Tuesday, January 12, 2010

PERSONALITI DAN BINATANG

Semalam dok mencari sijil along... buka kotak sana...buka kotak sini.. terjumpalah bahan yg aku kira menarik gak... semak tarik lahir dan haiwan yang menjadi penaung... he he he siapa yg sama tarikh lahir dgn aku jom kita layan.... aku lahir bulan Mac... dalam lingkungan 01-12 Mac binantangnya adalah Monyet...

Teringat pulak masa sek... form 5 ada cikgu yg ajar B.I nie... selalu cakap kami macam monyet...kebetulan lah pulak, kat tepi kelas kami tu memang ada banyak monyet...maklum lah sek kampung...dah tu tepi hutan pulak.... tapi sekarang dah maju sek tu.... aku dengar, SMK Damak terbaik PMR 2009 kategori sek. luar bandar....tahniah cikgu2nya.

Kita tengok apa ciri2 org yg bernaung di bawah binatang MONYET... Adakah berperangai mcm monyet???? Bukan betul... mungkin tak?....kita tengok setakat mana persemaan dgn personaliti kita yg sebenarnya.....
  • Tidak sabar dan begitu hiperaktif
  • Kamu mahu segalanya dilakukan dengan pantas...
  • Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yg memberikan perhatian kpd kamu.
  • Kamu bijak berhadapan dgn masalah dan tidak mahu terlibat dgn sebarang kontroversi.
  • Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya.
  • Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yg menjadi peyelamat kamu.
  • Jangan tidak tahu, mereka yg bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan pandai mengatur kewangannya.
  • Kamu akan berjaya dalam perniagaan.

Ada lapan point tu.... aku rasa banyak gak yg kena dengan aku.... Izah, kita kan sama besday... cuba tengok berapa yg kena..... sat lagi hang bagi komen.....

Kita nie kan , sibuk dok nak ambil tahu hal org tu.... hal org nie....tapi kita sebenarnya tak kenal pun siapa diri kita.... tak kaji pun kebolehan kita..... tak muhasabah pun kelemahan kita.... tak tengok pun kekurangan kita.... bila terbaca bahan2 yg berkaitan personaliti.. mengikut bulan ke?... mengikut tarikh lahir ke???? baru lah kita perasan.... ya lah.... betul lah.... eh tak tahu pun.... patut lah..... tu lah kita.

Kawan dok tanya tanda simpati...

Tapi kita pulak dok sakit hati.....

2 ulasan:

ONE ZABA said...

aku dan kudaaaa!!! yehaaa....

eeeda said...

he he... kuda.. tu ikut kelendar cina...