Tuesday, June 15, 2010

SEHARI DI PORT DICKSON

Hari nie, aku and the gengs ke Seremban..... ke mana lagi, klu tak ke Seremban Parade.... bukan nak shopping pun... just cuci mata, yg dah lama tak cuci nie....sambil mengimbau kenangan lama masa belajar kat sana....

Lepas tu kami gerak ke PD... niatnya nak tengok sunset... sampai awal, konon2 nak pe melawat Muzium Tentera....tutup lah pulak ari nie.... buka ari Rabu dan Khamis... tak dapat le nak posing kat situ.... so kami meneruskan perjalanan yg tiada tujuan nie.... sesat entah ke mana....tengok papan tanda lagi 30 km ke Melaka...

Aku sempat je bergambar kat jeti berhampiran Hutan Lipur Pasir Panjang... jeti baru siap nie...

Kami singgah di Kompleks Bersejarah....Keramat Sungai Udang Port Dickson, Negeri Sembilan. Kompleks ini menempatkan Makam Syeikh Ahmad Majnun dan Batu Megalit, Pengkalan Kempas. Syeikh Ahmad Manjun merupakan seorang pendakwah menyebarkan syiar Islam di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Semasa dalam perjalanan, beliau meninggal dunia dan dimakamkan di sini. Makam Syeikh Ahmad Majnun dianggap salah sebuah makam Islam yang tertua di Malaysia. Ini berdasarkan kepada Inskripsi Batu Bersurat yang terukir tahun 1467-1468 dipercayai tarikh Syeikh Ahmad Majnun meninggal dunia. Beliau dianggap oleh pengikutnya sebagai seorang wali.

Batu Megalit atan lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai batu hidup. Dipercayai batu megalit telah wujud sejak abad ke2 dan ke3.

Sempat lagi kami singgah di jeti kedua yang terletak berdekatan dengan Akademi Imigresen...belakang tempat aku posing nie terdapat jeti lama.... dibina menggunakan kayu....sekarang semua pakai simen... apa pun aku suka tempat mcm nie...

Pe singgah pulak kat Pantai Tanjung Tuan....masa nie panas terik... tu yang bergambar bawah pokok... sebab pakai baju hitam....sat lagi menyerap haba... lagi kepanasan lah aku.....

0 ulasan: