Sunday, November 14, 2010

JURU GAMBAR AMATUR

Aku bergadingan dengan ustaz pejal ditugaskan untuk snap gambar sepanjang berlangsungnya hari Anugerah Kecemerlangan Sksb yang telah diadakan di dewan Buloh Perindu. Biasalah juru gambar amatur yang ambil gambar. Hari tu aku berpeluang guna kamera canggih sikit. Tak pernah belajar pun. So aku main snap je lah. Hasilnya pun aku belum tengok. Masih lagi dalam simpanan ustaz.

Baru bercita-cita nak jadi juru gambar je... jika aku memiliki kemera canggih tu. So senang, sebarang aktiviti tugas aku snap gambar. Sat lagi gambar aku sendiri pun tak ada. Kali nie ada lah beberapa keping gambar yang member aku tolong snap untuk kenangan. Pernah tu sepanjang aktiviti hari guru... langsung tak ada gambar aku. Aduh.. sedinya!.

Rasanya dah lama aku tak buat post guna gambar yang diedit. Dek kerana kekangan masa terpaksa lah aku masukkan gambar yang tanpa diedit-edit. Gambar nie aku edit guna photoscape je... nanti lah ada masa nak belajar lebih mendalam menggunakan software adobe photoshop. Baru nampak cantik sikit gambar kan....

Secara jujurnya, majlis hari ini berlangsung dengan lancar. Semua ketua diterajui oleh orang baru. Cikgu Zubaidah selaku ketuanya, dan dibantu oleh cikgu Izan. Manakala ketua hadiah tahun nie, cikgu lelaki. Akak tabik lah kat hang Andy.

Tak terkecuali group yang memastikan audio berfungsi dengan baik diketuai oleh Tuan Haji Mokhtar. Tuan Haji jangan lupa perturunkan ilmu tu, sebelum bersara. Nanti tak ada pelapis lah pulak sksb. Esok dah pencen Tuan Haji dok jauh nun di Utara tanah air... susah pulak nak mintak tolong.

Murid-murid yang comel-comel tu telah di make up oleh Nana, Kak Nida, Ilah dan Shahrul. Memang hebat-hebat cikgu sekolah nie. Masing-masing mempunyai kebolehan tersendiri. Kelebihan ini lah yang sukar dicari ditempat lain.

Hari tu my boss memang tersenyum lebar lah... kalau tak caya nanti aku upload banyak lagi gambar yang guna kamera canggih tu. Nie gambar dari kamera Samsung je.

Sekolah nie ada juru acara yang hebat. So setiap kali majlis yang grand dia orang yang akan mengacarakan majlis tersebut. Tak lain tak bukan Abang Long Nana dan Cikgu Aby. Tahun depan last year kat sini. Lepas nie orang Johor lah bertuah dapat cikgu yang berbakat nie.

Persiapan pentas, aku dengar ceta sampai pukul 12 malam baru siap. Tapi memang cantik. Puas hati. Ala-ala dalam taman gitu. Dipenuhi dengan bunga dan paku pakis hidup menjadikan pentas ceria tambah pula kombinasi warna yang menarik untuk backdrop.

Hari nie pulak antara yang paling ramai ibu bapa hadir. Pertama sekolah agama pun mengadakan hari anugerah pada hari yang sama. So, berbaloi ambil cuti untuk dua majlis bagi meraikan anak-anak yang berjaya. Selalunya murid yang cemerlang di sekolah kebangsaan... akan cemerlang jugak di sekolah agama.

Tahniah kepada semua warga sksb yang terlibat. Selalunya memang semua pun terlibat. Cuma antara tugas ringan atau pun berat je lah kan.... aku lah antara tugas ringan.

Kerja yang berat akan menjadi ringan jika ada kerjasama...
Guru yang cemerlang sentiasa memberi komiten dalam kerjayanya...

2 ulasan:

shuriza said...

tak ckp pn sape yg wat back drop tuh..kecik ati

eeeda said...

Aik, post lama dah nie... baru baca.
Sy nak tanya nie... akak ke yang buat. Rasanya tak salah kalau saya tak sebut nama.. buat ikhlaskan..