Wednesday, February 10, 2010

SEKITAR PELANCARAN WEB SKSB

Gelagat kekawan yang bersemangat nak tengok pelancaran web sekolah pada ari Isnin baru nie. Sayang GB tak ada. Kalau dia ada mesti bangga. Seharian aku berusaha mengupload video anak murid den berlakon sempena pelancanran nie.... tapi sayang tak berjaya. Internet mcm hampeh. Depan sekali tu tengok mcm berminat je.... Lepas nie sentiasa update lah blog dia.

Boleh dikatakan kebanyakan sekolah, guru ICT cikgu lelaki. Bukan apa selalunya cikgu lelaki nie ada masa sikit nak update itu ini kat rumah. Berbanding dengan cikgu perempuan yang mcm2 kerja terpaksa kena buat di rumah. Nasib baiklah guru lelaki yang ada di sekolah aku nie daripada kalangan yg memang rajin2 belaka.

Penat PK aku tu..... terpaksa lancarkan 3 dalam 1 ari nie. Pelancaran Bulan Panitia Bahasa, Pelancaran Nilam dan Pelancaran Laman Web Sekolah.

Tahniah kepada Cikgu Sulia selaku Penyelaras ICT sekolah kerana berjaya juga mengadakan Laman Web Sekolah. Susah nak cari guru yang rajin mcm nie. Walau pun berkhidmat tak sampai 10 tahun tapi pengalamannya mcm org mengajar lebih dari tempoh itu. Tak pernah merunggut dengan tugasan yang diberikan.

Kalau tengok jadual dia kita pun letih. Hujung minggu Sabtu dan Ahad dipenuhi dengan menghadiri kelas di UTM jalan Semarak. Petang menguruskan 3 orang anak yang masih kecil. Selalunya dia akan menyiapkan kerja sekolah sebelah malam.

Standard lah sekolah mana2 pun org yang boleh buat kerja akan dibebani dengan kerja. Sampai dah dekat nak mati pun dok ingat kerja lagi. Orang yang tak boleh buat kerja akan releks sepanjang tahun. Ada tak sapo2 yang setuju dengan pandangan aku nie???? kalau tak setuju sila tinggalkan komen yang berjela tu...

Tahniah Su.


4 ulasan:

ONE ZABA said...

mana alamat laman webnya. bagi la kami tengok sama.

eeeda said...

ada kat tepi sebelah kiri tu.... sederet dengan mybank2u.

~Insan Biasa~ said...

tahniah.........web sekolah aku jugak tertangguh tak siap2 nih...jenuh...

su said...

hehe...laman web ni takkan tercapai kalau takde akak n aishah...