Saturday, May 15, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA

Hari nie semua sekolah di seluruh Malaysia mengadakan gotong-royong perdana... sekolah aku pun tak terkecuali mengadakan gotong-royong. Semua guru wajib hadir.... yang ada pegang kelas tu... kena bersihkan kelas sendiri... aku dan k. Liza ambil kesempatan ari nie mengecat kelas.. dah bulan Mei baru nak cat.... sibuk...

Hari ini aku lah seorang guru...
Aku juga seorang tukang cat.....

Cat yang asal warna oren... tak cantik langsung... kali nie kami cat warna hijau... bagi ceria sikit... nie kuar duit poket sendiri... aku dah pakat dengan member nie.... kena bagi tahu GB... kami nak kontrak ajar kelas nie 3 tahun... tak berbaloi kalau setahun je.... kuar duit banyak2... tut tut.....nak kena tukar kelas lain pulak...

Kepada anak murid aku... terima kasih lah kerana tolong cikgu...lepas nie kena jaga dinding tu jangan ada cop tapak kasut.....

Taklimat awal sebelum bermula aktiviti gotong royong....kehadiran ibu bapa mcm nie lah setiap tahun... mereka sibuk....cikgu je tak sibuk... tapi seramai nie pun alhamdulilah... sekurang2nya ada jugak yang hadir untuk sama2 bergotong royong.

Hari nie Datuk dalam ucapannya diselitkan sedikit tazkirah untuk renungan bersama... yang geli hati tu...
"Belum terlewat rasanya saya ingin mengucapkan selamat hari guru"
Rasanya Datuk tertukar nie.... hari ibu yang dah lepas... hari guru esok... apa pun Datuk terima kasih kerana memberi ucapan awal daripada orang lain.....

Taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar pada pagi Jumaat... taklimat ringkas berkaitan dengan persiapan sambutan hari guru dan aktiviti bergotong-royong... suasana mcm nie jarang berlaku di sekolah aku.... sebab selalunya taklimat makan masa berjam2... taklimat mcm nie sesuai bagi mereka yg suka bercakap perkara penting... taklimat 5 minit sesuai le...

Sekolah aku praktikum dulu GB tu selalu bagi taklimat 5 minit... memang 5 minit... so time mesyuarat tak ada le ambil masa yang lama.... manusia nie boleh memberi tumpuan 1 jam pertama je... lepas tu, fikiran dah tak tahu ke mana....

Bercakap perkara yg penting....lebih baik daripada membebel perkara yang tidak penting...
Lebih penting lagi... jika kita dapat memanfaatkan masa yg ada untuk perkara yang penting....

Kesimpulannya... pentingkan perkara yang lebih penting... daripada perkara yang tak penting.

2 ulasan:

ONE ZABA said...

SELAMAT HARI GURU

eeeda said...

One Zaba :Terima kasih..