Monday, November 29, 2010

PERTEMUAN YANG DIRANCANG

Berdiri dari kiri, Anisah, Suraya Hani dan aku.
Duduk dari kiri Atie dan Kak Todak (Ning Baizura)

Pada 27 Nov 2010, seperti mana yang telah dirancang... kami telah mengadakan reunion DPM/MPRM. Bukan senang nak handle majlis yang besar melibatkan ramai orang. Pelbagai pandangan, cadangan yang diterima. Pada peringkat awal kami bercadang diadakan di Balai Kerapatan. Sebab ramai yang bersetuju untuk hadir. Di saat akhir dewan tersebut tidak mendapat kelulusan. Banyak lah pulak kerenahnya.

Kami pihak pengurusan mencadangkan agar diadakan di Hotel. Saat akhir, ramai pulak yang menarik diri dengan pelbagai alasan. Kita terima alasan yang diberikan, masing-masing ada komitmen. So, kesudahannya... aku buat keputusan diadakan juga reunion tersebut di Pizza Hut, Seremban 2. Alhamdulillah, ramai juga yang datang. Terima kasih kepada kekawan yang datang.
  • Anisah MT/PM
  • Aku MT/PM
  • Atie PI/PJ
  • Kak Todak PI/PJ
  • Arai SN/KH
  • Suraya SN/KH
  • Anis PI/PJ (bersama family dan masih dalam pantang)
  • Kak Uda PA/KT (bersama family)
  • Abg Din MU/Seni
  • Sj. Sam MU/Seni (bersama family)
Kira meriah jugak lah kat Pizza Hut ari tu. Nak tunggu gambar ramai-ramai.... entah bila lah juru gambar nie. Aku upload je lah mana yang ada.

Pasangan paling romantik.

Lepas reunion kami bergerak ke Tampin untuk menghadiri majlis kenduri rakan semaktab kami.... Saintis. Tahniah my friend semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Pasangan di atas nie bila lagi... Jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang susah. Gigit jari.... nanti.

0 ulasan: