Sunday, January 31, 2010

BELANJA MAKAN

View sekitar Shah Alam di waktu senja

Pada minggu lepas sibuk kawan akku nie dok ajak nak belanja makan.... so untuk tidak menghampakan dia.... aku pun luangkan jugak lah ari tu.... bukan apa nak ke Shah Alam tu makan masa jugak... belum kira lagi nak makan2, sembang2..... kalau bukan betul2 free tak boleh... nanti terkejar2 penat.

Sebelum pe, kawan aku nie call.
"farid esok nak makan apa nie???"
"Tn. haji saya nak makan ikan besaq2.... udang yang besaq2" sebab orang tanya kan... so aku main oder le....

Sebenarnya Tn. Hj nie nak belanja makan kat Restoran Kayu Manis, Bukit Jelutong. Kali pertama aku sampai kawasan tu.... rupanya Tn. Hj nie bawak sendiri udang dgn ikan... restoran tu masak je... aku sampai semua dah sedia untuk dimakan....

Hari tu.... mewah betul aku makan.... ikan kerapu 1.5 kg, buat 2 jenis masakkan.... udang nya besar sungguh... seekor je aku makan.... dah tak larat....Tn. Hj dok gelak....
"farid, ye ye oder nak makan udang besar.... tak berbaloi seekor je makan....."
Aku tak sangka udang sebesar tu....

Apa pun terima kasih Tn. Hj kerana belanja makan.

0 ulasan: