Wednesday, November 17, 2010

PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI

Tahniah kepada warga pendidik yang berjaya dalam permohonan pertukaran tak kira lah antara negeri, antara daerah mahu pun dalam daerah. Bagi mereka tidak berjaya, tahun depan cuba lagi dan terus cuba memohon sehingga berjaya.

Setahu aku, sekolah sksb ramai yang memohon pertukaran antara negeri. Ramainya nak masuk kelate. Demo orang kelate ramai jadi cikgu, tu yang payah nak masuk sebab semua nak balik kelate.

Sekolah aku tiga orang yang berjaya, 2 orang pertukaran antara negeri dan seorang pertukaran antara daerah. Tahniah kepada Ustazah Nooriza bt. Ramlan yang berjaya balik negeri kelahiran di Johor.

Tahniah jugak buat Kakak Zaimah Abdul Rahman yang berjaya menembusi tembok negeri kelate yang terkenal payah nak masuk. Nie pun entah yang ke berapa kali mohon nie baru berjaya. Seharian tak lekang daripada senyum. Suami isteri cikgu, dah tu dua-dua dapat tukar.

Sorang lagi Ustazah Shuhada yang berjaya bertukar ke Kuala Selangor. Nie pun aku ingat dah banyak kali mohon baru dapat.

Mereka yang memohon nie semua guna alasan rumah dah siap. Kira 3 orang rakan sekerja aku nie, masuk rumah baru. Wah seronokkan. Siap rumah dibina, mohon tukar dapat lah pulak.

Kira kegembiraan 2 in 1.


Aku dalam perancangan ada gak nak tukar. Tapi tak tahu bila dan ke mana. Bergantung kepada keadaan dan masanya nanti. Kalau nak balik Pahang anytime je rasanya. Mohon confirm dapat. Tapi tu lah takut dicampak di pendalaman Kuala Tembeling. Jenuh aku. Tak ada kepentingan pun nak balik kampung.

Aku kalau tukar pun tak balik Pahang. Kalau tak ke Johor, stay je lah sampai pencen di Sungai Buloh nie. Cuma mungkin berubah angin dengan bertukar sekolah je lah kot. Kat area Sungai Buloh nie banyak sekolah boleh tahan nak tukar. Sepanjang 34 tahun berkhidmat nie, memadailah bertukar 3 atau 4 sekolah je. Itu pun jika masih diberi kesihatan baik, umur masih panjang. Insya Allah akan terus berbakti untuk anak bangsa.

0 ulasan: