Wednesday, November 24, 2010

PERCUTIAN KE BANDUNG PART 3

Destinasi seterusnya kami ke Pekan Baru yang terkenal dengan gedung membeli belah. Kalau kat Kelate pasar Siti Katijah.... kat Ganu Pasar Payang.... Banyak tingkat... aku pun tak perasan berapa tingkat. Kami di beri masa selama 2 jam 3o minit.

Kat sini lah kalau nak cari kain pasang.... telekung sembahyang.... dan segala-galanya lah. Di sini saja aku belanja hampir Rp. 2 juta. Aku beli kain pasang untuk my family.... kain batik lepas aku beli 3 helai. Kain batik lepas selalunya orang guna untuk tutup jenazah. Kat sini susahnya nak jumpa. Kebetulan dah jumpa kat sana aku beli untuk mak, ayah dan untuk aku.

Sampai je di Pekan Rabu, aku dengan kak Ita meninjau di kawasan kaki lima. Masa kami sedang pilih pakaian....ada terasa macam orang tolak-tolak.... Bila time nak bayar... baru kami perasan beg kawan aku dah kena toreh dengan pisau. Beg duit yang mengandungi kad kredit dan IC selamat kat pencopek tu. Nasib baik lah pasport dia tak kena...sebab duduk dalam beg lain.

Kesimpulannya, kalau kat sana kena berhati-hati. Nak selamat beg tu kat depan. Duit tak banyak RM100 dan Rp. 50 000. Tapi bagi pencopek tu dah kaya raya dia.... boleh makan untuk berapa hari tu. Sebab kat sana keja sawah sehari baru RM 12.

Pukul 4.00 p.m kami gerak ke Toko Tiga yang terkenal dengan tempat jeans berjenama. Mak ai kat sini aku dah rambang mata. Semua berkenan. Kat kedai nie... ramai orang Malaysia je. Kawan aku si Arai tu siap borong dua helai lagi. Dia kata kat sini mau RM 1k untuk 2 helai tu.... kat sana baru berapa. Rata-rata aku tengok orang kita, tak beli sehelai.... tapi berbeg-beg lah. Aku rembat jugak le sehelai yang tak sampai Rp. 200 000.

Lepas tu kami ke Terminal Tas. Kat sini macam-macam hang beg boleh pilih. Tapi bukan hang beg je.... beg kain baju.... kasut pun ada. Aku tak beli hang beg pun kat sana. Kasut je aku rembat satu.... jenama sama dengan aku pakai. Kat sini aku cari tak jumpa. Boleh pulak jumpa kat sana. Kasut yang aku pakai sekarang dah 5 tahun. Kasut yang aku beli kat Terminal Tas tu baru Rp. 80 000.

Pukul 7.50 p.m kami ke Rumah Mode lah pulak. Arai nie sibuk nak beli baju. Aku rasa, Arai lah orang yang paling sibuk shopping. Kat Toko Tiga, dia yang borong banyak. Dah le beli beg untuk bakal tunang dia sampai tiga. Dia yang lelaki lah pulak shopping beriya-iya. Member orang kaya.... dapat tunggakkan bertahun punya.... beribu-ribu lemon tu.

Aku, Yus & anaknya, Mak Arai serta adiknya dah tak larat. Kami tunggu kat luar Rumah Mode je. Aku pun tak tengok apa yang ada kat dalam tu.

Dah selesai shopping.... kami singgah makan di Restoran Garuda. Kami makan nasi hidang. Kat tempat kita tak ada rajin nak hidang macam nie. Mereka akan kira, mana yang kita makan je. Makan untuk 8 orang kami perlu bayar Rp. 327 200 dengar macam takut je kan. Sampai kami tak reti nak kira lah.... banyak sangat. Pada hal sekepala baru dalam Rp. 40 000 je.

Tu aku cakap, kalau nak merasa jadi orang kaya datang lah melancong ke sini. Restoran nie, kalau aku sorang pun takut nak masuk.... takut apa??? takut tak mampu nak bayar. Pada hal macam kita makan kat gerai biasa je di sini. Sekepala baru dalam RM 12 je.

Aku ingat dah nak balik.... rupanya ada cadangan supaya ronda di Jalan Cihampelas. Kat kawasan nie tutup dalam pukul 9.00 malam. Gerai menjual di kiri dan kanan sepajang jalan tersebut. Ada beg kulit dan tempat letak gambar yang diperbuat daripada kulit lembu. Aku berkenan sangat. Tapi time tu duit dah nyawa ikan. Simpan je lah hajat tu.... he he he. Kalau ikut nafsu, semua nak beli kat sana. Sebab memang murah berbanding di tempat kita.

Pukul 10 lebih baru sampai di hotel. Masing-masing penuh tangan lah dengan barang yang di shopping. Aku sempat lagi snap sekeping gambar kekawan yang dah kepenatan. Malam nie, aktiviti parking barang. Kena parking betul-betul takut nanti tak muat beg nanti kan susah. Aku datang satu beg je.... balik dah beranak beg aku. Satu beg masuk kargo 10 kg... dan satu lagi aku bawak naik atas.

Kat sana pukul 5.30 pagi dah masuk waktu subuh. Time tu dah cerah. Tidur malam tu memang lena. Sebab kepenatan berjalan.

0 ulasan: