Tuesday, January 19, 2010

IKUT CARA AKU

Pendaftaran Majlis Dialog ibu bapa Tahun 6

Hebatnya anak, kerana hebat ibu bapanya. Memberi perhatian terhadap pendidikan anak-anak adalah salah satu tanggungjawab yang perlu diberi perhatian. Beruntungnya anak-anak yg mempunyai ibu bapa yg hebat. Meluangkan masa menghadiri sesi dialog bersama pihak sekolah, melihat kerja sekolah anak-anak dan tak kurang hebatnya menghantar anak2 tuisyen sana sini.

Ceta pasal tuisyen nie, ada sorang kwn aku nie....duduk Desa Moccis hantar tuisyen umah aku 2 kali seminggu.... pejam celik...pejam celik nie dah masuk tahun ke-3. Mak ayah mana yang tak nak lihat anak dia berjaya.... istilah penat tolak ke tepi, janji anak2 dapat yang terbaik.

Sebenarnya aku malas nak buat tuisyen..... penat, dah lah sampai umah petang..tak sempat nak rehat, tuisyen pulak..... bulan 2 nanti dengan kelas pagi, kelas malam.... mahu bengkok aku dibuatnya. Aku ajar anak dia sorang je....lagi pun bukan semua org boleh ikut cara aku.... nak hantar tuisyen ada syarat gak ke???? ya.

Aku nie, mata cerah... depan laptop je.... tak ada laptop mahu tertido, tambah ajar tuisyen sorang je. Member aku nie kata ok.... so layan.... Lagi pun anak dia nie rajin, kena marah dgn aku pun nak datang gak..... kadang2 tu, datang umah aku buat keja sekolah.....aku layan je....

Minggu lepas member aku sorang nie, nak minta tolong aku ajar maths anak dia.

"Farid, akak nak minta tolong ko ajar anak akak maths boleh ke?"

"Akak, saya bukan tak nak ajar... bukan semua orang blh terima cara saya. Saya time mengajar, depan mesti ada laptop. Klu sy mengadap anak akak je.... mahu tertido saya kat situ"

Aku memang terkenal dgn kaki tido, kaki tenet..... nie semua penyakit barah zaman IT.

"Mcm tu pulak...." ustazah tu, gelak.. mungkin dia ingat aku melawak dgn dia kot.... atau mungkin nie kali pertama dia dengar org mengajar mcm tu....

"Akak setakat nie, k.nida dengan Balqis je yg faham sy ajar mcm mana"

Sebenarnya aku pun nak tengok gak hasilnya, 3 tahun ajar tuisyen maths dan bahasa. Kalau tak dapat A mati aku, kena kejakan dengan k.nida.

Satu lagi member aku nie, klu dia tunggu time tuisyen.... aku tak boleh handle mak nya...aduh, dia pulak sibuk dok marah anaknya.... aku suruh ajar sendiri kat umah, 1001 alasan... mai hantar umah aku, dia pulak sibuk nak ajar.... payah betul....

Time tu aku cikgu, bagi lah peluang aku ajar.... aku nak marah ke.... nie tak..... payah klu mak cikgu...kejanya membebel..membebel.....

Kalau kita hendak maju....
Kena tahu arah dituju...

3 ulasan:

ONE ZABA said...

buat la iklan....boleh tambah uwang dengan tuisyen ni. apabila dah ramai semangat lebih sikit.

eeeda said...

Belum bersedia lagi nak serius buat tuisyen... byk komitmen lain... akan datang ko..

Ticer Syah said...

weh..taun ni aku ajo tusen setelah beberapa taun aku stop..hahaha..tu pon sbb tulun member.. mcm penat je kan..kuikui