Saturday, October 23, 2010

TRIP KE LABUAN SEMPENA CUTI DEPAVALI

Beberapa bulan yang lepas aku ada booking tiket airasia ke Labuan. Itu pun sebab sekolah aku cuti lama sempena Perayaaan Depavali iaitu bermula 03 Nov - 07 Nov 2010. Lama tu... tapi aku ke Labuan 3 hari 2 malam je. Penerbangan 7.30 a.m hari Rabu dan balik 10.30 a.m hari Jumaat. Rasanya dah cukup tu... untuk pusing Pulau Labuan yang ku kira tak lah besar sangat.

Aku akan ke sana berdua bersama my friend. Pada awalnya, segala urusan di sana kawan aku nak tolong.... before booking tiket macam-macam janji. Dah booking tiket senyap lah pulak... tu namanya ajak-ajak ayam. Tak pe lah, jenis aku tak suka menyusahkan orang. Bukannya tak boleh booking dari semenanjung. So kita buat lah sendiri. Sehari dua nie memang keja aku di depan tenet je lah. Banyak benda kena tahu mengenai Labuan sebelum ke sana.

Minggu depan takut sibuk dan kelam kabut. Maklum lah seminggu minggu depan peperiksaan akhir tahun. Mana nak marking paper lagi. Markah mesti diserahkan sebelum 01 Nov. Pada 30 Okt pagi kami ada mesyuarat guru, malamnya ada makan malam bersama tenaga pengajar Tahun 6. Hari Ahad tengah hari aku terpaksa bergegas balik kampung. Mungkin Isnin pagi bertolak ke KL. Nak ambil cuti...cuti apa lah yang layaknya. Pada 02 Nov kakak aku akan berangkat ke tanah suci. Aku ingat 02 Nov nak mohon cuti...tak tahu lah lulus ke tak??? semua orang sibuk dengan persiapan untuk Hari Anugerah.

Sekarang dah selesai :
  • Booking penginapan (kami akan menginap di Mariner Hotel)
  • Booking kereta sewa ( kelisa jd pilihan... sebab murah he he he )
Belum selesai dan akan diuruskan :
  • Tengah mencari mangsa untuk pakej menghantar dan menjemput di LCCT.
  • Perancangan pengisian di sana.
  • Menyenaraikan tempat yang bakal dilawati.
Harap perjalanan kami di sana berjalan dengan lancar, selamat pergi dan selamat kembali ke Semenanjung.

Cuti-Cuti Malaysia...
Rancanglah perjalanan anda...

0 ulasan: