Semalam merupakan hari terakhir mesyuarat sebelum sesi persekolahan bermula. Pengurusan yang cekap oleh pihak pentadbir.... dari segi penyusunan jadual mesyuarat panitia2... membolehkan semua panitia bermesyuarat dengan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan.
Tahun ini merupakan tahun kedua aku memegang Panitia Bahasa Melayu. Terima kasih kepada K.Fod selaku s/u aku tahun lepas kerana berjaya melaksanakan tugasan dengan baik. Kalau ada terkasar bahasa, tersalah cakap saya minta maaf.
Tahun ini merupakan cabaran jugak untuk aku.... bagi memastikan peratusan BM meningkat... aku rasa kita mampu buat dengan kerjasama daripada rakan-rakan guru yang lain. Sebelum nie pun rakan2 banyak membantu aku, terutamanya cikgu mohd noor, cikgu rozam, cikgu nordin dan rakan2 yang lain. Aku sendiri masih lagi peringkat belajar... daripada mereka yang berpengalaman.
Panitia BM merupakan salah satu panitia yg mempunyai ahli yg ramai.... bukan mudah nak berinteraksi dengan rakan sekerja yg lebih senior.... nak tegur pun perlu berhati-hati.... sebab pengalaman mengajar bahasa masih lagi baru.... org kata baru nak jatuh cinta dgn bahasa.... sebelum nie tak suka sebab kena menanda banyak... rupanya ada cara menanda bm nie....
Apa pun terima kasih kpd semua rakan2 yg memberi kerjasama sepanjang perjalanan mesy semalam. Kita sama2 lah berusaha mempertingkatkan lagi subjek Bahasa Melayu... dan saling bantu membantu kepada rakan yg baru mengajar bahasa. Kepada s/u baru aku K. Ros, selamat menjalankan tugas.... Insya Allah, benda yg berat akan menjadi ringan klu kita saling membantu.....
Tanpa kerjasama daripada ahli..... Harapan yg satu tidak akan tercapai....
Semalam lagi aku nak ambil gambar.... tapi malu sebab ada guru baru.... tapi ari nie dah tak boleh tahan.... tangan aku nie mcm gatal je nak snap... so apa lagi, aku bangun snap sana... snap sini.... ikutkan tadi klu bawak usb memang aku update je kat situ.... hari nie memang best betul mesy.... gb memang tak marah... cool je. Baru seronok org nak dengar.... klu mengugut, membebel, mengungkit... orang pun boring nak dengar.... tu yg masing2 buat bodoh je....
Ari nie diteruskan dengan mesy. unit kurikulum, dan unit HEM...ting tong2 pun pukul 12.00 lebih gak lah baru habis..... aku tengok kekawan happy je tahun nie.... harap2 kegembiraan nie berpanjangan hingga ke akhir tahun....Hari nie sek. hanya menyediakan sarapan pagi.... Kalau nak bandingkan dengan semalam mewah sikit.... sarapan pagi dan makan tengah hari....
Ini merupakan tahun kedua gb bagi peluang kpd stafnya untuk melihat markah prestasi... tahun lepas adalah beberapa org guru yg berani ge tengok..... Oleh kerana, aku rasa tahun nie merupakan tahun ke-10 aku berkhidmat.... rasanya dah cukup berani nak jumpa pentadbir... untuk tengok markah prestasi..... berdebar memang berdebar.... maklumlah pernah setahun tu... gb memang hangin betul dengan aku.... dia bagi markah bawah 90%..... kali pertama aku dapat markah teruk tu....sedih beb..... tapi sendiri buat perangai...sendiri mau ingat....
Tadi bila aku tengok markah aku.... kira tinggi gak le... 92.xx% meningkat sikit daripada tahun lepas....sejajar le dengan peningkatkan upsr.... walaupun hanya 0.17% he he he....nak bagi tahu jugak tu.... nak bagi tahu yg gb aku nie tak lah teruk sangat... aku bagi tahu nie pun bukan nak bangga dengan markah yg aku dapat.... kat sek aku nie ramai yg dapat markah tinggi drpd aku.... aku nie dah rengkin bawah je.....Bila fikir2 ..renung2 balik, gb aku tak lah kejam dan tak lah kedekut bab bagi markah prestasi.... sesuai dengan tugasan yang guru laksanakan sepanjang tempoh tahun berkenaan.... aku memang puas hati.... terima kasih cikgu....
Semalam aku jumpa member... lebih senior daripada aku... dah mengajar berbelas tahun... dapat 85% je markah prestasi dia.... sebenarnya baru aku sedar bertapa pentingnya markah prestasi bila nak dinaikan pangkat.... nak sambung belajar dan sebagainya..... bersyukur lah kalau dapat gb yg tak kedekut bab beri markah.... tapi kita jangan pulak nak berkira dari segi masa, dan tenaga... nak prestasi baik... kena lah beri komitmen yang terbaik.....
Belajar mensyukuri apa yang kita ada lebih baik.... daripada Mengeluh tidak henti2 kerana ketidakpuasan hati... Sikap manusia memang tidak pernah puas.... dengan apa yg mereka ada...
Seperti yang telah diketahui oleh seluruh warga sksb.... ari nie telah diadakan mesy. guru kali 1 bagi sesi 2010.... wah ... seronok betul dapat jumpa kekawan yg dah lebih sebulan tak jumpa....
Aku mcm biasa lah antara org yg terawal sampai.... 6.20 am dah kuar umah.. maklum lah dari Cheras ke Sg. Buloh tu boleh tahan gak jauhnya.... pukul 7.15 am aku dah sampai sek.... apa lagi park kete kat sek... menyeberang jalan, ge pekena teh tarik dgn roti canai kat kedai depan.....
Tak lama tu, cikgu Rozam, En. Zul juru teknik dan K. Ana sampai... join sekali.... selalunya aku bernasib baik, ada je geng yg nak pekena teh tarik nie... bila time nak bayar... niat dihati nak belanja...dah siap kuar duit tu.... member nie pulak nak belanja.... disuruhnya simpan je duit aku... lain kali katanya aku belanja.... murah rezeki bangun awal ari nie kot....
Start je mesy... aku dah berdebar2... biasalah org klu buat salah memang tak senang duduk....tapi mampu lagi control.... setiap tahun niat nak berubah... tapi mcm tu gak... tahun nie azam sama gak ... nak berubah..... Hari nie nasib baik, gb dah ckp kat PK2 dia tak nak marah... so memang ari tu dia tak marah kat sesiapa pun... hu hu hu hu selamat aku... untuk ari nie... esok belum tahu lagi nie....
Bila tengok senarai tugas tahun depan takut gak.... bukan apa takut tak terbuat je.... "bila org dah bagi tanggungjawab, bermakna org yakin dengan kebolehan kita".... bukan aku cakap, tapi kawan aku pernah cakap kat aku 3 tahun yang lepas..... Bidang tugas aku tahun nie antaranya:
Ketua Panitia Bahasa Melayu - Bukan senang tu nak bercakap di depan orang yg lebih berpengalaman, memberi arahan kepada mereka yg senior.... hu hu hu... tahun kedua nie... harap ada peningkatan.... malu den klu jatuh prestasi BM.
Setiausaha Pusat Sumber Sekolah-keja ala2 kerani gitu... lepas nie menaip laporan tu, laporan nie... Port aku kat pss pulak kot tahun nie.... sebab ada PC baru tu.....
Ketua Laman WEB- he he he mampu ke??? setakat update blog sendiri yg bla..bla... bla... aku teror lah.... tu member dok risau takut tak ter...update web sek.... tapi dok update blog sendiri....
Penyelaras SPBT Thn 4 - kena menguruskan buku teks.... jawatan nie tetap dan berpencen kot...
Mengajar BM Thn 6 kelas yang paling hujung.... Aku tak heran sangat.... dah selalu ajar kelas hujung.... cikgu garang mmg sesuai kelas hujung..... kelas hujung je nampak aku... kelas hujung je nampak aku.....
Buat pertama kali dalam sejarah sepanjang tempoh 10 thn aku mengajar.... dapat jadi guru kelas Tahun 5 yg merupakan kelas pertama dan mengajar Maths kelas tu.... mungkin satu cabaran gak.... sebab tak pernah ajar murid2 yg dikategorikan sebagai murid yang pandai.... Tahun 5 Melor aku ajar Maths... so kira 2 kelas aku ajar maths .... dan ini merupakan tahun pertama aku ajar Kemahiran Hidup.....
Aku berterima kasih kepada mereka yang bersusah payah menyusun jadual, dan kepada mereka yg telah memberi kepercayaan kepada aku untuk mengajar subjek berkenaan bagi kelas yg telah ditentukan..... Kalau boleh memang aku tak nak ajar subjek lain.... tapi nak buat mcm mana nak cukupkan waktu... so terpaksalah ambil satu kelas KH.... ok lah boleh belajar dengan K. Ana... (KP KH )
Melakukan sesuatu dengan ikhlas... Tanpa mengharapkan untuk dibalas....
Gambar di hari bahagia adik aku.... majlis kahwin dah lama berlalu tapi aku baru je terjumpa gambar nie kat fb seseorg.... so aku copy lah letak kat blog aku nie..... bukan apa blog nie ada org yg mengikuti ceta secara senyap.... tahu2 ada org sini ckp dia terbaca kat blog ko..... ada org sana ckp dia terbaca kat blog ko..... seronoknya ada peminat....
Sory ye tuan empunya diri.... tak minta izin pun nak letak gambar ko kat sini.... klu tak suka just hantar email.... nanti aku delete... aku takut gak nanti kena saman..... duit tengah tak dok nie.... bukan apa ada org yg tak datang kenduri sibuk nak tengok gambar ko kawin.... siapa yg nak tengok tu???? kawan2 aku yang kenal ko..... tu je....
Bila tengok gambar anak buah aku nie.... teringat zaman kat maktab dulu aktif dengan askar wataniah... smart je berpakaian seragam... tu yang abadikan gak sekeping kat blog nie... Ada jugak anak buah yg mpy minat sama dengan aku he he he.... Seronok nie.... klu anak buah aku tahu.... aku letak gambar dia kat blog.... selalu klu aku balik kg.... sehari semalam dia dok ceta pasal bomba.... tak pun askar wataniah.... penat mcm pun layan je le....
Ari tu anak buah aku nie datang KL kejap..... sempat lah keja JJ Equine Park.... tinggal dengan mak su dia.....tak sampai setahun pun.... tak sesuai lah pulak dengan jiwa dia.... balik dok kampung... tu yang mula aktif dengan bomba sukarela Damak dan askar wataniah Daerah Jerantut.... Kalau tak latihan bomba... latihan askar wataniah..... tak kisah lah janji tak buat keja tak elok.... dah itu yang dia minat....
Anak kakak aku yg sulong..... peramah, aku ingat zaman dia sek men.. semua cikgu kenal... kalau bab berjalan suka sangat lah..... ikut latihan merata tempat.... aku tengok kat gambar nie dia sorang je perempuan.... yang lain tua-tua je.... ari tu ada gak dia ceta, masa dia ge Kuantan gambar dia masuk majalah sinar.... tu confirm simpan buat kenangan.... gambar aku yang masuk Harian Metro pun.... aku simpan sampai ke hari nie....
Anak buah aku (Nurul Ami Sakma bin Mohd Amin) sebelah kanan yang pakai tudung hitam tu .... semasa Menghadiri Majlis Penyerahan Geran Operasi B omba Sukarela Seluruh Pahang di Komplek Sukan Mahkota Pahang.
Kalau kita minat sesuatu perkara tu... Kita akan melakukan tanpa rasa jemu....
IPOH: Seramai 10 penumpang terbunuh, manakala dua cedera, termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dua tingkat Sani Express Sdn Bhd (Sani Express) yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, bas yang membawa 48 penumpang itu dalam perjalanan dari Klang menuju ke Kangar dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di laluan terus tanpa henti Kuala Lumpur-Pulau Pinang.
KRONOLOGI: Antara kemalangan maut membabitkan bas ekspres
2009
14 April: Enam termasuk pemandu sebuah bas ekspres maut, manakala tiga lagi parah apabila kenderaan dua tingkat membawa 32 penumpang hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Kilometer 443, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung, Rawang.
2008
8 Disember: Sepuluh penumpang termasuk seorang doktor dari Hong Kong maut, manakala 18 yang lain cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 146.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tangkak, Muar, Johor.
2007
15 Ogos: Dua puluh termasuk tiga pasangan suami isteri maut manakala sembilan lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Taiping.
2006
31 Julai: Sebelas maut dan 35 cedera termasuk sembilan parah apabila bas pesiaran yang mereka naiki untuk menghadiri upacara keagamaan di Gereja St Anne's di Bukit Mertajam, terbalik di Kilometer 160.8 Lebuh Raya Utara Selatan, empat kilometer selepas susur keluar Plaza Tol Jawi di Butterworth.
2005
28 Mac: Lima penumpang bas ekspres maut manakala enam lagi cedera parah apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 58, Jalan Sibu-Bintulu di Sibu, Sarawak.
2004
24 Disember: Lima orang, termasuk dua pelancong asing terbunuh, manakala 17 lagi parah apabila sebuah bas ekspres Kurnia Bistari terhumban ke gaung sedalam 25 meter di Kilometer 12, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dekat Pos Slim, Ipoh.
2003
1 Disember: Empat belas terbunuh manakala 30 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, sebuah bas sekolah yang dijadikan bas tambahan sempena Aidilfitri dan sebuah kereta di Kilometer 63, Jalan Kuala Lipis-Merapoh, Kuala Lipis, Pahang.
Sumber: Berita Harian Online
Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Kalau kita renung dan kaji banyak faktor yang menyebabkan kemalangan. Salah satu daripadanya sikap pemandu itu sendiri. Memberi kesedaran kepada pemandu bukan lah satu perkara yg mudah.
Kadang kala dengan melihat, membaca... sedikit sebanyak menginsafkan kita... Mudah2 aku letak artikel kat blog nie dapat menginsafkan diri aku sendiri dan pengunjung yg lain. Dulu aku antara pemandu yang di kira hebat di jalan raya... KL- Jerantut tu sekejap je aku drive... sekarang dah mula ikut had laju.... takut tengok kemalangan sana sini... sekarang dah insaf....
Kadang2 benda nie kita berhati2 org lain pulak yg cuai.
Kekuatan dalaman..... Mampu mengubah diri sendiri.... Jangan mengharapkan org lain utk mengubah diri kita... Sedangkan kita tidak berusaha ke arah itu....
Mengimbau ceta 4 tahun yang lalu.... bersama dengan jiran sebelah.... merangkap rakan sekerja.....Hafiz, Zam dan Jeff serumah.... aku pulak serumah dgn Sue.... he he he... pintu umah kami sebelah....menyebelah je.... dah setahun lebih baru bos kami tahu.... kami nie berjiran.... time nie semua bujang.... sekarang semua dah bekeluarga .... tinggal aku je belum... he he he he...
Plan punya plan... konon2 nak ge camping kat Pantai Telok Kemang....siap beli ikan dan mcm2 lagi lah, malam tu nak buat BBQ.... sebelum pergi sempat lagi belasah khemah sekolah... pinjam kunci stor perkhemahan dgn cikgu Rasyid.... masing2 tamak, nak khemah sorang satu.... tak nak kongsi konon... Rasyid tanya tak nak cakap nak buat apa pinjam kunci.....
Kami pun punggah lah 5 khemah masuk dalam keta.... kami ge 2 buah keta... aku berdua dan depa tu bertiga.... sampai di PD memang dah senja.... pusing punya pusing cari tapak nak dirikan khemah.... Masing2 ambil khemah nak pasang.... rupa2 nya khemah tu tak ada besi.... cikgu Rasyid asing drpd khemah sebab takut berkarat.... rosak pulak khemah tu....
Hu hu hu padam dgn muka, tamak sangat....dan sombong sangat org tanya pinjam kunci tak nak cakap..... sudahnya aku berdua tido dalam keta.... depa bertiga tido bawah pokok..... kenangan betul...
Aksi tiga jejaka tampan berendam di tepi pantai... ala-ala mat salleh gitu... sekarang, semua tu dah jadi bapak orang.... tu lah satu2 gambar gitar aku yang ada.... sempat lagi lah masa kat pantai, datang seorang pelancong lelaki dr Thailand tanya jalan nak ke Melaka... and than mainkan satu lagu untuk kami.....
Gitar nie dah selamat.....Ari tu bagi pinjam kat bakal anak tiri yg tak jadi..... udahnya segan nak mintak balik... tu lah, nak bapaknya kena tackle anaknya dulu..... semua anak dah ok... masalah lain pulak timbul.... Tak ada jodoh.... Kena cari lagi le....
Posing kat keta wira Hafiz.... sekarang dah tukar colour.... mereka nie adik2 aku je....dari kiri Zam (dah pindah balik Kedah), aku (berkaca mata hitam), SuE, Hafiz dan Jeff. Kat sekolah tak heran cikgu lelaki lebih tua drpd aku pun panggil K. farid... panggil akak nie nampak dihormati... isteri pun tak ada cemburu sangat kalau panggil akak... biar pun umur aku lebih muda drpd depa tu....
Tapi dengan cikgu perempuan, depa lebih setahun dua tu aku kau bila bercakap.... bab kata org Melaka nampak lebih mesra.... gitu...
Jiran sebelah sentiasa diingati... Ada masa kita bawak keluarga bercuti... Tempat yg pernah jadi sejarah utk diri sendiri....
Dua hari yang lepas aku ke umah kwn aku nie.... lama tak jumpa setelah bercuti panjang... masing2 balik kg... aku je mcm tak ada kg.... tak balik... balik...... klu balik pun kejap je, tak sempat panas bontot dah nak balik KL....
Sambil sembang2, tengok album lama ..... terjumpa pulak gambar lama nie dalam koleksinya.... apa lagi aku snap pakai kamera... kebetulan gambar nie mmg tak ada dalam simpanan aku.... saja nak imbau ceta lama... Kenangan indah seronok utk dikenang....
Sepanjang 3 thn dia jadi house mate aku... ini lah kali pertama dan terakhir dia bercuti bersama dengan aku.... masa nie cuti sek. bulan Mac 2005
Percutian nie diberi nama percutian save buget.... Perjalanan ke JB menggunakan laluan dalam.... Jimat duit tol.... Singgah merata tempat... Jimat perbelanjaan penginapan....
Dari KL aku ke Nyalas Melaka rumah kawan aku Along... besoknya tu kami ambil masa sehari ronda-ronda sekitar Melaka... masa nie aku ada misi tersendiri... dalam pada dok bercuti sempat lagi cari ustaz ... aku pun dah lupa nama tempat tu.... nak berubat. Sakit2 pun sempat lagi bercuti.. kalau dah kaki jalan... tak senang duduk klu tak dapat berjalan...
Tanya orang sana sini akhirnya jumpa jugak umah ustaz tu.... sesat barat aku kat negeri Melaka tu... kata je kecil... entah mana2 aku ge... pukul 12 malam baru sampai umah... punya lah risau member aku tu... Aku dah biasa... datang ikut jalan lain balik ikut jalan lain.....
Besoknya kami gerak ke JB... lalu Tangkak...Yong Peng.... baru naik H/way kuar tol Skudai... Masa tu gerak dengan kancil TAC bapak aku.... Aku hantar kawan aku ke Kota Tinggi sebab dia beriya sangat nak jumpa mak angkatnya.... Adik angkat dia dah tunggu kat Kota Tinggi...
Lepas tu aku gerak ke Skudai... dah janji dengan member aku yg study kat UTM nak tido kat bilik dia malam tu.... sebelum tu aku dah hantar mesej, maklumkan yg aku akan sampai dalam pukul 6. Belum pukul 6 aku dah pacak kat depan asrama dia.... aku hantar sms tak balas.... call tak dapat.... dari pukul 6 dah nak pukul 7 mlm.... jenis aku mana boleh tunggu org lama2 mula lah panas satu badan....
Aku call hotel Seri Malaysia Larkin ada kosong.... apa lagi aku drive ke sana.... selalunya klu ke JB... nie lah hotel yg selalu aku menginap, kecuali penuh.... sampai kat bilik, aku mandi and than rehat.... memang kepenatan sangat.... maklumlah drive sorang.... klu bercuti dengan adik aku, kami gilir2. Aku dah tak kisah kawan aku ke.. phone ke... yg aku tahu nak lena....besoknya aku sedar tengok phone beratus miss call.... ami dan Dilla call.... rupanya sayang jugak depa nie kat aku...
Barulah aku tahu Dilla ada kelas pukul 6 sampai pukul 7 lepas tu tak perasan dia tukar sim card.... member mengelabah bagi tahu ami kot2 lah aku ke situ.... tu lah kali pertama, aku terima paling banyak miss call. Minta maaf le Dilla dan AMi kerana menyusahkan ko.... ko lah kawan aku.... sanggup layan kerenah org panas baran nie....
Dua hari jugak lah kami berada di JB.... sempat le aku ge jumpa kawan aku tu.... AMi dan DiLLa, masa tu AMi baik lagi dengan aku.... mulai 2008 kami dah putus kawan.... tak tahu lah ada peluang lagi ke tak ???? semuanya keadaan yang akan menentukan.....
Bila tengok gambar house mate aku nie.... teringat masa kami gaduh.... aku lempang dia.... menangis dia kat situ.... klu anak murid aku lempang tu biasa.... lempang kwn nie luar biasa.... gara2 aku cakap dia ckp.... aku lempang sebijik, suruh dia dengar apa yang aku ckp dulu.... lepas tu nak cakap... cakap lah...
Gara2 kes tu....aku selalu kena perli kat sek... "farid akak ceta nie ko jangan bocorkan pulak....klu ko bocor akak lempang ko..mcm mana ko lempang sue..."
Walau pun dia pernah kena lempang dgn aku.... tapi kami tetap baik.... tahun depan aku jadi s/u dia .... dia yg pilih aku.... bermakna dia tak takut kena lempang he he he...
Bertindak dgn bersebab... Tidak ada sebab mengapa perlu marah.... Bertindak melulu... Umpama org yang tiada ilmu.....
Zaman bercinta, adalah zaman yang paling indah.... masa tu seronoknya hanya tuhan yg tahu.... kalau dah jodohkan sanggup tunggu berapa tahun sekali pun... tak kurang jugak ada yang bercinta bagai nak rak dgn org lain, tut..tut...tut... kawin dengan orang lain....
Lepas tu masing2 mencari cinta sejati.. Cinta sejati terpahat di hati.... Kenangan indah bersama diingati..... Walaupun dirimu telah dimiliki....
Hanya mampu pandang dari jauh.... dan mendoakan agar sentiasa bahagia bersama isteri dan anak-anak tersayang... Dalam situasi begini, jangan fikirkan diri sendiri.... sebaliknya fikirkan mereka yang memerlukan dirimu supaya berada di sisi.... Harapan mu setinggi gunung, tapi mungkin menyebabkan banyak hati yang terluka....
Cinta tak pernah mengenal usia.... berkahwin dengan lelaki yang lebih muda bukan lah menjadi isu... he he he ada hati nak kawin dengan orang muda ke??? kalau dah jodoh.... rupanya kakak aku ada 2 orang, laki depa tu lebih muda.... baru je tahu...masa depa kawin dulu kita masih mentah... mana nak ambil pot pun bab umur abang ipar nie....
Bagi aku penerimaan kita di dalam keluarga tu penting... saling hormat menghormati dan menerima kehadiran ahli baru dengan seadanya. Kematangan seseorang tu lebih di utamakan daripada faktor umur.... kalau umur je tua tapi tak matang dan sukar untuk membuat keputusan pun payah gak.... Umur muda pun kalau mampu melaksanakan tanggungjawab dan membimbing keluarga dengan baik. Itu yang terbaik.
Kawin dengan duda nie, bukan semua orang mampu.... kena fikirkan penerimaan anak-anak terhadap kita lebih drpd bapaknya....Apatah lagi anak-anak yang dah besar dan tahu menilai serta mampu buat perbandingan dengan ibu mereka... payah gak kan.... Tak hairanlah ada yang sanggup tackle anak dulu baru bapak....
Ada jugak anak2 dulu yang nak kenal dengan bakal ibu tiri.... sibuk cari maklumat sana sini.... bagus tu, takut bapak dia tersalah pilih.... yang susah mereka jugak nanti.... Ada cita-cita ke jadi ibu tiri???... Jodoh nie bukan kita yang tentukan... kita perlu bersedia.... Label ibu tiri tu.... yang menjadikan orang takut. Takut jadi mcm bawang putih, bawang merah. Anak tiri kena dera.... sekarang penderaan hukuman berat... jangan main2...
Bila tengok kekawan dah mencecah umur 35 tahun belum berkahwin releks je.... aku pun jadi releks kejap... tapi bila fikir balik, lambat kawin nanti susah gak nak dapat zuriat pelapis generasi akan datang.... Ada kawan aku tu... rupa ada, kerjaya ada..... tapi teman hidup je belum ada. Belum jodoh lagi tu.....
Tengok gambar nie... teringat ceta mereka antara yg terhangat.... berkawan dengan laki orang... akhirnya berkahwin.... Aku teringat mcm mana kawan baik, kawan rapat, teman sebantal, makan sepinggan.... ke mana pun berdua.... boleh putus kawan... gara2 tak boleh terima hakikat kawan baik dia berkawan dengan laki orang.... benda nie pernah berlaku dalam hidupnya sehingga dia membenci ke tahap tu....
Gambar di atas hiasan semata-mata, untuk mewarnai blog aku nie je... suka nak abadikan saat2 bahagia celebriti tanah air....
Kepada mereka semua semoga bahagia.... Hingga ke anak cucu...
Sebenarnya post yang lepas aku dah ceta pe kenduri kahwin umah kawan den kat Melaka... Masa tu tak ada gambar.... semalam dia bagi pinjam laptop siap dgn broke.... apa lagi aku mengedit gambar masa kenduri dia untuk koleksi peribadi kat dalam blog kesayangan nie....
Nie gambar masa akad nikah pada pagi hari Jumaat. Hari Ma'al Hijrah (hari baik, bulan baik)... memang pandai pengantin nie pilih tarikh.... setiap tahun akan cuti.... boleh sambut ulang tahun dgn senang hati.... tak payah susah2 nak mintak cuti.....
Ari nie flight dia pukul 11.00 am..... akan berlepas ke Kedah... Untuk majlis bertandang di rumah pengantin lelaki. Lepas tu ari Selasa pergi Honey Moon....ke mana tu he he he.... janji bahagia berdua.....
Sebahagian hantaran yang menarik dan aku rasa perlu diabadikan....mana lah tahu siapa2 nak kawin nanti, tengok gambar nie ada idea nak buat gubahan hantaran .... sebenarnya banyak lagi...member aku nie buat sendiri.... sebelah lelaki pun dia tolong buatkan.... Aku suka warna coklat... mcm eksklusif gitu.... tapi bukan semua orang suka warna nie....kan kan kan...
Aku tak sempat pun tengok dia pakai baju nie...lambat sangat bersanding... aku tak larat nak tunggu. Pukul 2 aku dah chau... rupanya pukul 2.30 baru sanding. Pengantin lelaki nie keja part time dia juru kamera.... so tak heran lah bila majlis dia ada 4 orang juru kamera.... mcm ge kenduri artis lah pulak.... sana snap...sini snap...siapa yg berminat tu boleh le layari di web Anwar ....akak siap tolong promosi lagi nuar..... mana tahu majlis akak esok nanti dapat diskaun he he he...
Gambar tukar2 baju lah pulak.... time aku datang sempat tengok gambar baju hitam tu je... majlis memang meriah... almaklum le puteri bongsu daripada 15 orang adik beradik... semua ada ari tu.... masak pun adik beradik je yg buat... memang save betul.... lain lah pulak wajah minah nie kena make up....
Dalam dok sibuk bergambar tu...sempat lagi datang ke khemah tetamu.... melayan kekawan yg datang.... jarang aku jumpa pengantin buat mcm tu.... nie lah kali pertama.
Baju nie pulak gambar malam berinai.... Negeri Melaka, Negeri Johor kalau majlis kahwin memang meriah.... yang jadi pengapit pengantin tu bila lagi??? Ain bila lagi nak makan nasi minyak nie???? Selamat Berbahagia kepada Siti Aishah Jantan dan Nurul Anwar.
Hari nie, bangun awal sebab nak ge sekolah... bertugas waktu cuti... nanti kalau tak datang dapat surat tunjuk sebab... tebal pulak fail peribadi aku... Destinasi pertama aku, ke mana lagi kalau bukan ke Siber Didik.... sembang punya sembang dengan pengantin baru nie...ada lah aku bagi tip utk org yg baru berumah tangga.... tip apa tu??? he he he... Apa lagi dia pulak boleh accept tip aku tu.... dapat makan free tengah hari tu... member belanja...
Malam nie makan free lagi... ramai betul orang nak belanja... time2 aku berusaha nak kurangkan berat badan nie... Jenis aku rezeki jgn ditolak,musuh jangan dicari... bila makan free layan...
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.
Email yg dikirim oleh: Azwan Kareem
di Institut Baitulmal
Telefon bimbit bukan lagi barang mewah... semua org mampu milik... budah sek. rendah pun dah ada h/phone sendiri... kalah phone cikgu.. phone cikgu tak boleh ambil gambar.... yang dia siap boleh 3G tu.... Aku tak mengikuti sangat perkembangan phone nie.... janji boleh call dan sms cukup. Phone aku pakai sekarang... baru yg kedua.
Phone pertama aku beli thn 2002 sampailah thn 2007 aku guna.... 2 kali masuk longkang... jatuh berkali2.... last sekali bisu... sms je boleh..... Skrg aku pakai yg tak sampai seratus pun....Satu tu , member aku bagi sebab dia call selalu tak dengar... Terima kasih K.ana... bakal madu yang tak jadi he he he....
Nombor nie aku guna sejak mula pakai phone.... tak pernah tukar... dan sayang sangat no nie... Mcm2 org call kat aku... Panggilan yang ditunggu2 ..... Panggilan tak diundang pun ada....
Member2 selalu gak call.... Tanya khabar.... Tanya jalan.... depa dok kata aku nie peta bergerak.... Tanya itu dan ini...
Paling aku tak boleh handle.... Panggilan drpd isteri orang... fobia betul aku. Ada pengalaman ke??? sebab ada pengalaman lah jadi fobia.... Yang sebelum nie bila aku tak layan dia sendiri senyap... Benda tak betul buat apa takut.... akhir sekali dia sendiri yg malu.... Kita tolong org ikhlas... tapi org pandang lain.... tolong salah.... tak tolong pun salah...
Yang terbaru isteri member call... Aduh, mengeletar aku dibuatnya.... Dia call 5 minit sblm aku masuk dewan peperiksaan... Rupanya dia terbaca sms aku kat phone laki dia..... Aku org minta tolong aku tolong..... Selalunya mcm tu lah... selalu terkena....
Laki orang call cari bini pun ada gak... Bini merajuk dengan laki cari aku... Nie selalu.... Kepada member yg selalu buat tu.... Kesian kat laki hampa tu....
Bagi aku phone nie benda yg sangat penting.... Dan menjadi kesayangan aku... Ke mana pun pergi mesti bersama... Phone lah mendekatkan kita dengan yg tersayang....
NASIHAT KEPADA ORANG RAMAI MENGENAI WABAK TAUN/KOLERA
A.Apa itu Penyakit Taun/Kolera?
Penyakit Taun/Kolera adalah sejenis penyakit cirit birit yang mudah berjangkit dan sangat merbahaya.Ia adalah penyakit saluran penghadaman yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali Vibrio cholera.
B.Bagaimana ia merebak?
Penyakit Taun boleh merebak melalui 2 cara utama:
1.Air minum yang tercemar dan tidak dirawat termasuk air batu.
2.Makanan yang tercemar seperti:
a)Makanan laut yang tercemar seperti kerang dan tidak dimasak dengan sempurna.
b)Sayur-sayuran terutamanya yang tidak dimasak dan buah-buahan yang tercemar
c)Makanan yang tercemar semasa penyediaan atau semasa dihidangkan.
C.Tanda dan gejala
Pesakit taun akan mengalami cirit birit yang berpanjangan.Sekiranya keadaan ini tidak mendapat rawatan awal, pesakit boleh mengalami kehilangan air yang teruk dan mengalami tanda-tanda renjatan antaranya seperti lesu, kekejangan otot dan kurang kencing.
D.Mesej untuk penduduk yang terjejas dengan wabak taun/kolera
1.Sentiasa gunakan bekalan air yang selamat, khususnya yang dibekalkan oleh Jabatan Bekalan Air / Syarikat Pembekal Air (Contoh : SYABAS, AKSB) untuk memasak, membasuh bahan mentah dan peralatan memasak
2.Masak air yang diminum sehingga mendidih ATAU minum air minuman berbungkus ATAU air mineral semulajadi dari pengeluar yang dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
3.Elakkan minum minuman dengan air batu / ais
4.Digalakkan membawa bekalan air yang telah dimasak semasa perjalanan khususnya ke tempat yang dilanda wabak
4.Elakkan makan makanan mentah atau separuh masak temasuk ulam-ulaman, buah-buahan dan makanan laut seperti kerang
5.Cuci tangan dengan sabun / bahan pembasmi kuman dan air bersih
a)Selepas menggunakan tandas
b)Sebelum menyediakan makanan
c)Sebelum makan
6.Makan makanan yang dimasak dengan sempurna dan masih panas
7.Individu yang mempunyai tanda dan gejala taun DILARANG menyedia, memasak, mengendali atau menghidang makan/minuman
8.Pilih makanan dari premis makanan yang bersih dan mempunyai bekalan air yang selamat
9.Tudung atau lindungi makanan supaya tidak dihinggapi lalat
10.Pastikan tong sampah sentiasa bertutup dan kawasan persekitaran rumah dibersihkan
E.Mesej untuk penduduk yang menganjurkan kenduri di musim cuti/perayaan
Pengendali makanan / tukang masak / orang yang menghidang makanan hendaklah memastikan kebersihan makanan diberi keutamaan :
1.Kebersihan tangan apabila menyedia dan menghidang makanan
2.Gunakan bekalan air paip yang bersih atau air dibotolkan
3.Jangan gunakan air telaga kecuali telah dirawat dengan klorin
4.Masak air minuman sebelum dihidang
5.Elakkan menggunakan air batu
6.Sediakan tempat mencuci tangan yang secukupnya dengan sabun
7.Elakkan menyentuh makanan secara langsung dengan tangan
8.Elakkan menghidang makanan yang mentah seperti ulam-ulaman/buah-buahan yang tidak dikupas serta dibasuh dengan sempurna
9.Pastikan makanan sentiasa dihidangkan dalam keadaan panas
10.Jangan benarkan individu yang mengalami tanda dan gejala taun menyedia, memasak, mengendali atau menghidang makanan / minuman
F.Mesej untuk orang ramai yang melawat tempat-tempat terjejas
1.Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan
2.Makan makanan panas yang baru dimasak
3.Elakkan makanan mentah atau separuh masak termasuk buah-buahan/ulam-ulaman dan makanan laut
4.Digalakkan membawa bekalan air yang telah dimasak
5.Pilih makanan dari premis makanan yang bersih dan mempunyai bekalan air yang selamat
6.tiasa mengutamakan kebersihan diri, terutamanya kebersihan tangan
G.Mesej untuk orang yang baru pulang dari tempat-tempat terjejas
1.Sentiasa memantau tahap kesihatan diri
2.Beri perhatian kepada gejala cirit birit
3.Jangan menyedia atau mengendalikan makanan jika mengalami gejala cirit birit, sebaliknya segera dapatkan rawatan di hospital.
Kiriman kwn den ;
SITI NORAINI BT MD ISA Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia