Monday, October 4, 2010

RUMAH TERBUKA

Hari nie, lepas je sekolah aku memenuhi jemputan umah terbuka kawan sekolah. Kawan nie kena datang, yang lain tidak bermakna tak perlu datang. Tapi yang nie lain sikit, kawan sama-sama minum setiap pagi kat sekolah. Kalau tak datang tu.... tak patut sangat. Kecil hati depa tu nanti.

Kepada kekawan yang aku tak datang tu... bukan tak sudi nak datang. Harap kekawan faham situasi aku. Perlu masa, sampai bila aku pun tak pasti.

Kak Nida nie peminat kucing. Pe umah terbuka pun sempat lagi melayan kucing kawan aku nie. Aku tak heran, sebab kat umah dia ada lebih daripada 30 ekor kucing. Kekawan percaya tak??? kawan aku nie ambil orang gaji semata-mata nak suruh jaga kucing je.

Punya lah banyaknya makanan yang disediakan oleh kawan aku nie... aku dengar ceta bangun pukul 4 pagi untuk masak semua nie. So kalau tak datang, siapa yang nak makan banyak-banyak tu. Rezeki jangan ditolak... musuh jangan dicari.

Tadi ada dua buah umah. Rumah Kak Wan Pidura dan Umah Kak Ana. Semuanya makanan memang sedap. Ada laksa, mee tomyam dan kuih-muih. Antara larat dengan tak je nak makan.

Ramai jugak staf sksb yang datang. Kami antara orang yang terawal sampai. Sebab ada sebahagian guru terlibat dengan mesyuarat. Kami yang tak terlibat nie, bunyi loceng je.... terus gerak. Gerak awal, boleh balik awal.

Seronok sebenarnya datang umah kekawan nie. Kalau tak ada majlis macam nie, setahun sekali pun belum tentu datang. Aku ingat lagi, beberapa tahun yang lalu aku datang dengan mamat nie.... ari nie kena perli je lah....
"Patut farid kena datang berdua"
Depa nie bab mengena kat aku nombor 1.

Dalam dok mengenakan aku... ada jugak suara kedengaran....
"farid punya perangai sukar nak diramal"
aik, dah kenal aku 10 tahun pun.... belum kenal perangai aku. Pelik.

2 ulasan:

Kamsiah yusoff said...

salam eeda...
masa posa berat badan turun,pas raya,naiknya bagai di pam2 dek penangan rumah terbuka

eeeda said...

Saya pun sama akak... selalu mcm tu... puasa turun. Bulan syawal naik semula... '

Lepas tu lah baru boleh turun balik.