Tuesday, May 18, 2010

KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI GURU

Nie dah kira gambar sekitar acara sukan guru2.... aku mcm biasa memang tak ambil bahagian pun... jadi penonton je setiap tahun.... tak kira lah acara apa pun....

Gambar anak murid sekitar sambutan hari guru... murid2 cukup terhibur dengan persembahan daripada guru2 mereka....Abdullah, Afiqmal.... dan kawan2 yg lain tu... bukan main lagi kalau bergambar... kalau kat kelas nak buka mulut pun takut sebab cikgunya garang sangat...

Cerianya cikgu2 kat sekolah nie.... cikgu sekolah nie tak kira tua.. ke muda semuanya boleh masuk je....K.min pun bukan main lagi nak bergambar dengan lucthumy.... K.Min tu nampak muda lagi kan..... pada hal tahun depan dah nak pencen....

Suzanna tu senyum bukan apa.... anak murid dia ucapakan selamat hari lahir dan selamat hari guru.... secara kebetulan... hari guru tahun nie disambut pada tarikh yang sama dengan hari lahirnya.... Guru praktikum mengambil kesempatan untuk menyampaikan hadiah kepada guru pembimbingnya iaitu K.Iza....

Pengawas sekolah dah bersiap sedia dengan hadiah daripada kelab staff untuk disampaikan kepada guru2.... memang setiap tahun ada hadiah drpd kelab staff. Nie dah kira mcm acara wajib je bila tiba hari guru... so semua guru akan dapat hadiah...

Perhimpunan rasmi semasa sambutan hari guru.... sepatutnya semua orang kena pakai baju rasmi... warna biru tu.... tapi biasalah kan...bukan semua orang boleh mendengar arahan yang dikeluarkan....

Tengok geng aku nak menunjuk mug yg mereka dapat daripada kelab staff.... bertambah lagi koleksi mug kat umah aku.... tak tahu bila lah... dapat buat almari pasang siap nak letak mug nie....Tengok GB aku tu....mcm YB lah pulak...tahun nie kami bertuah sebab dapat cenderahati khas drpd GB....siap dia bagi sendiri tu kepada semua guru....

Wani tu senyum lebar sebab dinobatkan sebagai guru yang paling garang....ada 5 kategori dipertandingkan....aku ingat aku dah guru paling garang.... rupanya berada di tempat kedua....
Guru yg lainnya, Cikgu Afis, K.wan, Cikgu Mohd Noor Yunus dan Cikgu Muhammad Nor Syarif. Tahniah kepada mereka semua...

Gengs yg buat persembahan dengan pasangan masing2....ada gaya zaman 80 an tak.... spoting giler cikgu sekolah nie.... Paling aku nak pecah perut time cikgu kamis menari... memang geli hati...cikgu kamis nie first time menari.... tahniah cikgu kamis...

Hari guru... ku kira hari yang paling banyak ucapan yang perlu disampaikan pada hari tersebut....Nasib baik lah aku bertugas pada minggu lepas.... kalau aku bertugas minggu nie jenuh.... mahu menggigil kat situ....K.Nida dan kekawan yang bertugas minggu nie... so dia jugaklah merangkap juruacara sambutan hari guru kali ini.... alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar.

0 ulasan: