Monday, January 25, 2010

TAHNIAH DAN TAKZIAH


Semalam aku baru call kawan yg berpindah ke Pahang tahun lepas.....sejak dia pindah, ini lah kali pertama aku call.... rupanya sedang bercuti panjang kerana baru melahiran anak keempat. Tahniah kepada Kak Anizah. Rezeki di tempat baru dikurniakan puteri. Sebelum nie telah dikurnikan 3 orang putra....

Tahniah juga kepada kawan-kawan yang baru terima surat tawaran DG41 pada hari Jumaat yang lepas. Kepayahan, kesusahan dan penatan kalian selama ini telah pun terjawab. Tahniah kepada;

  • Kak Azlina
  • Kak Ismalina
  • Kak Luctmy
  • En. Samuri

Ucapan "Tahniah" tanda penghargaan.

Turut gembira tumpang kebanggaan.

Hari ini aku terima sms daripada seorang kawan yang berada di Melaka.... memaklumkan dia baru saja selesai operation buasir di Hospital Pantai. Takziah kepada Along dan jangan lupa makan ubat.... dan semoga cepat sembuh.... Doktor bagi cuti tu.... berehat. Jangan buat kerja yang berat-berat.

Ucapan "Takziah" jika kecelakaan,

Lumrah manusia ditimpa kedukaan.

2 ulasan:

ONE ZABA said...

tahniah kerana ko berjaya mengucapkan takziah....

eeeda said...

Apabila kita dgr berita kesedihan, itu je yg mampu aku ucapkan. Nak menziarah jauh.