Saturday, November 13, 2010

GAJI PERTAMA

Aku tamat belajar pada bulan Jun 1999. Ketika itu negara mengalami kegawatan ekonomi. Sesetengah antara kami terpaksa posting pada 17 Januari 2000. Termasuk lah aku. Aku telah ditempatkan di salah sebuah sekolah yang terletak 40 minit perjalanan dari Bandar Jerantut. Tak kisah lah sekolah mana pun. Janji dapat posting.

Biasalah cikgu, antara tenaga kerja yang akan menunggu berbulan untuk dapat gaji. Tapi tak pe lepas tu kaya le dapat banyak tunggakan. Bulan kelima mengajar baru aku dapat gaji. Sebelum tu, mak ayah lah yang sediakan duit belanja. Gaji pertama.
  • Gaji pokok = RM 530
  • Elaun Khidmat Awam = RM 80
  • Tolak Potongan KWSP = RM 69
  • Gaji Bersih = RM 541
Aku masih simpan slip gaji pertama sebagai kenangan. Bukan yang pertama je...bulan lain pun masih tersimpan rapi di dalam fail. Cuba bayangkan gaji seorang guru yang berkelulusan sijil perguruan tetapi hanya mempunyai kelayakan SPM layak mendapat gaji permulaan RM530. Manakala gaji bagi mereka memiliki STPM bermula RM7xx. Banyak perbezaan tu..... Dulu dibayar gaji ikut kelulusan akademik bukan ikhtisas. Tidak hairanlah pada hari ini kelayakan akademik menjadi penilaian utama pemberian gaji kepada pekerja.

Hari ini gaji guru dibayar mengikut kelulusan ikhtisas tanpa mengambil kira kelulusan akademik. So group aku antara yang paling beruntung bagi yang masuk maktab dengan kelayakan SPM. Maksudnya lepas SPM terus masuk maktab. Bermakna kami akan berkhidmat selama 34 tahun. Itu pun kalau pencen ketika usia 56 tahun. Ada juga antara kita yang membuat pilihan untuk pencen pada usia 58 tahun.

Selepas penyelarasan gaji pada bulan Disember 2000, baru lah aku layak terima gaji diploma starting RM917.00. Bulan nie memang mewah lah, sebab dapat tunggakan beribu-ribu lemon. Tapi aku dah lupa duit tu buat apa.

Sikit pun cukup...
Banyak pun tak cukup....
Jika wang yang kita perolehi tidak diurus dengan baik...

0 ulasan: