Saturday, April 17, 2010

PEMERGIAN ACHIK SPIN

Beginilah keadaan kereta yang dinaiki oleh Achik yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Aku pun tak mengikuti beritanya sebab sibuk dengan camping. Gambar nie aku dapat drpd kawan aku yang dikirimkan oleh kawannya melalui fb. Mungkin dia berada di lokasi semasa kejadian.

Hari ini kita dikejutkan dengan berita sedih,,,, apabila kereta Estima yang dinaiki oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu bola2 api.... aku ingat lagu tu.. sebab aku minat sangat. Penyanyi yang berduet dengan Nana dalam lagu tersebut. Achik spin pergi meninggalkan kita untuk selamanya.

Baru beberapa hari yang lepas aku dengar lagu barunya di corong radio... yang juga berduet dengan Nana. Takziah kepada seluruh ahli keluarga Achik. Al-fatihah.

0 ulasan: