Monday, October 25, 2010

EXAM AKHIR TAHUN

Hari nie, merupakan ari yang pertama anak murid aku berjuang bagi menjawab soalan peperiksaan akhir tahun. Hari ini terdapat 3 paper yang perlu ditenyeh.. nasib baiklah semua paper elektif, tu yang releks sikit.

Aku kira untung lah kali nie...sebab paper aku awal. So tak ada lah kelam kabut nak menanda nanti. Ari nie dah selamat separuh aku tanda paper Kemahiran Hidup.

Subjek teras Tahun 5 selaras seluruh Selangor. Soalan telah disediakan oleh JPNS.

Esok Matematik paper 2 dan hari Rabu Matematik paper 1. Insya Allah hari Jumaat dah settle markah kertas yang aku ajar. Mana tahu takut nak ambil cuti ari Selasa tu. Aku ajar 2 kelas bermakna 80 skrip paper 2 yang perlu aku tanda. Nasib baiklah aku tak ajar bahasa melayu tahun 5, kalau tak jenuh jugak tu. Kali nie menang kena tanda secepat yang boleh. 10 Nov dah hari anugerah.... 3 Nov hingga 7 Nov cuti pulak tu...

Jawab elok-elok...
Agak-agak tak tahu...
Jangan tinggal kosong...
Cuba jugak jawab...

Pesanan turun temurun daripada cikgu aku... dan sekarang aku turunkan kat anak murid aku... he he he he.

0 ulasan: