Monday, September 27, 2010

FASILITATOR SCHOOL NET

Penempatan fasilitator school net di sekolah sebenarnya memberi impak yang besar kepada pendedahan ICT di kalangan guru-guru. Sekolah aku antara yang tersenarai dalam program khas tersebut. Bukan semua sekolah dibekalkan dengan seorang fasilitator.

Pada tahun lepas sekolah aku bertuah kerana menerima seorang fasilitator yang mahir dalam bidang teknologi maklumat. Pn. Siti Aishah Jantan banyak membantu guru ICT dalam meningkatkan lagi penggunaan peralatan ICT di kalangan guru-guru. Tapi sayang belum pun kontraknya ditamatkan, dia lebih awal meletak jawatan kerana mengikut suami bertukar ke Kedah.

Kami warga sksb terasa kehilangannya. AKu adalah orang yang paling terasa, sebab sentiasa bersama dengannya terutama selepas waktu persekolahan. Banyak jugak ilmu yang dicurahkan kepada kami semua. Kami sentiasa mendoakan AIshah sukses di tempat baru.

Tidak lama selepas Aishah meletakkan jawatan, kami menerima fasilitator baru. Kekosongan tempatnya diisi oleh seorang yang tidak kurang hebatnya dalam bidang ICT. Cik Khairiah seorang yang cepat mesra dengan rakan-rakan guru. Hampir sebulan lebih dia bekerja di sksb.

Sekembali dari bercuti yang agak lama kerana menyambut Hari Raya Aidilfitri, kami sekali lagi dikejutkan dengan berita yang Cik Khairiah akan meletakkan jawatan. Surat perletakkan jawatannya telah pun dihantar pada hari Jumaat lepas. Dia akan bekerja sehingga akhir bulan ini sahaja. AKu difahamkan dia akan menguruskan perniagaan keluarga. Apa pun semoga K berjaya dalam apa jua lapangan yang diceburi.

Setiap pertemuan pasti akan berlaku perpisahan....
Tetapi perpisahan tidak beerti akan putus perhubungan...

0 ulasan: