Tuesday, September 14, 2010

SAHABAT YANG SENTIASA DIHATI

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Aku beruntung dapat kenal dengan sorang sahabat nie... ini pun secara kebetulan je. Aku begitu menghormatinya. Rezeki dia, boleh dikatakan setiap tahun akan mengejakan umrah.

Begitu jugak tahun nie, kawan aku pergi ke sana pada 3 Sept 2010 kalau tak salah hari Jumaat. Mungkin dia sibuk, tu tak sempat nak bagi tahu... aku tahu dia akan ke sana dalam bulan puasa. Tapi tarikh sebenar aku tak tahu. Hari Sabtu malam dia call untuk memaklumkan yang dia dah selamat sampai di tanah suci. Dia call time dok tunggu waktu berbuka puasa.... waktu kat tempat kita dah pukul 11 malam. Time tu aku dah tertido pun dek kerana kepenatan.

Nak jadikan ceta, ari tu aku beli nasi ayam dan air soya untuk berbuka. Aku berbuka minum air dan sebiji kurma je... lepas tu naik atas mandi, solat dan konon2 nak rehat kejap je...sudahnya terlena. Kawan call, sembang jap dalam mamai2 tu...lepas tu terlena... rupanya aku terlupa nak kunci... sedar2 je dah pukul 6.00 a.m. Aku puasa dengan tak bersahur ari tu....tapi alhamdulillah berkat bulan puasa.

Semalam pukul 11.26 a.m kawan aku call.. rupanya dah sampai di KLIA...dah selamat kawan aku kembali ke tanah air selepas seminggu lebih berada di sana. Petangnya dia call lagi... sebab tadi tak sempat nak bercerita.... seronok dengar dia bercerita pengalaman berada di sana. Setiap tahun tu lah, balik je dari umrah dia akan bercerita...

Dah berapa kali kawan aku nie ajak pe umrah... aku kata banyak hutang... dia kata semua orang ada hutang... hutang keta, hutang umah... sebenarnya niat tu ada nak ke sana... cuma masa je tak tahu bila... dapat pergi ke sana.

Hargailah kawan yang ada...
Kerana bukan semua orang bertuah dapat jumpa dengan kawan yang baik...

0 ulasan: