Tuesday, January 12, 2010

TAK HADIR SEHARI

Hari nie aku dah mula ke sekolah mcm biasa... baru sekolah seminggu dah cuti... baru sehari je tak datang tu... sampai je kat sek....member nie dok tanya....member tu dok tanya...
Member 1 "Farid ok ke ari nie?"
Member 2 "Farid dah sihat ke?... akak dengar semalam tak sihat"
Member 3 "Farid nie tension apa?... sampai deman nie"
Member 4 "Farid akak dengar ceta dari org.... akak nak dgr ko cakap sendiri"

Bertapa perihatinnya rakan sekerja aku... baru sehari aku tak datang...kekawan aku nie, ambil berat betul tentang aku.... aku hargai...

Ari nie aku ke PSS.. selama nie merata aku lepak.. kat bengkel lah.... kat Siber lah... tahun nie bila gb tanya...
" Faridah tempat kamu kat mana?"
" Tahun nie saya nak duduk kat pss teman sue" cepat je aku jawab.
" Jadi kat bilik guru tak ada lah tempat kamu ye"
Gb aku sebenarnya bukan tahu kat mana aku dok lepak...pendek kata nak cari aku susah lah sikit.... kena cari merata tempat. Kalau call tu kira nasib lah...mood ok, aku angkat phone...mood aku tak ok.. berdering lah kat situ....

Banyak rupanya keja PSS nie... baru duduk kat komputer... member nie datang...
"akak, sue nak akak liminate nie... automasi nak kena edit mengikut kelas.. minggu depan nak beroperasi...akak, gb kata minggu depan nak buat mesy. gb2 kat sek kita... jd pss kena lah kemas..."
Punya lah berjela kwn aku nie dok terangkan kat aku.. kena buat itu dan ini....

Aku nie jenis orang yg cepat panas.... member ckp banyak mula lah nak angin je...(tu ah suka sangat makan daging)
"sue, akak tak nak lah datang sini...datang je kena buat keja pss... bila keja2 sekolah akak nak buat.... asyik dok pulun pss je... bila akak nak nak isi borang2 yg entah mcm2 tu.... nak tanda buku lagi....sue kena ingat, akak nie kena menanda paper tak ikut musim... ada je ujian tahun 6 nie..."

"Akak ingat lepas pukul 1.30 pm sampai pukul 4 atau 5 akak buat lah keja pss... waktu free akak tu nak buat keja2 perkeranian yg lain"

Member dah serba salah... tengok aku mcm dah stress... mahu tak stress... ajar kelas peperiksaan.... dah tu, tahun nie pss nak masuk pertandingan... hu hu hu...tak kira lagi stress yg luar lagi.... tu baru bab keja...."

"Akak kita boleh bincang lagi... kalau akak dah ckp mcm tu... ok lah sue setuju...."

Kalau boleh aku malas nak bawak balik umah keja sek.... kalau dah sampai petang kat sek... sure pukul 9.00 pm dah lena....

Masa nak layan fb pun terpaksa dikurangkan...
Nak main game dah tak sempat...
Nak baca blog kekwn pun dah tak dan....
Nak chat pun terpaksa cut masa..


4 ulasan:

myQza said...

aduhai! sabar je lah.. itu yg payahnya bila org lain lebih byk tahu dr kita

eeeda said...

Tu lah....saya nie pun bukan jenis yg boleh sabar..

UstazCahaya said...

Sabar cikgu. Guru umpama lilin;-)

Relevan said...

Masa nak mengetea dengan eeeda pun dah tak ader..uWawaaaaa!