Monday, October 18, 2010

PERKHEMAHAN PERDANA DI FRIM PART 2

Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti yang paling mendapat sambutan. Penyertaan selalunya diluar jangkaan. Kali ini cikgu terpaksa hadkan penyertaan setiap unit hanya 20 orang sahaja.

Budak-budak memang tak tahu penat. Aku berjalan sikit je dah penat. Tapi mereka terpaksa mengikuti aktiviti sepanjang perkhemahan yang begitu padat. Keseronokkan mengatasi kepenatan.

Terima kasih kepada sponser baju t.shirt iaitu MILO kerana memberi baju yang akan digunakan semasa perkhemahan. Guru juga dapat t.shirt percuma he he h e. Apis tahniah di atas pengurusan yang memang mantap. Akak memang tak sangka hang boleh buat yang terbaik. Apa yang penting kerjasama.

Lepas nie, group hang pulak kot dapat makan orang belanja.

Stesen Pengakap telah dikelolakan oleh Kak Alawiyah, Kak Gee dan Aku sendiri. Kami memberi pendedahan menganai ikatan simpul manuk. Satu jenis ikatan pun jenuh nak mengajar. Dalam banyak-banyak kumpulan tu, ada jugak kumpulan yang memang cepat dapat. Boleh dikatakan semua ahli kumpulan tersebut berjaya membuat ikatan manuk dengan betul.

Stesen Puteri Islam yang paling mendapat sambutan. Masing-masing sibuk nak mencuba masak ikan sardin untuk sandwich. Setiap kumpulan diberi peluang untuk membuatnya dan hasil tangan mereka nie akan dimakan semsa minum petang.

Stesen PBSM yang dikelolakan oleh Izan, Zaharah dan Kak Ana. Pendedahan tentang cara melakukan pertolongan cemas nie perlu dan sangat berguna dalam kehidupan seharian. Aku tak tahu, rupanya ada sorang cikgu nie pernah keja klinik sebelum jadi cikgu. Patut lah sangat berpengalaman bab-bab nie.

Semua aktiviti dalam kumpulan pada Hari Rabu berjalan dengan lancar. Tahniah kepada rakan-rakan guru.

0 ulasan: