Thursday, July 29, 2010

JANGAN TERTIPU DENGAN SKIM CEPAT KAYA

Hari ini kita dikejutkan dengan penangkapan...bunyi mcm kasar bahasa yg aku gunakan... penahanan kaki tangan kerajaan yg terlibat dengan skim cepat kaya di sekitar Mentari Sunway malam tadi....gara2 nak kaya cepat. Aku sempat gak le tengok kat youtube gambar mereka yang terlibat...memang rata-rata muda2 belaka. Kita hari nie mudah betul terpedaya dengan cara...

Mudah nak dapatkan wang...
Jalan mudah nak hidup mewah....
Jalan singkat nak bergaya hebat....


Aku nak bagi nasihat pun, bukan pakar motivasi....cuma ingin ingat mengingat sesama kita. Bukan apa nanti ada orang yg komen kat blog aku, diri sendiri pun tak betul nak beri nasihat kat orang... bukan beri nasihat... sekali lagi, ingat mengingat.

Dalam dunia nie mana ada duduk goyang kaki boleh dapat duit dengan mudah.... klu ada tu, cuba selidik mesti ada yang tak kena. Cari lah rezeki, bila kita bekerja...kita akan dibayar gaji... ada keja ada gaji...biar kita dapat rezeki sikit tapi lama kelamaan akan bertambah. Daripada keluarkan banyak...tapi sudahnya tidak mendapat pulangan. Sebaliknya menanggung hutang bank bertahun-tahun.

Banyak lagi keja lain boleh buat, nak tambah pendapatan... aku puji lah, bila budak2 muda buat part time berniaga di pasar malam. Itu lebih baik sebenarnya. Bila dapat rezeki kita akan rasa puas dengan apa yang kita dapat, walaupun penat.


1 ulasan:

su said...

kesimpulannya bukan senang nak senang...haram hukumnya meniaga duit dengan duit.