Thursday, October 28, 2010

PERLU KE PENGHIJRAHAN

View keindahan pantai di pangkor 161010

Dalam hidup nie banyak perkara yang berlaku sehingga membuatkan
hati kita terluka
jiwa jadi kacau
fikiran bercelaru

Sehingga kita tidak mampu
Berfikir secara waras
Bertindak mengikut kewarasan akal fikiran
Selesaikan dengan cara berhemah

Sebaliknya berusaha untuk lari daripada masalah yang dihadapi
Hakikatnya masalah itu tak akan selesai
Natijahnya akan memberi impak yang besar pada diri sendiri
Mungkin memberi kesan jangka masa yang panjang.

Penghijrahan perlu sekiranya memberi kesan positif pada diri dan mereka di sekeliling
Mungkin dengan penghijrahan itu
Mampu memberi aura baru
Bila berada di tempat baru
Dengan suasana baru
Rakan sekeliling yang baru
Pendek kata segalanya baru

Berhijrahlah kawanku
Jika itu jalan terbaik yang kau fikirkan
Aku sentiasa memberi sokongan moral
Rumahku di Kota Masai sentiasa terbuka buatmu.

1 ulasan:

~Insan Biasa~ said...

jap.....istikharah dulu.....
nak tinggalkan umah 3 malam pun rasa berat....
camne...?

nak jauh dari mereka tanpa meninggalkan rumah...
herm..pengorbanan kene ade ni...
fenin!!!