Monday, September 6, 2010

GELAGAT YANG MENCUIT HATI

Sementara menunggu kelas Tahun 6 yang lain sampai.... aku bawak anak murid aku nie lepak kat Taman Green Velly...kawasan nie memang redup....tu yang seronok lepak kat sini... lagi pun murid kelas nie bukan ramai pun.... tambah time hujung2 nak cuti nie lagi lah tinggal berapa kerat je yang datangnya....

Kebetulan kat tepi taman nie ada meja batu... kat sekitar sekolah nie memang banyak meja batu, untuk kemudahan kepada murid-murid berehat mahu pun digunakan untuk membaca buku semasa waktu rehat. Meja nie diimport khas dari Kelantan lagi... jauh tu.

Tiba-tiba terlintas difikiran aku... dulu masa kami sekolah pantang ada masa free.... ada je aktiviti yang kami buat. Aku rasa zaman aku lagi nakal daripada budak sekarang.... tapi nakal dulu lain... nakal sekarang lain...

Teringat pulak zaman sekolah dulu suka sangat 'main buaya'....apa lagi aku suruh anak murid aku main... rupanya budak sekarang tak pandai main semua tu.. yang mereka tahu main game je....

" Betul ke nie cikgu nak suruh kami main" macam tak percaya cikgu dia baik ari nie.
" Betul lah" siap ajar lagi anak murid aku cara nak main permainan nie. Bagus punya cikgu... alah bukan selalu pun beri peluang mereka bermain mcm nie.

Seronok pulak aku tengok anak murid aku nie....bermain. Rasa macam nak join sekali....nasib baiklah aku nie sedar diri....dah tua2 nie ada hati nak main mcm budak-budak. Sebenarnya dapat tengok murid bermain.... boleh mengingatkan kita, pada zaman kanak-kanak dulu.... memang keja aku main je.... datang sekolah sebab nak bermain.

Siap datang awal sekolah sebab nak chup (tanda) tiang.... tiang pun kami boleh berebut sebab nak bermain rebut tiang.... chup gelanggang badminton lah.... sebab nak bermain galah panjang.

Kawasan yang tinggi tu sebagai daratan.. siapa yang berada di bawah kalau dapat dicuit dengan buaya... dia akan jadi buaya pulak.... begitulah seterusnya.... sampai lah orang yang jadi buaya tu....tak dapat-dapat nak cari mangsa.... kira dia kalah lah.

Kesian aku tengok murid perempuan nak main jugak tu.... tapi sebab mereka tak ramai.... jadi mereka jadi penonton je.... Masa aku sekolah dulu, kami tak ada pulak segan-segan nak bermain dengan kawan lelaki.... sekarang lain. Murid sekarang pemalu...

Kadang kala kita perlu beri peluang kepada murid kita bermain... aku tengok kesian budak sekarang nie... belajar-belajar sampai tak ada masa bermain. Masuk je darjah 6....mereka terpaksa datang kelas pagi... kelas hari Sabtu... kelas malam... kelas cuti sekolah.. pendek kata memang tak ada masa untuk bermain.

Berbeza dengan zaman aku kanak2 dulu... kejanya bermain... bermain.. bermain.... balik sekolah je... makan nasi terus hilang pe bermain.... tahu2 dah tak nampak tanah baru nak balik. Mak aku tak adanya nak cari ke...pandai2 lah ko balik kalau dah gelap tu.

Zaman akan beredar mengikut arus kemodenan...
Kita tidak boleh samakan zaman kita, dengan zaman sekarang...
Apatah lagi nak samakan dengan zaman akan datang....

0 ulasan: