapangan.