Saturday, July 31, 2010

REUNION INTAKE 22/96

Semalam terlalu bermakna buat aku...dan mungkin jugak kekawan yang lain kerana berjaya kumpul kekawan intake 22/99 dalam satu majlis yg ku kira berjaya.... semuanya berjalan dengan lancar. Persiapan selama tiga bulan yang lalu berakhir dengan meriahnya...rata-rata menyuarakan agar diteruskan di masa akan datang dan mungkin akan dijadikan sebagai acara tahunan.

Annual Dinner 14 Tahun, 1ntake 22/96- 30 Julai 2010, ini memperlihatkan barisan pengurusan bekerja keras bagi memastikan semua berjalan dengan lancar. Hasilnya, banyak sumbangan diperolehi. Malam tadi, boleh dikatakan semua orang dapat hadiah cabutan. Tahniah kepada barisan Ajk sambutan tahun nie yang terdiri daripada mereka di TUDM Subang. Next year mungkin Ajk di TUDM Kuantan akan ambil alih tugas nie. Insya Allah jika ada kelapangan aku akan join.

Julung kalinya setelah 14 tahun berlalu. Aku begitu terharu keran amasih ada kawan yang still ingat aku, yang telah lama tinggalkan mereka....untuk menceburi bidang pendidikan...betul lah semalam diingati, esok dirindui....

Tema malam nie, hitam dan merah. Aku, siap pe beli baju tema hitam merah di Jusco Kepong dan jeans hitam....gara2 nak pe reunion... buat keja last minute. Sampai umah sempat lagi basuh keta. Keta pun nak smart gak. Aku sebenarnya segan gak nak join. Macam2 aku fikir penerimaan mereka. Tapi bila pe, lain jadinya. Kesimpulannya, memang seronok. Makanan pun memang sedap dan berlebih lagi...siap boleh bungkus.

Sesi memotong kek yang memenuhi tema... he he he....kek pun ikut tema. Sayang gambar aku tak nampak pulak....depa2 tu tinggi belaka.

Time nie terasa diri dihargai... apabila diberi peluang memperkenalkan diri dalam majlis tersebut. Geng2 aku nie siap panggil 'cikgu'... Bangga jugak jadi cikgu...dalam apa pun keadaan gelaran cikgu tu dah melekat. Ramai yang mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan member2.

Pengerusi reunion kali nie....tahniah Bro Nizam. Harapan pengerusi tinggi menggunung agar intake 22/96 nie akan jadi seperti keluarga. Mungkin selepas nie pengurusan akan lebih lancar dengan adanya akaun sendiri. Banyak cadangan yg diketengahkan, sebenarnya akan memberi kemudahan dan kebaikan kepada ahli2 yang lain.

Lidi apabila satu akan cepat patah....
Tapi bila diikat secara banyak akan teguh...

0 ulasan: