Wednesday, April 21, 2010

KEGEMBIRAAN DIRASAI BERSAMA

Minggu lepas aku ke JPNS, sebenarnya aku driver je... tolong hantarkan kawan aku ke sana. Sebab nak ambil surat lantikan sebagai PK koko. Guru Besar bagi kebenaran kan.... laju je lah aku pe.... tapi lepas waktu sekolah.. jgn ckp aku nak menular... so harap2 tak ada yang bising kat belakang sebab aku rajin kuar...

Sampai je kat JPNS.... rupa2nya, Pegawai yang berkenaan memang dah tunggu member aku nie... member aku nie seganlah pulak nak masuk sorang.... so dia ajak aku sekali masuk.... padahal urusan dia.... aku pulak yang naik segan.... tapi kesian kat member punya pasal... aku teman gak le masuk ke bilik pegawai yang berkenaan.

Belum sempat pegawai tu tanya... aku cepat2 jawab....
"Encik, saya teman Pn. Sulia je... dia segan"
"Tak pe..tak pe... duduk.. duduk..."
Dalam hati lega... sebab pegawai nie mesra alam. Kalau serius tadi aku dah kuar....tak mahu aku tunggu kat situ... aku tak terlibat pun... saja menyibuk.
"Elok lah Pn. Faridah ada... saya nak baca watikah perlantikan utk Pn. Sulia nie... Pn. Faridah boleh jadi saksi....."

En. Johari bacakan watikah... selesai tu... dia beri pulak ceramah nasihat kat kami berdua nie...Perkara yang aku tak boleh lupakan....bila encik tanya aku dah berapa tahun berkhidmat.... aku beritahulah 11 tahun....
"Pn. Sulia?"
"8 tahun" jawab member aku nie.
"Kenapa Faridah tak mohon ari tu.... tengok sekarang orang yang muda dah naik pangkat"
"Tak pe lah Encik, tak ada rezeki saya... ari tu pun saya nyaris2 nak mohon...tapi tak mohon. tak ada rezeki."

Sambil2 tu kami sembang2... macam2 dia ceta pengalaman dan beri nasihat supaya dapat menjalankan tugas dengan baik dan penuh berdedikasi. Sempat lagi dia tanya member aku nie..
"Pn. Sulia, kita kena fikirkan cara..... mcm mana nak tolong kawan kita nie" muka serius je.
"Sekarang cikgu pegang jawatan apa kat sekolah?"
Aku jawab lah... jawatan nie... jawatan tu....
"Sekarang orang bagi jawatan apa pun cikgu terima.... cari pengalaman sebanyak yang mungkin.. boleh guna bila naik pangkat"

Lepas tu kami terus je bergerak ke sekolah SK Taman Sea untuk melapor diri di sekolah baru.. sampai kat sekolah tu pun ada ceta gak... baru nak melapor diri... kerani memaklumkan kepada kami berdua PK koko tu tak jadi pindah.... aku pulak yang angin... member aku releks je. Aku terus minta member aku call Encik Johari....

Encik Johari bercakap sendiri dengan kerani.... aku pun tak tahu dia cakap apa... tapi akhirnya member aku tu dapat gak le melapor kat situ..

Nasib baik le tak ada masalah aku nak mencari sekolah nie... sebab dulu aku pernah hantar member aku... dia pe jumpa bakal tunang... kat balai bomba area tu... sekolah nie belakang tu je....

Apa pun sue... tahniah semua urusan dah selesai. Tinggal tunggu masa untuk bertugas di sekolah baru je....

0 ulasan: