Saturday, September 11, 2010

RAMADAN TELAH BERLALU

Hari ini, merupakan hari kedua kita berada di bulan Syawal. Begitu pantas masa berlalu meninggalkan semalam. Alhamdulilah tahun nie aku masih diberi kesempatan untuk menyambut hari raya bersama keluarga di kampung.

Seronok ramadan kali ini kerana diberi kesempatan berbuka lebih kerap di kampung.

Hari pertama Ramadan berbuka di kampung...
Pertengahan Ramadan dapat berbuka di kampung....
Hari terakhir Ramadan dapat berbuka di kampung...

Bukan semua orang diberi kesempatan seperti nie... untuk orang yang bekerja di perantauan seperti kita nie.... nasib baik lah kampung aku nie dekat. Aku balik kampung ari Rabu pukul 5 pagi... jalan memang clear, macam hujung minggu je. Sampai umah, keja dah menunggu.... mana nak kemas umah lah... mana nak meracun rumput sekeliling umah lah... aku tolong bab yang nie lepas le... bab memasak, jangan suruh kat aku.... paling tak suka. Sebab sat lagi aku tak makan yang aku masak..

Selalunyanya, kakak aku yg ambil tender masak memasak nie.... aku tolong sembang temankan dia boleh lah...tahun2 sebelum nie aku ambil part mencuci pinggan mangkuk...tapi tahun nie aku hadir umah mak aku sebagai tetamu je. Sebab berkejar nak beraya...balik beraya nie pun sementara mak ayah ada je.... esok kalau dia orang tak ada.... agaknya dah tak balik. Sekarang, dah tak boleh lama kat umah panas je punggung nie... kepala pun serabut kalau lama2 kat kampung...

Hari pertama Syawal, aku gunakan sepenuh waktu yang ada untuk berhari raya di rumah pak cik2 dan saudara mara yang terdekat. Sebelah petangnya, aku ke rumah rakan aku Suri dan Liza... memang berkejar masa tak sempat nak sembang banyak.... kami kalau jumpa selalunya bersembang berjam2... maklumlah bukan selalu dapat jumpa. Aku balik kg bukan selalu... dan kalau kerap pun tak sampai sehari dah balik KL....

Semalam pukul 1.00 pagi baru sampai umah.... sempat lah rehatkan badan sekejap... pukul 9.00 a.m ari nie dah kena gerak balik KL...Dalam perjalanan tadi... dapat sms daripada kaum kerabat dari Kedah On the way ke umah.... sampai kat H/way Karak member pulak call nak datang umah... kesian member tu dah dekat.... aku pulak tak ada.... petangnya pulak member sms nak datang umah....tak ada rezeki hampa nak jumpa aku.... Insya Allah tahun hadapan kalau panjang umur.

Kalau ikutkan umah aku hari nie ramai tetamu... pertama rombongan nak datang merisik dari Raub. Kedua, kaum kerabat dari Kedah datang 3 buah keta nak beraya kat kampung.

0 ulasan: