Friday, August 13, 2010

HARI PERTAMA BERBUKA DI KAMPUNG

Hari Rabu semalam, lepas je sekolah aku terus pecut... bersemangat nak berbuka puasa bersama orang tua di kampung. Sampai di Tol Gombak.... ayah aku call, nak confirmkan jadi tak aku nak balik. Tu lah, ayah aku nie...kalau dia tahu aku nak balik je...kejap call...kejap kan call tanya dah sampai kat mana. Nak memandu pun tak tenang.

Biasalah bila balik time siang nie... ikut peraturan had laju.... sayang duit dok bayar speed track je... lebih baik kumpul pe bercuti, lagi bagus.... betul tak kekawan. Pada awalnya ada kawan aku nak ikut.... last minute tak jadi sebab takut jadi imam. Orang nie, mcm2 takutnya. Aku ingat klu dia ikut.... lepas berbuka dalam pukul 10.00 mlm dah boleh bertolak balik ke KL.....kalau dia tak ikut, mcm biasalah aku....pukul 5 kan baru gerak.

Sampai kat umah dalam pukul 4.30 p.m, ingat boleh lah cari buah apa yang patut buat balik KL...tak ada rezeki, hujan lebatlah pulak petang tu. Pukul 9.30 mlm baru hujan reda....buah dokong nie anak buah aku panjat malam2 tu. Nasib baik pokok tak tinggi sangat. Tak dapat lah nak bawak balik banyak....ingat kalau tak hujan, nak panjat buah manggis, rambutan sikit, dokong nak bawak lebih sikit...buah yang sedap nie. Buah durian, hari sebelum tu ayah aku dah simpan.

Sikit2 pun mahu penuh gak lah bonet keta aku tu. Dapat sorang sikit. Kepada mereka yang tak dapat tu....lain tahun ya. Pening kepala aku berbau satu keta durian. Dah lah bau tu ambil masa nak hilang. Makan memang sedap.

Aku bawak buah petai....dapat lah 2 keping sorang....buat ulam.

Buah durian, tak semua orang dapat...benda tak banyak... orang yang mengidam je aku bagi.

Buah rambutan nie pun ambil kat tepi umah je... sebab hujan. Ingat nak pe ambil kat kebun, buahnya elok sikit.

Buah nie yang paling sedap. Tapi nak mengambilnya jenuh...sebab panjat malam buta.

0 ulasan: