Tuesday, September 21, 2010

REFORMAT HATIMU

Hari nie, nak balik sekolah tadi... mak cik guard hulurkan satu bungkusan pos laju... sebenarnya aku dah tahu dari mana dan siapa pengirimnya.... sebab semalam, ustaz cahaya dah call... memaklumkan buku yang aku pesan telah pun dipos.

Sebenarnya buku REFORMAT HATI DALAM 354 HARI telah pun berada dipasaran... buku nie ditulis oleh Ustaz Norudin Dramana @ Ustaz Cahaya yang dicetak oleh Osis dan diedarkan oleh Alaf 21.

Kalau nak ikutkan boleh je aku beli kat kedai buku mana-mana.... tapi nak dapatkan buku yang ditanda tangan oleh penulisnya sendiri....aku terpaksa tunggu lama tau...daripada sebelum raya ari tu... baru ari nie dapat... maklumlah buku nie dari Shah Alam.... naik belon ke Bintulu... ditanda tangan oleh penulis... dan naik belon lagi sekali...baru sampai ke Sungai Buloh.

Aku belum mula membacanya lagi....baru sempat baca isi kandungan dan penghargaan. Insya Allah aku akan baca kandungan buku ini sampai habis.... disebabkan tajuknya yang menarik membuatkan aku tertarik untuk memilikinya. Kita selalu dengar orang format komputer.... tapi kita jarang dengar orang format hati..... kita patut pelajari cara format hati yang berkarat nie....mudah-mudahan kita menjadi insan yang mempunyai hati yang bersih setelah diformat.

Tahniah kepada Ustaz kerana berjaya menghasilkan buku ini.

Perubahan hidup bermula daripada perubahan diri....
Perubahan diri bermula daripada perubahan hati...

3 ulasan:

UstazCahaya said...

Salam Cikgu..

Iya, dua kali naik belon tu;-)

Terima kasih cikgu. Selamat membaca.

~Insan Biasa~ said...

aku lagi la tunggu pulak dr sg buloh nak ke Klang pulak....jauh perjalanan tu..tentu ada hikmah besar...heee

eeeda said...

Ustaz:
Dua kali pun tak kisah... yang penting hajat tercapai...

Insan:
Bila tu.. paling awal pun Sabtu nie baru sampai....