Monday, June 28, 2010

KIRANYA KAU TAHU

Hari nie saja aku buat post kat FB, bunyinya seolah2 aku dalam keadaan yang tidak stabil... tapi sebalik post tu ada kisah sendiri... kiranya kau tahu, tentunya kalian akan mengerti.

"Ari nie...kalau aku susah kwn sekeliling tak nak tolong... aku tahu ada org cuba untuk sabotaj aku..."

Ramai kawan2 di FB menyatakan kesudian untuk mendengar masalah aku, bersedia membantu aku... tak kurang juga memberi kata semangat. Aku hargai atas keprihatinan kalian. Kak Anizah kata aku seorang yang kuat semangat. Itu mungkin dulu. Berada disekeliling dengan mereka yang memang memberi komitmen terhadap kerja, seperti Kak Anizah sendiri, Kak Mala, Kak Seha, Kak Sidah, Kak Ita dan aku makin terasa kehilangan mereka bila Sulia juga terut serta mengikut jejak mereka. Lumpuh aku rasa.... lutut nie semakin malas untuk melangkah ke sekolah.

Tiada lagi budaya kerja, yang membuatkan aku bersemangat. Aku semakin hanyut... hanyut dengan budaya keja yang aku cipta sendiri. Tambah sekarang dunia aku cukup berbeza.... berada di tempat yang tersembunyi... kadang2 apa yang berlaku di sekolah aku pun tak tahu. Sekiranya aku berterusan begini.... boleh menghancurkan kerjayaku... kerjaya yang ku kira baru bermula untuk mendaki ke puncak. Perlukah aku berjumpa kaunselor...seperti mana pernah aku lakukan suatu ketika dahulu. Mungkin ya. Aku boleh jadi kaunselor utk org...tapi bukan utk diri sendiri.

Aku berbalik kepada pokok pangkal post tersebut. Sebenarnya kwn2 sekerja aku cukup prihatin dengan kehidupapan aku.... kalau boleh mereka ini melihat aku gembira di samping orang tersayang.... punya keluarga, ada orang utk berkongsi suka duka, ada orang ketika ditimpa musibah. Sudah tiba masanya....nak tunggu sampai bila... kucing bertanduk he he he....

Kadang2 pandangan mereka, berdasarkan permerhatian mengenai aku, ada kebenarannya. Itu aku akui. Mereka lebih mengenali aku, sikap aku... tindakan aku...dan sebagainya.

Pertama, sikap ego sehingga semuanya ingin dilakukan sendiri. Kereta rosak pun, tak minta tolong org. Terlalu berdikari...kononnya semua dia mampu buat sendiri.

Kedua, terlalu merendah diri dengan kekurangan diri...padahal semua tu akan datang sendiri...kalau sudah bergelar isteri...(tak tahu memasak he he he).

Ketiga, terlalu lama berada di zon selesa. Ke mana pergi tak perlu melapor. Tido tiada orang ganggu, makan minum tak pernah dikisah.... lapar je, start keta....oder... tinggal nak makan je.

Keempat, tidak tahu merebut peluang yang ada....dan selalu menganggap akan datang peluang yang kedua.... bila tiba yang kedua, dia nak tunggu peluang yang ketiga. Akhirnya, tahun bertukar lagi. Usia bertambah tanpa diminta.

Semua yang aku tulis nie... hasil pemerhatian rakan aku terhadap aku.. Dialah kwn yang baik berckp jujur mengenai rakannya. Banyak lagi kelemahan diri aku yang perlu diperbaiki. Jika aku ingin mengubah corak hidup aku. Sebenarnya sampai depa plan tak nak tolong aku.... supaya aku tahu.... bertapa perluya seseorang ketika kita berada dalam kesusahan.

Sampai bila aku nak harapkan kawan utk tlg aku....
Sampai bila aku nak harapkan mak bapak tolong...
Sampai bila aku nak harapkan jiran tlg aku...
Sampai bila?

Bila tiba masanya mereka tidak lagi akan berada di sisi kita. Masa tu sudah terlambat.

Adakah anda akan merasa tertekan dan terganggu bila berhadapan dengan mereka yang selalu mengambil berat... sehingga kadang2 seperti busy body?

Kita perlu tahu bahawa mereka inilah sebenarnya guru-guru sejati kita. Merekalah yang mengajarkan kita banyak hal mengenai hidup ini.

Terima kasih kawan2ku yang prihatin...

0 ulasan: