Friday, November 5, 2010

PERCUTIAN KE PULAU LABUAN PART2

Tengah hari kawan lama jemput kat hotel pe makan tengah hari. Kebetulan time tu je dia free... dalam hati geram jugak janji bukan main lagi nak ambil cuti... last sekali tak dapat cuti. Tu lah keja makan gaji nie... Apa pun terima kasih kerana sudi gak curi-curi masa teman pe makan.

Pukul 3.00 petang sepupu den call, nak bawak jalan-jalan sekitar pekan Labuan. Rezeki aku, hari tu dia off day. Sempat lah dia bawak aku pe Pasar Filipine. Bukan jauh pun dari hotel yang aku menginap tu. Boleh jalan kaki je. Tapi cuaca kat sana memang panas. Naik keta lah....

Aku tak lepaskan peluang untuk mencuci mata di kedai yang menjual mutiara. Jiran sebelah umah aku nie kirim beli kayu tas... nak buat ubat katanya. Aku bawak jauh-jauh tut..tut...tut... sampai di LCCT nak kena rampas dengan kastam lah pulak.... mahu tak angin aku. Bertekak jugak lah aku.... kalau nak rampas kenapa tak rampas kat labuan je... penat aku buat turun naik kapal.

Alasannya semua jenis kayu kayan, buah-buahan dan sayur-sayuran tak boleh masuk semenanjung. Dikhuatiri ada sejenis virus. So next time kalau nak bawak jugak perlu spray menggunakan sejenis spray jenis untuk menutupi lapisan permukaan kayu tersebut.

Nasib baik ada sepupu aku nie....baru je dia kena trasfer sana... aku tak lepaskan peluang beli kain batik. Mak aku memang suka sangat kain batik. Bukan apa kalau ada menantu-menantu baru dia jemput datang umah... tak ada benda lain yang dia bagi sebagai cenderahati... kain batik kalau menantu perempuan.... kain pelekat untuk menantu lelaki. Kedai no. 26 nie antara kedai yang murah lah.... lagi satu banyak pilihan.

Kawan anis yang mengajar di Labuan. Labuan nie tak lah besar sangat. Satu hari aku boleh pusing satu pulau. Tapi sekolahnya punya lah banyak... Sekolah rendah je ada 17 buah....sekolah menengah ada 9 buah.... belum masuk UMSKAL dan ILP.

Kawan anis nie... cari punya cari kunci keta dia....tak jumpa. Rupanya tertinggal dalam keta. Kalau kat tempat kita dah lama hilang keta tu. Kat sana nak curi pun nak ke mana je. Keta Honda Accord pun orang tak nak... he he he.

Juru pandu free. Minum petang di depan UMSKAL dan Sekolah Menengah Sains nie ada gerai makan. Seronok gak... sambil minum boleh menikmati keindahan di tepi pantai. Kawasan nie ramai budak UMSKAL je duduk makan....

Aku borong 10 helai kain batik. Mula tu takut gak... nak bawak banyak. Tapi tawakal je lah. Nie sesi nak parking barang-barang yang dibeli. Sebenarnya percutian kami nie... percutian buget... so maklamat utama bukannya shopping. Just beli sedikit buah tangan untuk yang tersayang sebagai kenangan. Kami lebih kepada ingin melawat tempat orang.

Percaya atau tak... aku datang dengan satu beg nie... dan aku balik dengan beg nie yang ditambah 10 helai kain batik. Packing baik punya... semua aku sumbat dalam satu beg... Kat airport masa time scan aku tengok bergulung-gulung kain.... memang alat scan tu canggih betul. Nampak segala isi perut..siap berwarna lagi tu. Apa pun dah selamat sampai ke semenanjung kain batik aku. Niat baik, beli untuk mak tu yang lepas he he he he.

0 ulasan: