Thursday, December 17, 2009

MENGIMBAU CETA LAMA

Setelah berkira2.... dan berbincang di fb, ada kekawan cadangkan adakan reunion mprm96/99... Pada asalnya kami cadangkan diadakan pada 12/12, tapi mcm2 hal yg tak dapat dielakkan... tunda ke 16/12... pada awalnya ramai jugak kekawan yg nak datang... tapi kita hanya merancang.... Last minute ada saja hal yang tidak dapat dielakkan.

Tahniah kepada kekawan yang datang dari jauh semata-mata untuk menjayakan aktiviti yg julung kali diadakan. Aku berharap sangat agar aktiviti ini dijadikan sebagai aktiviti tahunan bagi mengeratkan ikatan setia kawan.... Terima kasih kepada Shah kerana berjaya tempah tempat... di Pizza Hut The Mall... tak lupa kepada kekwn yang datang dari Segamat, Batu Pahat, Rembau, Taiping dan Bota semata-mata untuk menjayakan aktiviti nie.... dan bergegas pulang pada hari tu...

Ku kira meriah, walaupun penyertaan hanya 8 orang sahaja... tapi tambah dgn anak2 dah jadi sebelas orang.... Harap tahun hadapan ada peningkatan. Asoy datang bersama dengan anaknya, Dilla dengan buah hatinya dan Yusma dengan bujangnya. Kawan2 yang lain masih lagi belum berteman.... untuk kali nie... tahun depan, mana tahu dah berdua he he he.. Dua orang wakil unit PI/KH, seorang SN/KH, lima orang MT/PM. Tahun depan mungkin kita boleh buat luar KL pulak....

Aktiviti hanya tertumpu kepada sembang dan makan-makan.... maklum lah dah lama tak jumpa... Asoy, Shah dan Yusma, aku tak pernah jumpa lepas habis belajar... yang lain ada gak aku jumpa....Liza, Dilla dan Anis tu selalu bangat jumpa... ada anak2 nie meriah sikit... tapi lagi meriah kalau buat reunion bermalam... banyak aktiviti boleh dijalankan....

Walaupun waktu cuti, tapi kami masih tak mampu nak kumpulkan semua.... ada antara rakan2 yang terlibat dengan exam OUM, terlibat sebagai pengawas peperiksaan SPM dan mcm2 aktiviti lain. Insya Allah, panjang umur, ada kelapangan kita jumpa lagi tahun depan dan mungkin akan dikelolakan oleh penganjur yg lain.

5 ulasan:

UstazCahaya said...

Cikgu Eeeda, Salam Maal Hijrah 1431.

Semoga kita menjadi muslim yang lebih baik. Saya juga berdoa, semoga anda dan keluarga selalu disayangi Allah (SWT). Amin:-)

eeeda said...

Terima kasih ustaz...Saya pun mengharapkan kehadiran tahun baru nie dpt hijrah ke arah yg lebih baik.

myQza said...

MPRM tu singkatan untuk apa?
maktab perguruan..??

eeeda said...

MPRM ( Maktab Perguruan Raja Melewar, kat seremban) sekarang dah Institut Perguruan....

eeeda said...

jadikan acara tahunan ....memang best!