Wednesday, July 14, 2010

MERENDAH DIRI

Hari Selasa telah diadakan hari terbuka...time nie lah parents nak jumpa dengan guru yang mengajar anaknya.... tapi bagi aku, parents boleh jumpa guru pada bila2 masa...aku sentiasa mengalukan kedatangan mereka untuk berbincang mengenai masalah anak2 dan berkongsi idea untuk mempertingkatkan lagi pencapaian anak2.

Tahun 2010, merupakan tahun pertama aku mengajar kelas first. Ini merupakan pengalaman pertama berintraksi dengan parents yang rata2nya berjawatan dan berpelajaran tinggi. Iklas aku cakap, terasa diri nie sangat kerdil. Perasaan gementar, gemuruh tetap ada. Tapi aku kuatkan semangat, sedikit sebanyak buat jugalah persiapan untuk berhadapan dengan mereka.

Kita selalu fikir parents nie mesti mcm nie... parents nie mesti mcm tu.... tapi bila dah jumpa lain sebenarnya. Kita selalu takutkan diri sendiri. Sepatutnya kita kena yakin pada diri sendiri yang kita berkebolehan dalam bidang yang kita ajar. Sememangnya kita seorang guru yang terlatih. Pengalaman 11 tahun belum mampu menjadikan aku seorang yang berani berhadapan dengan parents.

Orang pertama berjumpa dengan aku ialah Pengarah Hospital Sungai Buloh.... Dr. Khalid, orangnya memang tak banyak bercakap. Mungkin anaknya pun tidak mempunyai sebarang masalah dalam pelajaran. Ada sorang parents nie pulak, bertugas sebagai pensyarah di UIAM...tapi sikit pun tak berlagak....malah meletakkan harapan agar aku dapat menegur dan kalau perlu rotan lah anaknya. Aku memang terharu bila ibu bapa hari ini masih memberi harapan yang tinggi kepada guru untuk mendidik anak mereka. Tidak seperti sesetengah sekolah yg parents nya sentiasa memperlekehkan guru saja.. ada je yang tak kena mengenai guru di mata mereka.

"Cikgu tolong lah tegur anak saya klu dia buat salah.... di rumah saya boleh tengok.... tapi di sekolah saya harap cikgu dapat tengok2kan"
Begitu tingginya harapan ibu bapa apabila menghantar anak mereka ke sekolah.... mereka harap guru dapat mendidik anak mereka supaya menjadi insan yang berguna.

Paling aku tak sangka, dah setengah tahun... baru tahu ada anak kawan aku kat dalam kelas tu....habis selalu yang datang ayahnya...kali nie baru dia yang datang.

Semalam ada seorang parent nie datang... walaupun dah lewat sehari... aku masih mengalukan kedatangannya. Aku malu, dengan parent nie sebab anaknya tak dapat yang terbaik. Tapi dia sedikit pun tak menyalahkan cikgu dalam hal nie. Memang jenis aku, mudah segan dgn orang.... bila orang tu berpendidikan aku segan... bila orang tu berada aku segan... memang aku nie jenis penyegan agaknya. Tambah pulak parent nie tengah sambung PHD di UPSI.

Sebaliknya, parent nie pulak yg menyalahkan diri sendiri, kerana sibuk membuat tesis...sehingga tiada masa untuk anak. Dia sendiri menyuarakan yang dia tak mampu mengajar anaknya Matematik, sebab itu bukan bidang dia.... klu seni memang dia boleh ajar.
"ida, ajar lah anak akak...akak tak kisah ida nak tegur ke...nak rotan ke..."

Kesimpulannya, parents di kelas 5 Mawar.. memang perpendidikan.. tapi mempunyai sikap yang boleh dipuji. Pertama meletakkan martabat seorang guru ditempat yang selayaknya. Sentiasa menghormati guru, walaupun hakikatnya mereka lebih tinggi ilmu daripada guru. Tidak mudah melenting, malah lebih suka berbincang sekiranya mempunyai masalah. Itu lah bezanya orang yg berilmu dengan org yg tidak berilmu.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga murid kelas 5 Mawar kerana memberi kepercayaan penuh kepada aku selaku guru kelas untuk mendidik anak mereka. Tuhan tahu niat kita.


4 ulasan:

~ShiMa~ said...

best kan kalau smua parents gitu... lagi btambah smangat cikgu2 bkerja...

suara said...

Memangnya sikap ibu bapa juga akan menambahkan semangat guru untuk mendidik. Tak gitu eeda?

eeeda said...

Shima:
Sokongan moral penting jugak kan... dalam kerja kita nie.

eeeda said...

Suara:
Betul tu...