Monday, July 5, 2010

PERKHEMAHAN PENGAKAP DI SK KUANG

Kali ini, peserta perkhemahan kami terdiri daripada murid tahun 3 hingga tahun 6. Pada awalnya takut gak nak buat camping melibatkan murid tahap 1 nie.... rupanya, mereka nie begitu bersemangat dan tak sabar2..... awal lagi dah berkumpul di kantin sekolah....Mungkin juga ini merupakan pengalaman kali pertama mengikuti perkhemahan.

SK Kuang jadi tuan rumah.... terima kasih kerana dapat memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan perkhemahan kali ini. Jika berpeluang lain kali boleh lagi kot.... kami tak kisah nak jadi tuan rumah.... tapi takut banjir je le....

Murid2 diberi peluang mengikuti jungle tracking di sekitar kawasan kampung. Sekurang2nya dapat memberi pendedahan kepada mereka tentang suasana di dalam hutan..... walaupun bukan hutan yang selayaknya bergelar hutan.... tapi boleh lah...

Jumaat malam tu.... lepas je selesai program, dalam pukul 12.30 am... aku kuar pe layan bola kat MC Donal Rahman Putra....kebetulan ada member nak temankan.... selalu tak layan pun bola sebab tak ada geng....sorang2 bukan seronok.... nie ada kawan baru best.... sambil layan bola tu... kalau lapar boleh makan.... kan senang. Orang bujang mcm tu lah.

Biasalah bila dah ramai tu kan.... borak tu, borak nie.... sedar2 dah pukul 5.00 am. Aku terus balik ke tempat perkhemahan... nak tahu, time tu.... anak murid aku dah siap berkumpul kat dataran..... siap dengan uniform lengkap lagi.... cikgunya sorang pun tak jaga lagi....budak dia bukan tahu penat.

Kekawan aku, yang anaknya mengikut perkhemahan.... anak tak kisah apa pun... maknya pulak yang teruja.....pesan tu...pesan nie.... aku lah yang naik rimas, nak melayan parents yg mcm nie..... tu yang malas nak bawak anak cikgu nie... he he he jangan marah ye... Kak Az, Kak Shu dan Kak Asmida.... mereka nie..... sebenarnya risau nak lepaskan anaknya.... maklumlah kali pertama mengikuti perkhemahan.... dapat tak menguruskan diri sendiri. Bagi je peluang... mesti boleh punya....tak boleh pun... dia akan buat sampai boleh...

Tengok lah Faiz dan Hamzi bukan main lagi bersemangat klu bab camping.... kalau dalam kelas.... faham2 je lah...tapi tak pe, pengalaman nie.... jangan jadi mcm sorang budak yg aku jumpa kat kedai buku.... dia tengok aku berpakaian pengakap.... so dia tegur lah...
"akak cikgu ke? datang camping ke??"
"ya cikgu.... ha ah baru habis camping nie"

"Mesti seronokkan, sy tak pernah mengikuti perkhemahan semasa belajar, nie baru nak berjinak2 kat U"

Kesian kan, ada jugak murid yang tak pernah mengikuti perkhemahan masa kanak2nya.... so tak ada pengalaman lah kan.... bertapa ruginya... kegembiraan semasa camping zaman kanak2 tidak dirasai....so kepada ibu bapa, bagi lah peluang kepada anak2 mengikuti aktiviti yang dijalankan di sekolah.... sekurang2nya ada sesuatu untuk dikenang bila besar nanti.

Melihat dengan mata hati....
Supaya anak lebih mengerti...
Bahawa dirinya amat dihargai....


0 ulasan: