Thursday, October 7, 2010

POTONG SELAGI BOLEH POTONG

Pada mulanya aku call nak dapatkan potongan secara terperinci daripada Biro Angkasa... tapi hampa tahu lah sekarang nie... semuanya main operator je jawab. Menyampah aku.
Sila tekan 1 untuk bahasa .....
Sila tekan....
Sila tekan ....
Akhir sekali senyap....

Sudahnya bil phone kita jugak yang melambung. Lepas tu, aku search kat tenet nak cari peta ke sana. Senang berurusan dgn orang kan. Tak puas hati terus tanya. Sekali, explore punya explore terjumpa lah portal Laman Web Rasmi ANGKASA. Lagi mudah keja aku. Tak payah nak ke Kelana Jaya tu. Kalau ikutkan memang tak jauh pun. Tapi kalau dah jem tu... makan masa gak jadinya.

Hampa rasa ada ke kakitangan kerajaan yang tak menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Biro Angkasa nie??? Kalau aku, akan jawab ya. Sebab aku pernah jumpa minah sorang nie.... gaji dia sebelah masuk je banyak.. gaji pokok, elaun tu...elaun nie.... tapi sebelah kuar (potongan) tak ada satu pun potongan. Tapi kalau kita...masuk sikit je... yang sebelah potongan lebih panjang... he he he termasuklah aku. Tu tandanya kita nie, tergolong di kalangan orang yang pandai guna kemudahan yang ada.

Kalau sesiapa yang ada buat potongan tu, boleh check secara terperinci potongan kita... mana lah tahu, kot2 nak buat over lapping pinjaman ke???? Baru nak habis sambung..... baru nak habis sambung. So boleh klik di sini untuk semak potongan gaji BPA.

Akan keluar borang yang perlu diisi. Isi dengan lengkap dan submit je. Senang kan. Lepas tu tunggu je, nanti pihak pengurusan akan email kat kita. Ari tu aku buat, kira cepat lah jugak dapat maklum balas. Aku terima 6 folder pdf....ini bermakna ada 6 potongan yang dibuat melalui Biro Perkhidmatan Angkasa.

Kemudahan disediakan untuk memudahkan kita....
Jadi orang yang tak mahu guna kemudahan sebenarnya....
Dia sedang menyusahkan diri sendiri....

0 ulasan: