Monday, September 6, 2010

HARI TERAKHIR SEKOLAH SEBELUM RAYA

Entry nie sepatutnya sebelum bercuti aku nak tulis...tapi tu lah, kekangan masa memaksa aku tangguh buat sementara. Hari terakhir persekolahan, aku tukar sesi dengan kawan aku nie... Kak Adi. Dia yang ada hal, nak balik kg di Kedah... aku tak ada masalah nak tolong kawan..klu aku tak ada hal. Tapi kalau ada hal tu aku minta maaf le ye kekawan.

Bagus jugak tukar sesi petang nie... sekurang2nya dapat gak aku rakamkan gambar anak-anak dan rakan-rakan di sesi petang. Bukan selalu aku dapat peluang nie. Hari terakhir sekolah aku nie adakan Majlis Ihya Ramadan dari awal hingga balik. Lagi pun sesi petang ari jumaat singkat je waktunya. Masuk kelas 2.40 petang dan 5.30 petang dah balik... sebab bulan puasa.

Sesi pagi selalunya murid khatam Al-Quran...tapi sesi petang cikgunya yang khatam Al-Quran. Program seperti nie memerlukan kerjasama. Aku bersyukur sangat berada di sekolah yang aktif dengan pelbagai program dan mendapat sambutan daripada semua guru. Guru-guru di sekolah nie memang bagus-bagus. Kalau ada yang tak ok tu...bilangannya sangat kecil...tak akan menjejaskan bilangan yang ramai.

Alhamdulillah aktiviti sebegini merapatkan lagi silaturahim di kalangan guru-guru sksb. Majlis ilmu perlu diberi perhatian dan jangan dipinggirkan. Ini salah satu pengajaran kepada generasi hari ini tentang pengisian di Bulan Ramadan yang mulia ini.

Hari terakhir...dah nak bercuti sempena menyambut Hari Raya...rasanya tak lengkap kalau tak ada lagu raya... Boleh tahan gak persembahan murid Tahun 3 nie. Baru bersemangat nak beraya bila dengar lagu raya.

Aduh...kakak-kakak aku nie bukan main lagi kalau bab bergambar... nie semua sibuk suruh tag kat pesbook.. Dalam ramai2 tu ada sorang kakak aku... 2 tahun lagi nak pencen...bukan pencen pilihan tau... pencen wajib.... raut wajahnya tak nampak pun mcm orang yang dah nak pencen. Tu lah petua2 orang tua kita kena ambil... nanti dah tak ada orang tua esok... tak tahu dengan sapo kita nak menuntut.

Budaya bersalaman perlu diterapkan.... aku kadang2 sedih jugak bila ada anak murid hulur tangan nak bersalam.... cikgu tak nak dan suruh murid terus jalan. Cikgu luangkan lah masa sikit kat anak murid... kita nie bukan mengajar ilmu untuk lulus peperiksaan je... ilmu dalam kehidupan jangan lupa. Bersalaman nie sepatutnya jadikan sebagai budaya. Lama kelamaan dah biasa tak jadi masalah.

Benda macam nie kita tak boleh salah kan dia orang pun...betul tak. Setiap cikgu dia ada gaya dia sendiri untuk mendidik muridnya. Apa pun kita fikir yang terbaik untuk anak2 didik kita supaya suatu hari nanti mereka akan menjadi generasi yang mampu menjadi khalifah yang baik di muka bumi ini.

Berusaha buat yang terbaik....
Hasilnya juga sudah pasti yang terbaik...

Niat kita seorang pun tak akan tahu...
Tapi apa yang kita buat orang akan tahu...

0 ulasan: