Sunday, May 2, 2010

SITUASI YANG MENCEMASKAN

Aku call member nie nak pastikan di mana lokasi kejadian... dia maklumkan di Pangsapuri Melawati...Jalan Bukit Melawati, Shah Alam... aku dah confius... mcm mana boleh sampai ke Melawati... dalam masa sesingkat tu... aku tanya lagi macam mana boleh sampai ke situ.... dia ceta punya ceta... rupanya pangsapuri selepas Desa Moccis nak menghala ke Penjara Sungai Buloh tu... baru aku tahu... aku ambil masa dalam 10 minit nak sampai ke sana.

Sampai je di tempat kejadian, aku nampak ada dua buah keta wira di depan pintu masuk ke pangsapuri berkenaan.... tapi bila aku perhatikan member aku tak ada pun dalam keta tu.... aku pulak tak tanya dia pakai keta apa....aku call tanya dia berada kat mana.... rupa-rupanya dia berada dalam keta... keta dia tu berada dalam pagar....dia dah kena block dengan 2 buah keta dan siap tutup pintu pagar lagi... cuba bayangkan keadaan dia masa tu... dah le sorang... perempuan pulak tu.... kena kepong dengan 15 orang lelaki.... aku tengok pun takut sebab ramai sangat.

Masa aku datang tu... dia tak kacau aku... cuma minta tolong pujuk member aku nie... suruh bayar je...tak payah panjangkan ceta....rupanya member aku nie berkeras nak pe buat report.... dan dia dah call polis.... tapi alamat yang cukup mengelirukan menyebabkan bantuan polis tak tiba2.... bila polis call tanya lokasi kejadian.... member aku past phone kat aku... masa tu baru lah polis dapat kenal pasti lokasi kejadian....

Dalam masa yang sama aku dah berada luar keta kawan aku... sebab nak call tempat tuisyen... nak maklumkan tak dapat datang sebab ada hal... tiba2 baru lah aku terfikir nak call member aku kat taman sebelah... mana tahu kot2 lah... dia ada kenal mana2 polis....sebab gengs tu memang berkeras suruh bayar... dan tak nak lepaskan kami untuk pergi buat report....lama jugak lah aku berada kat situ.... dari 7.15 pm hingga pukul 8 lebih....aku pun tak tahu mcm mana... jiran aku tu dapat pujuk mereka tu... tiba2 dia benarkan keta kawan aku nie kuar pergi buat report.... tapi dalam keta tu dok bergerak perlahan ...sempat lagi gengs tu ketuk keta lah... maki2 lah... masa tu memang takut betul....kali pertama aku mengalami situasi mcm tu...

Sampai di persimpangan ke Saujana.... aku nampak keta peronda polis menuju ke tempat kejadian.... hah... lega rasanya.... kalau tak tak tahu lah apa nak jadi dengan suami jiran aku tu.... itu pun jenuh gak dia pusing nak bagi lepaskan kami ke balai.... Padahal kawan aku tak salah pun... sebab dah bagi signal untuk masuk situ.... budak yang bawak motor tu ingat kawan aku nak masuk simpang satu lagi.... dia tak jangka kawan aku nak masuk simpang tu... sebab umah pangsapuri tu bukan ada orang duduk lagi.... nasib malang sungguh kawan aku....alah budak yang langgar tu pun bukan teruk sangat pun.... cuma motor dia je rosak sikit...

Aku terus memandu ke Balai Polis Trafic di Kota Damansara... untuk buat report mengenai kemalangan.... itu pun ambil masa berjam jugak.... maklum le... lepas buat report perlu jumpa dengan pegawai penyiasat... nak ambil gambar keta lagi... Dah settle tu... kami ke Balai Polis Sg. Pelong buat report kes ugut dan menghalang daripada membuat report.... settle kat situ kena pulak ke Balai Polis Damansara Damai.... jumpa dengan pegawai penyiasat lagi.... lepas tu ambil gambar keta lagi sekali....

Penatnya tak usah ceta le... aku dah macam orang mabuk candu... dah le tak tido petang...polis sorang nie nak pe tengok tempat kejadian lah pulak.... masa tu jam menunjukkan pukul 1.30 a.m. pegi le ke tempat tu....nasib baik lah memang jalan ke umah kami menghala ke situ.... sampai je Saujana kami pe pekena teh tarik dan makan... sebab memang dah lapar giler....sampai umah dah pukul 2 lebih.... dah lebih time... sudahnya masing2 tak lena tido.

Esoknya member aku tak balik..... sebab nak tunggu polis buat kawad cam.....Biasa le polis kita, lambat...orang keja polis marah klu kita cakap depa nie lembap.... tapi itu lah realitinya. Kata profesional... tapi aku tak tahu kat mananya profesional... dengan balai tak serupa balai... berserabut.... dengan bau rokok... klu lama aku kat situ mahu pengsan agaknya....Tunggu punya tunggu... ari Sabtu tak dapat apa2 perkhabaran....

Tunggu lagi ari Ahad... dah petang pun tak ada jugak call... last2 kawan aku call. Dia kata tunggu... nanti dia call. Bukan apa ari tu kawan aku dah cakap... dia bukan keja kat sini.... pengalaman betul lah.... petang tadi pukul 6.30 p.m dia call minta ke balai... ingat dah nak buat kawad cam.... rupanya tak jumpa lagi orang yang terlibat tu.... alasannya budak yang terlibat tu menggunakan alamat yang lain masa dia buat report.... dah 2 hari tak ada tindakan lagi... kalau mcm nie lah... penjenayah dah boleh lari ke sempadan....

Tak pe aku sabar....siasat punya siasat....lama gak ambil masa....lepas tu polis nie bawa pulak member aku ke tempat kejadian untuk kenal pasti orang yang terlibat.... nasib baik masa tu ... budak tu ada kat umah... tak sampai beberapa minit dah ramai yang datang.... polis pun kecut perut...geng tu datang marah2... ha baru polis tu tahu.... sebab apa member aku nie buat report....polis tu tak rasa mcm mana kawan aku yang perempuan duduk dalam keta dan di sekeliling keta orang lelaki.... dia yang lelaki pun hilang sabar dengan perangai geng2 tu....polis geram je nak tumbuk... nasib baik dia ingat yang dia tu polis...

Pukul 11.30 p.m baru lah kami sampai kat umah.... alamaknya member aku nie bertolak pagi2 esok le...dalam pukul 5.00 am mesti dah kena bertolak. Harap2 dia sempat le sampai ke Jerantut.... sebelum 8.00 pagi. Tu pun tak selesai lagi... polis kata dia ambil masa 2 minggu untuk siasat kes nie...

Bagi aku le, dalam kes nie... bukan tak boleh bayar... kalu perangai mcm nie... bayar pun tak selamat... lebih baik buat report je... apa2 hal settle kat balai, senang ceta.

0 ulasan: