Monday, October 18, 2010

PERCUTIAN KE PULAU PANGKOR PART 2

Di Pulau Pangkor, kami bergerak dengan menggunakan kereta yang disewa. Destinasi pertama kami ke Teluk Nipah untuk Check in. Sempat lagi bergambar di dalam bilik yang kami sewa. Satu bilik share dua orang. Kami hantar beg je di bilik dan keluar untuk pusing sekitar pulau nie. Pulau nie tak lah luas sangat. Tandanya minya keta kami isi RM10 pun dah merata tempat dapat pe.

Paling mencabar apabila terpaksa memandu dengan menggunakan stering manual dan melalui jalan yang cukup mencabar. Aku rasa macam nak tercabut tangan aku nie. Sebenarnya nak cakap dah lama dok guna power stering. Dah manja tu lah jadinya.

Bergambar di tepi pantai yang berdekatan dengan Lapangan Terbang. Boleh dikatakan semua tempat yang menarik mata memandang kami snap gambar. Tempat nie cantik, tapi laluan papan nak ke pondok di tengah laut ada yang reput. Kami disebabkan ada beberapa orang kanak-kanak sedang bermain di sana.... kami pun gagah jugak lah melangkah... walau pun perasaan takut tu ada.

Sekarang, di Pangkor banyak disediakan menara tinjau, bagi memudahkan pengunjung melihat pemandangan di sekitar. Kami larat naik satu je menara yang terletak di dalam hutan. Panjat menara nie bukan untuk tinjau kawasan. Tapi semata-mata untuk bergambar. Gambar kami semua diambil dengan cara set time... untuk memastikan semua orang ada dalam gambar.

Aku suka sangat kawasan nie... suasananya sungguh damai, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan kawasan yang cukup sunyi. Tempat nie terletak di atas lagi dari kawasan Kota Belanda. Banyak tempat aku lupa namanya, sebab masa ke sana aku terlupa untuk mencatat.

Punya lah seronok bergambar, sampai lupa nak catat. Lagi satu sebenarnya aku teruja dapat outing dengan kekawan lama nie. Nama je duduk KL semua nie, tapi bukan selalu pun dapat jumpa. Aku kerja 7 hari seminggu. Dua orang lagi tak ada traspot. Sorang lagi sibuk dengan family.

Bergambar di Kota Belanda yang merupakan salah satu tempat yang bersejarah yang terdapat di Pulau Pangkor. Kawasan ini terletak tidak jauh dari pantai dan merupakan salah satu destinasi yang perlu dikunjungi jika ke sana.

Aku sebenar tertarik dengan sebuah gerai yang menjual pelbagai ubat tradisional. Aku berminat dengan sejenis ubat khas untuk wanita, terutamnya yang baru lepas bersalin. Bila tengok ubat tu, aku teringat kepada sorang kawan aku nie.... yang beriya-iya mencari ubat untuk penyakit yang dialami. Harganya terlalu mahal.... sampai aku tak mampu untuk dahulukan duit aku.

Misi kami ke Pantai Bogak untuk melihat matahari terbenam. Sambil tu sempat lagi bergambar di kawasan yang berbatu di situ. Memang cantik tempat nie. Bila kawan ambil mesti tak seronok sebab dah tinggal bertiga dalam gambar.

Nie aksi tak sempat nak ambil tempat yang sepatutnya. Semua gambar berempat nie aku yang tukang setting. Aku akan pastikan di mana bahagian yang perlu aku masu. Gambar di atas nie aku tak sempat nak duduk di tempat yang sepatutnya, kamera dah snap. Bergambar kat sini, ada 2-3 tempat di tapak kaki aku terkena siput tajam.

Gambar yang paling poyo sekali. Aksi dalam gambar nie banyak diarahkan oleh kawan aku. Aku bab bergambar memang kayu je. Mana pandai bergaya pun. Dah memang macam kayu. Tapi seronok jugak tengok balik gambar nie. Sekurang-kurangnya dapat jugak buat kenangan.

0 ulasan: