Sunday, September 26, 2010

AKU BERHAK UNTUK DISAYANGI

Aku minta maaf sekiranya selama ini aku ada menyakiti seseorang yang pernah hadir dalam hidupku. Tidak pernah terdetik dihati ini untuk menyakiti orang yang kita disayangi. Cuma keadaan memaksa untuk aku mengambil keputusan agar mengundur diri. Ku kira keputusan ini telah mengejutkan banyak pihak. Tapi ikhlas aku cakap, sebenarnya aku tidak boleh menerima dengan apa yang telah berlaku.

Mungkin tawaran dan pilihan yang aku berikan, tidak boleh diterima olehmu dan mungkin juga keluargamu. Tidak cukup ke, selama ini kau menyiksa hidupku. Apakah keputusan yang telah kau buat itu, sebenarnya langsung tiada keikhlasan dihati. Aku ingat kau ikhlas melepaskan aku.

Rupanya kau masih tidak boleh terima hakikat, sebenarnya ikatan kita telah putus secara rasminya. Aku bukan lagi milikmu yang sah. Tidak cukup ke... dengan segala permintaanmu selama ini. Aku berusaha memenuhi segala permintaanmu, walaupun berat untuk aku penuhi. Harapan aku cuma satu, ingin bebas daripada satu ikatan yang cukup menyiksa batinku ini.

Apakah tiga permintaan itu hanya satu alasan, atau ada muslihat disebaliknya. Aku tidak mahu menuduh berdosa besar, jika tiada bukti. Permintaanmu yang ketiga berat untuk aku penuhi... tetapi bila sudah menjadi perintah mahkamah aku akur dengan permintaan tersebut.

Kehadiran aku di rumahmu ikhlas untuk meminta maaf sekiranya selama ini aku ada menyakiti hati kalian. Tapi lain pulak jadinya.

Kalau pun kau begitu menyangangi aku... tolong jangan halang orang lain untuk menyangangiku. Aku berhak untuk hidup bahagia di samping orang yang aku sayangi dan cintai. Aku berhak untuk disayangi oleh insan yang bergelar suami. Aku tidak mahu, berkawan semata-mata, tetapi tidak boleh dimiliki.

Hidup kita nie bukannya panjang, mungkin berbaki berberapa saat sahaja. Aku minta tolong sangat, cukup lah kau menyiksa hidupku. Mungkin kau ingat aku tak tahu apa yang telah kau lakukan padaku. Tapi Tuhan itu maha kaya, maha mengetahui. Sesungguhnya perbuatanmu itu salah.

Aku tak perlukan semua tu, untuk menjagaku. Lagipun aku bukan lagi milikmu. Tak perlulah kau menghantar pengawal untuk mengawal segala gerak-geri aku. Apakah pengawal yang kau hantar ini bertujuan untuk mengintip pergerakkan aku dan melaporkan kepada kau. Aku berhak pilih hidupku sendiri. Aku yakin Tuhan sentiasa bersama hambanya yang benar.

Aku sedikit pun tidak berdendam, malah sentiasa mendoakan kebahagianmu. Tapi sebaliknya kau lakukan padaku. Harapan aku satu, semoga kau sedar dengan apa yang kau lakukan itu salah di sisi agama. Insaf dan bertaubatlah sebelum terlambat.

Mungkin orang biasa tidak boleh melihat apa yang ada bersama dengan aku. Tapi orang yang pandai dan arif dalam bidang nie boleh nampak khadam-khadam yang kau hantar. Aku yakin tiada kuasa yang lagi hebat daripada Kuasa Allah s.w.t.

Betul lah, kata-kata seorang teman nie, kalau tak terjadi kepada kita.... kita tak percaya adanya jin. Tapi hakikatnya jin itu wujud. Cuma kita tidak pernah melihat dan kalau boleh aku memang tak nak melihat jelmaannya. Takut nanti pengsan kat situ gak.

Aku sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t supaya dijauhi daripada mereka yang berniat jahat terhadapku.

Kita diuji,sesuai dengan kemampuan hambanya...
Orang yang takut pada ujianNYA tidak layak hidup di muka bumi ini...


0 ulasan: