Friday, April 16, 2010

KESIBUKAN ...HUJUNG MINGGU TERISI

Pada 10 April 2010 kami guru2 dan murid2 untuk program SMART A berpeluang membuat lawatan ke sekolah berasrama penuh di Seremban, Negeri Sembilan. Pada awal pagi kami ke SEDAR dan sebelah petang ke Kolej Tunku Kursiah. Murid kami berpeluang mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh pelajar2 sekolah berkenaan.


Seronok anak murid den nie.... bergambar depan pintu masuk ke sekolah SEDAR... merupakan salah sebuah sebuah berprestasi tinggi... bertuah aku dapat melawat ke sekolah nie... walaupun jenuh tanya kawan yang nie.... kawan yang tu... untuk sampai ke sekolah nie... Rupanya kalau ikut Senawang dekat je.... aku dgn member sorang nie pe naik keta.... sebab kami ada hal, lewat sikit....rezeki... sempat lagi kami melawat sekitar kawasan sekolah nie.... terima kasih kepada guru2 SEDAR yg melayan kami dengan baik.

Pada minggu lepas, penuh aktiviti. Setiap hari sampai kat umah dah lewat petang... agaknya jiran aku nie mesti pelik... pegi keja awal pagi. Balik tak tentu masa. Hari Khamis lepas, sibuk teman kawan aku nak beli umah.... cantik kan... show house nie.... aku cukup berkenan umah nie. dah le luas... harga pun boleh lah...mampu milik.

Aku jadi jurucakap je... apa yg dia nak tanya.... aku tolong tanya kan... aku bukan pandai sangat.... cuma ada pengalaman sikit. Sebab sebelum nie... beli umah semua uruskan sendiri je.... pendek kata segala2nya uruskan sendiri le....

0 ulasan: